Apa jadi dengan penjamin kalau orang dijamin tak bayar loan?

Apa jadi dengan penjamin kalau orang dijamin tak bayar loan

Apa jadi dengan penjamin kalau orang dijamin tak bayar loan?

Bila kita isi dalam borang maklumat peribadi untuk buat pinjaman, salah satu kotak yang perlu diisi adalah nama dan maklumat penjamin.

Ramai orang letakkan ahli keluarga atau saudara mara terdekat sebagai penjamin, dan kebiasaannya mereka yang sudi diletakkan sebagai penjamin hanya melihat perkara tersebut sebagai suatu hal kecil.

Namun bagaimana pula halnya kalau orang yang meletakkan kita sebagai penjamin itu pula yang gagal melangsaikan hutang pinjamannya?

Apa akan jadi dengan kita sebagai penjamin jika orang yang kita jamin tidak mampu bayar nilai pinjaman tersebut?

Via Majalah Labur

Jadi penjamin untuk kakak ipar beli kereta guna pinjaman bank

Begitulah kisah yang dipetik dari forum Reddit r/MalaysianPF. Seorang pengguna berkongsi cerita dari kawan rapatnya – seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang kakak ipar.

Si kakak ipar mahu beli kereta, lalu selaku adik ipar yang baik, beliau ‘pinjamkan’ nama beliau sebagai penjamin untuk pinjaman kereta tersebut.

Namun begitu sejak beberapa bulan lalu, kakak ipar tersebut kurang sihat dan dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental yang teruk. Pada masa itu juga, kakak ipar tersebut ada mengambil pinjaman tunai dari pihak ahlong sebanyak RM300,000.

Disebabkan gagal membayar hutang ahlong, kereta tersebut telah diambil oleh ahlong.

Baca Juga :

Apa jadi dengan penjamin kalau orang dijamin tak bayar loan
Via Autodeal

Sekarang ini, kakak ipar tersebut sudah beransur sihat. Akan tetapi, beliau memutuskan untuk tidak menyambung semula pinjaman keretanya di bawah Berjaya Chailease.

Beliau juga tidak merancang untuk ambil semula kereta tersebut dari pihak ahlong serta menjangkakan akan diisytiharkan bankrap tidak lama lagi.

BACA  Risau motosikal rosak ketika BANJIR? Ini penyelesaian terbaik

Adik ipar dan isterinya sudah cuba bantu dari segi kewangan. Mereka telah siap bayar lebih dari RM150,000 sebelum ini kepada ahlong, jadi secara teknikalnya, mereka pun sudah kesempitan wang.

Situasi paling menggusarkan adalah, lelaki ini telah diminta untuk jadi penjamin untuk pinjaman kereta yang telah ditarik oleh ahlong.

Jadi ada beberapa soalan yang ditanyakan kepada komuniti forum Reddit, khususnya apa akan jadi dengan penjamin jika mereka sendiri gagal bayar pinjaman tersebut kepada Berjaya Chailease.

Stupid me sign up as guarantor. Now, my SIL cannot pay for the car loan. Need advises.
byu/MyDivChamps inMalaysianPF

Pihak bank akan cari penjamin, ramai kata skor kredit akan buat diri disenaraihitam

Antara jawapan yang diberikan rata-ratanya bersetuju bahawa pihak bank akan cari penjamin sekiranya peminjam gagal membayar hutang yang perlu diselesaikan.

Bukan itu saja, rekod skor kredit juga akan menjadi buruk dan akan menyukarkan pihak penjamin untuk membuat pinjaman atas namanya sendiri.

Selain itu, seseorang penjamin yang gagal bayar hutang peminjam juga boleh diisytiharkan sebagai penjamin sosial (social guarantors). Mengikut Legaladvice.com.my, ada dua jenis penjamin yang perlu anda tahu iaitu penjamin sosial dan bukan penjamin sosial.

Via AskLegal

Penjamin sosial merupakan seseorang yang tidak mendapat manfaat dari pinjaman yang dijamin, dan biasanya tertakluk untuk tiga tujuan iaitu untuk pinjaman perumahan peribadi, kontrak jual-beli kenderaan peribadi dan pinjaman pendidikan atau penyelidikan.

Dulu, penjamin sosial berisiko turut diisytiharkan bankrap atas alasan peminjam gagal bayar hutang. Kini, undang-undang baharu dapat melindungi penjamin sosial daripada diisytiharkan bankrap.

Ini cadangan lain dari pengguna forum

Memandangkan kereta tersebut ditarik oleh pihak ahlong, masih ada peluang untuk dapatkan semula kereta itu. Walau bagaimanapun, situasi ini juga boleh membahayakan keluarga mereka kerana mereka mungkin perlu berurusan dengan pihak ahlong untuk mendapatkan semula kereta tersebut.

BACA  Adakah perlindungan tambahan peril khas untuk kenderaan satu keperluan?
Via Qoala

Andainya kereta tersebut dapat diperoleh semula, kereta itu boleh dijual semula dan ‘dicairkan’ nilainya. Nilai harga kereta tersebut boleh digunakan untuk membayar semula hutang-hutang yang ada, terutamanya dalam usaha untuk ‘menyelamatkan’ diri daripada pengisytiharaan bankrap.

Ada juga yang mencadangkan agar perkara ini dibawa dahulu ke institusi berkaitan seperti pihak Berjaya Chailease dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Selain itu, ada menyarankan agar baca semula terma dan syarat dalam kontrak tersebut dan cari jika ada klausa yang dapat melindungi penjamin.

Untuk menyelesaikan perkara ini, langkah terbaik adalah dengan berbincang kepada institusi-institusi berkaitan kerana hal ini lebih berat ke arah masalah perundangan kewangan.

Memandangkan kini penjamin sosial tidak lagi membahu risiko yang besar berbanding dahulu, pasti ada penyelesaian yang adil buat kedua-dua pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *