Bila tibanya musim perayaan, maka ramailah rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan sama ada pulang ke kampung, menziarah saudara mara, pergi ke rumah terbuka atau bercuti bersama keluarga. Namun, dalam kegembiraan itu, satu perkara yang tak dapat dielakkan ialah kesesakan lalu lintas dan segala risiko yang datang bersamanya.

Tiada siapa yang mahu terperangkap di bahu jalan, apatah lagi berada di dalam situasi kecemasan seperti kereta rosak atau kemalangan. Tapi dengan persiapan dan perlindungan yang betul, kita boleh memandu dengan lebih yakin dan tenang.
Tapi sebelum itu, jom kita lihat apakah cabaran utama yang sering dihadapi oleh pengguna jalan raya ketika musim perayaan ini, dan bagaimana kita boleh bersedia dengan lebih baik.
Cabaran perjalanan di musim perayaan
Musim perayaan sepatutnya menjadi waktu yang menggembirakan. Tapi, perjalanan yang jauh kadang kala boleh menjadi pengalaman yang mencabar kerana beberapa faktor seperti:
1. Kesesakan lalu lintas dan masa perjalanan lebih panjang

Tak dapat dinafikan, apabila tibanya musim perayaan utama seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas – terdapat peningkatan kenderaan di lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan atau Lebuhraya Karak.
Ini menyebabkan perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa beberapa jam menjadi dua kali ganda lamanya. Akibatnya, pemandu akan merasa letih dan risiko untuk berlaku kemalangan turut meningkat.
Jadinya, pastikan korang membuat persiapan diri seperti rehat dengan secukupnya atau menyediakan kopi atau apa saja yang boleh mengurangkan rasa mengantuk. Penumpang juga perlu mainkan peranan sebagai ‘mata kedua’ kepada pemandu sebagai usaha berjaga-jaga.
2. Risiko kenderaan rosak meningkat

Perkara ini boleh berlaku kerana perjalanan jauh memberi tekanan tambahan kepada kenderaan, terutamanya jika ia tidak diselenggara dengan baik sebelum bertolak. Antara masalah biasa ialah enjin terlalu panas, tayar pancit atau bateri habis. Bagi penunggang motosikal, keadaan ini lebih membimbangkan, lebih-lebih lagi jika berlaku di kawasan terpencil.
Makanya, pastikan kenderaan masing-masing dalam keadaan baik sebelum memulakan sebarang perjalanan, sama ada jauh atau dekat. Tak salah untuk kita keluar sedikit modal terlebih dahulu, berbanding perlu menanggung kos lebih besar di kemudian hari.
3. Risiko kemalangan meningkat

Dalam keadaan jalan yang sesak, pemandu yang tergesa-gesa dan kurang fokus boleh menyebabkan kemalangan. Tambahan pula, sesetengah pemandu mungkin memandu dalam keadaan mengantuk kerana menempuh perjalanan lama atau malam. Hujan lebat juga boleh menjadikan permukaan jalan licin dan merbahaya.
Oleh itu, jika letih – ambillah masa untuk berehat di Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) buat seketika. Jika hujan lebat atau kabus tebal pula, perlahankan kenderaan dan nyalakan lampu hadapan. Jangan guna lampu tinggi dalam kabus kerana ia boleh menyebabkan silau. Kekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.
4. Tekanan ketika kecemasan

Bayangkan kalau kereta atau motosikal kita rosak di kawasan yang tak dikenali, terpencil dan jauh dari bandar? Sesiapa saja akan panik dan membuat keputusan yang tepat menjadi lebih sukar.
Jadinya, perkara pertama yang kita kena buat adalah bertenang – tarik nafas dalam-dalam dan cuba kawal emosi. Tindakan yang tenang membolehkan kita berfikir dengan lebih jelas dan membuat keputusan yang betul. Selepas itu, cuba hubungi nombor kenalan / saudara terdekat atau hotline insurans yang menyediakan bantuan tepi jalan.
Nak-nak lagi bila sekarang ni dah ada perkhidmatan bantuan tepi jalan yang terbaik iaitu…
Allianz Road Rangers bersedia membantu korang 24 jam/7 hari seminggu!
Tahukah korang, Allianz Road Rangers ialah perkhidmatan bantuan tepi jalan percuma yang disediakan khusus untuk pemegang polisi kereta dan motosikal Komprehensif Allianz Malaysia!
Jika kenderaan korang rosak atau kemalangan, korang hanya perlu menghubungi talian 1800-22-5542 dan dengan pantas pasukan Allianz Bike Brigade akan tiba di lokasi kejadian tidak kira masa atau tempat.
Allianz Bike Brigade ini adalah pasukan respons bermotosikal pertama yang akan memberikan pertolongan cemas jika diperlukan. Ia sekaligus menjadikan perkhidmatan ini amat bernilai di waktu kecemasan.
Kalau kenderaan korang tak boleh bergerak, Allianz akan menghantar trak tunda ke lokasi dan menunda kenderaan korang ke balai polis untuk proses laporan. Apa yang menariknya, wakil Allianz akan bersama-sama dengan korang di balai polis yang terpilih sahaja tau dan akan membimbing korang sepanjang proses yang kadangkala boleh mengelirukan.

Setelah selesai, kenderaan korang akan dibawa ke Pembaiki Diluluskan. Bantuan Allianz tak terhenti di situ saja!
Korang juga akan menerima baucar e-hailing sekiranya perlu bagi memudahkan korang pulang ke rumah dari lokasi kemalangan. Ini amat berguna terutamanya jika tiada sesiapa yang dapat menjemput korang dalam situasi yang tidak dijangka.
Bagi memudahkan urusan, proses tuntutan kerosakan sendiri (TKS) boleh diluluskan sepantas 10 minit dan ini membolehkan pembaikan dimulakan tanpa perlu menunggu lama. Bila kenderaan sudah siap dibaiki – korang tak perlu datang ke bengkel, sebab Allianz akan menghantarnya terus ke rumah korang dalam jarak sehingga 30km!
Segala urusan dijalankan dengan cekap supaya korang boleh fokus dengan perkara yang lebih penting, seperti kerja dan keluarga.
Jadinya, boleh dikatakan dengan Allianz Road Rangers – korang mendapat ketenangan fikiran kerana segala prosesnya dilaksanakan dengan teratur dan mudah.

Kepada korang yang sedang mencari pelan perlindungan kenderaan – bolehlah memilih Allianz Malaysia. Buat masa sekarang perkhidmatan Allianz Road Rangers tersedia secara Percuma kepada semua pemegang polisi Allianz Motor Comprehensive (Private Car), Allianz Motorcycle Plus (Comprehensive) dan Allianz Motorcycle (Comprehensive).
Dengan adanya Allianz Road Rangers, korang akan tahu bahawa apa pun yang berlaku di jalan raya, korang tak keseorangan! Kepada yang ingin tahu lebih lanjut, hubungi wakil-wakil sah Allianz Malaysia (DI SINI) atau layari saja portal rasminya (PAUTAN INI).
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.