Insurans Rahmah untuk pengguna motosikal

Kuala Lumpur, 13 July 2023 –Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, telah mengumumkan dua produk yang dinaik taraf di bawah Pakej “Inisiatif Rahmah” – PerlindunganKu Allianz4All untuk perlindungan Kemalangan Diri dan Allianz MotorcyclePlus, perlindungan bagi Motosikal.

Allianz Malaysia adalah antara penyedia insurans pertama yang melancarkan produk yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Insurans Rahmah oleh Kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan pelan insurans mampu milik untuk semua rakyat Malaysia

PerlindunganKu Allianz4All yang dipertingkatkan di bawah Inisiatif Insurans Rahmah merupakan pelan insurans kemalangan diri mampu milik dengan perlindungan masing-masing sebanyak RM30,000 dan RM50,000 bagi Pelan 1 dan Pelan 2. Produk ini juga membayar RM50 atau RM100 sehari, sehingga 30 hari, sekiranya pemegang polisi dimasukkan ke Hospital Kerajaan akibat sakit atau kemalangan, bergantung kepada pelan yang dipilih.

Selaras dengan inisiatif “Rahmah”, dua manfaat baharu telah ditambah iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan di Hospital Kerajaan bagi mereka yang mengalami kemalangan atau penyakit di fasiliti masing-masing sehingga RM500 dan RM750 bagi Pelan 1 dan 2. Terdapat juga bayaran sekaligus sebanyak RM500 dan RM750 untuk Pelan 1 dan 2 sekiranya berlaku pemindahan banjir. Manfaat baharu ditambah tanpa kos tambahan, dengan premium bagi Pelan 1 dan Pelan 2 masih dikekalkan masing-masing pada RM53.00 dan RM79.50 setahun (termasuk Cukai Perkhidmatan)

Allianz4All adalah produk baharu Allianz Malaysia yang berstruktur pada Nilai-nilai Sejagat dan selaras dengan Prinsip Kewangan Islam. Peratusan premium diterima ke dalam Dana Peruntukan Tuntutan (CAF) dan lebihan dana akan disumbangkan kepada kategori amal yang terpilih.

Baru-baru ini, Allianz Malaysia mengagihkan lebihan CAF buat kali pertama kepada tujuh pertubuhan kebajikan termasuk “Buku Jalanan Chow Kit”, “Persatuan Pendidikan Anak Cahaya, Selangor” dan “MERCY Malaysia”, antara lain. Sebanyak RM65,534.51 telah disalurkan kepada sektor pendidikan, aktiviti yang melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU) dan bantuan-bantuan lain.

BACA  Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024 & Tarikh 1 Syawal 1445

Produk kedua di bawah Pakej Inisiatif Insurans Rahmah ialah Allianz Motorcycle Plus. Produk ini menyediakan perlindungan untuk motosikal dengan kapasiti 250cc dan ke bawah, dalam menangani peratusan besar pengguna jalan raya

Semua pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus layak menerima faedah tambahan termasuk perlindungan kemalangan jalan raya sebanyak RM10,000 setiap seorang untuk penunggang dan pembonceng apabila kematian atau hilang upaya kekal serta perlindungan Pendapatan Hospital sebanyak RM100 sehari sehingga 60 hari setiap seorang untuk penunggang dan pembonceng.

Selaras dengan inisiatif Insurans Rahmah, Allianz Malaysia juga menawarkan bayaran sekaligus untuk Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 tanpa kos tambahan di samping faedah sedia ada untuk pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus. Di samping itu, pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus Comprehensive berhak mendapat perlindungan lanjut termasuk perlindungan penuh untuk bencana khas (banjir, taufan, tanah runtuh dan lain-lain) dan bantuan tepi jalan sehingga 50km bagi setiap jarak perjalanan pergi dan balik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang, “Memiliki pelan insurans yang berpatutan sangat penting. Dalam kes “Insurans Rahmah”, kami gembira untuk perkara ini dan memuji usaha Kerajaan dalam menerajui inisiatif ini. Kami berharap dapat membangunkan lebih banyak produk dan pakej yang memenuhi keperluan semua segmen masyarakat, terutamanya golongan rentan dan keperluan segera mereka.”

Selain itu, pelanggan yang membeli Allianz Motorcycle Plus dan PerlindunganKu Allianz4All sebelum 15 Ogos 2023 secara automatik akan menerima dua jemputan eksklusif untuk konsert solo pertama Faizal Tahir yang berlangsung pada 2 September ini di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Untuk membeli PerlindunganKu Allianz4All, layari https://www.allianz.com.my/personal/life-health-and-savings/personal-accident/perlindunganku-az4all.html.
Untuk membeli Allianz Motorcycle Plus, lawati: https://www.allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/car-and-motorcycle/allianz-motorcycle-plus.html

BACA  Allianz4All beri sumbangan kepada TUJUH badan kebajikan

MUAT TURUN KENYATAAN MEDIA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *