Soalan di Reddit berkait simpanan RM65,000 nak melancong atau simpan? Ikuti variasi jawapannya.

nak melancong atau simpan

Soalan di Reddit berkait simpanan RM65,000 nak melancong atau simpan? Ikuti variasi jawapannya.

Bayangkan, anda seorang siswa universiti yang sedang bercuti semester selama 7 minggu. Anda ada RM65,000 tersimpan dalam akaun simpanan anda. Anda ada masa dan ada wang. Apa anda akan buat?

Soalan ini diajukan hampir sebulan lalu oleh seorang pengguna Reddit. Dalam kumpulan komuniti r/MalaysianPF, salah seorang pengguna Reddit meminta pandangan ahli komuniti tentang situasinya.

Dengan dua pilihan yang sedang bermain di minda seorang siswa universiti – melancong atau simpan duit yang ada? Ini respon ahli komuniti tersebut…

Via Reddit

Ramai kagum bagaimana seorang penuntut universiti boleh simpan puluhan ribu, betullah kata peribahasa orang tua

RM65,000 merupakan nilai yang besar, lagi-lagi untuk seorang siswa universiti. Ramai anggota komuniti Reddit menyuarakan rasa kagum terhadap nilai yang disebutkan. Lebih ramai juga tertanya-tanya, bagaimana nilai besar itu dapat dicapai oleh seorang siswa di Malaysia pula.

Menurut siswa tersebut, beliau menerima biasiswa sebanyak RM13,800 setahun atau secara anggarannya, RM1,150 setiap bulan. Beliau juga ada membuat pelaburan dengan dividen sebanyak 4% setiap tahun.

Beliau juga menerima beberapa ratus ringgit wang elaun daripada ibu bapa setiap bulan, jadi beliau sudah mula menyimpan sejak berada di Tahun 1 pengajiannya. Selain itu, beliau juga turut bekerja separuh masa di pejabat dan kerja penghantaran.

Baca Juga :

Via Reddit

Betullah kata-kata orang tua; sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Situasi kewangan yang dialami oleh siswa ini mungkin berbeza dengan situasi seorang siswa yang lain, namun masih ada langkah-langkah perancangan kewangan beliau harus diikuti.

BACA  5 kesilapan mudah ini membuat anda menjadi mangsa 'scam'

Misalnya, sebarang wang yang diterima disimpan dengan baik serta boleh dilaburkan sehingga dapat memberi pulangan setiap tahun. Langkah kewangan yang sihat membolehkan kita memperbesarkan kebebasan kewangan (financial freedom) kita.

Ramai kata pergilah mengembara dulu, duit boleh cari

Rata-rata anggota Reddit mencadangkan agar siswa ini pergilah dahulu mengembara dan melihat dunia luar. Peruntukan yang ditetapkan oleh siswa ini untuk melancong adalah RM15,000.

Bagi sesetengah ahli komuniti tersebut, RM15,000 sudah cukup untuk melancong ke serata negara Asia Tenggara.

Via Reddit

Ada juga yang menyatakan bahawa dengan RM15,000, mereka boleh mengembara sehingga ke Turkiye. Ada juga yang menganggarkan dengan peruntukan RM15,000; perjalanan ke Eropah selama 1-2 minggu sudah cukup.

Duit boleh cari dan digandakan, namun tidak pada pengalaman. Kehidupan itu sendiri satu pengalaman, dan selagi masih ada ruang masa untuk pergi mengembara… maka mungkin mengembara ke luar adalah satu pilihan yang sesuai.

Tambah-tambah lagi, beliau masih lagi dalam tempoh pengajian dan belum memulakan langkah membina kerjaya. Jika sudah mula bekerja, masa akan lebih terarah kepada kerja atau mulai fokus pada keluarga, akan menjadi lebih sukar bagi siswa ini untuk mengembara ke luar negara.

Via Reddit

Ada juga yang menyokong pilihan melancong selagi ada masa, tenaga, wang dan perancangan yang teliti agar peruntukan dapat digunakan sebaik mungkin serta menjaga keselamatan diri siswa ini.

Perancangan teliti termasuklah merancang lokasi negara yang ingin dilawati, situasi semasa di sana dan jangka masa perjalanan tersebut.

Via Reddit

Lebih baik simpan saja dulu atau gunakan peruntukan untuk beli barang lain

Tidak kurang juga ahli Reddit yang lebih cenderung menyokong pilihan simpan sahaja dulu peruntukan RM15,000. Seorang pengguna Reddit bertanya semula kepada siswa ini, adakah melancong suatu hobi bagi beliau?

BACA  Mahukan kehidupan yang lebih baik? Ini 5 tips membina 'kabel' sosial anda sendiri

Membeli barangan yang akan berguna pada hari depan seperti komputer yang lebih baik suatu pilihan bijak berbanding melancong ke luar negara.

Ada juga yang lebih yakin RM15,000 harus disimpan sahaja dan tentu membantu siswa ini pada masa hadapan. Ia turut boleh digunakan sebagai wang kecemasan selama 6 bulan, walaupun beliau masih belum bekerja.

Via Reddit

Bagi anda pula, bagaimana? Ketika artikel ini ditulis, belum ada keputusan yang siswa ini maklumkan berkenaan soalan yang diutarakan beliau. Menjadi harapan ramai bahawa siswa ini dapat mempertimbangkan pilihan-pilihan yang sesuai untuk situasi kewangan beliau sendiri.

Perancangan kewangan tidak hanya sekadar menyimpan untuk masa kecemasan. Banyak lagi cara perancangan kewangan yang boleh dilakukan, termasuklah cara untuk menggandakan wang anda menerusi dividen pelaburan.

Lebih penting, ia seharusnya boleh dilakukan mengikut kemampuan kewangan masing-masing, disertai dengan disiplin dan rutin yang cermat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *