Gerakan FIRE, kumpul wang persaraan untuk keselesaan hari tua

gerakan FIRE

Gerakan FIRE, usaha kumpul wang persaraan untuk keselesaan hari tua. Bagi seseorang pekerja, waktu persaraan adalah waktu emas yang ditunggu ramai. Apa tidaknya, waktu inilah di mana kita sudah tidak perlu lagi bekerja dan akan mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri serta keluarga.

Ditambah lagi, banyak instrumen kewangan tersedia bagi membantu seseorang pekerja untuk mengumpul wang sebelum waktu persaraan tiba. Walau bagaimanapun, instrumen ini juga memerlukan perancangan kewangan yang rapi supaya kadar simpanan itu membolehkan kita hidup selesa selepas bersara.

Gerakan FIRE antara gerakan yang fokus ke arah mengumpul seberapa banyak wang yang ada, agar mereka dapat bersara awal… tidak lagi perlu tunggu usia menginjak 50-60 tahun.

Via Unsplash

Instrumen sudah tersedia, ada cara bagaimana cukupkan wang untuk bersara awal

Untuk sektor swasta dan sesetengah badan kerajaan lain, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan instrumen utama untuk tujuan persaraan dan hal-hal lain.

Manakala bagi skim pencen pula, urusan wang untuk persaraan akan diuruskan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Kedua-dua instrumen ini hanyalah sebilangan dari pelbagai instrumen pelaburan atau simpanan yang ditawarkan di Malaysia bagi tujuan persaraan.

Baca Juga :

Via The Malaysian Reserve

Oleh sebab itulah, ramai mulai mencari jalan bagaimana untuk memaksimakan simpanan mereka sehingga membolehkan wang simpanan untuk persaraan itu cukup untuk menampung kehidupan mereka tanpa perlu terus bekerja. \

Salah satu jalan untuk mengecapi kebebasan kewangan itu adalah gerakan FIRE. Masih ramai yang belum tahu apa sebenarnya gerakan FIRE ini.

FIRE merupakan akronim financial independence, retire early (kebebasan kewangan, bersara awal). Untuk mengecapi tahap bersara awal atau bersara muda, wang simpanan mereka mestilah pada tahap selesa sehingga dapat menanggung kos hidup mereka.

BACA  Jenis-jenis Zakat yang orang Islam perlu tahu dan kelebihannya untuk kita semua
Via Wall Street Journal

Untuk sebahagian besar penggiat FIRE, tujuan utamanya lebih kepada inginkan kebebasan kewangan berbanding ingin bersara awal atau bersara muda. Apabila kita rasa cukup selesa dengan tahap kewangan kita, mereka tidak lagi rasa terlalu bergantung pada kerja harian untuk menanggung kos hidup mereka.

Kebiasaannya, ‘rutin kewangan’ penggiat FIRE antaranya mengecilkan perbelanjaan termasuklah hal-hal keselesaan yang dilihat ‘remeh’ seperti tidak menggunakan penghawa dingin dan mengelak dari membeli makanan dari restoran.

Via Right Horizons

Begitupun, ramai juga penggiat FIRE masih mengamalkan rutin perbelanjaan yang sederhana yakni tidak mengenepikan kos untuk keselesaan dan diri sendiri.

Ini beberapa amalan kewangan FIRE, harus tengok situasi untuk cari pendekatan sesuai

Ukur baju di badan sendiri – inilah peribahasa yang sesuai dalam menyentuh bagaimana amalan kewangan FIRE dilaksanakan. Biasanya, para pengamal FIRE fokus untuk laksanakan penjimatan sekurang-kurangnya 25 kali ganda perbelanjaan tahunan mereka.

Strategi ini berdasarkan dua strategi persaraan iaitu prinsip 25 kali ganda atau prinsip 4%. Prinsip-prinsip ini bertujuan untuk membantu orang ramai membina kadar pengeluaran yang selamat dari simpanan persaraan mereka.

Via AsiaOne

Walau bagaimanapun, kaedah FIRE tidak tetap dan haruslah disesuaikan mengikut kemampuan, situasi kewangan seseorang dan tahap kebebasan wang yang dimahukan. Secara amnya, terdapat tiga pendekatan amalan FIRE:

  • Fat FIRE: Tahap ini memerlukan rutin simpanan dan strategi pelaburan yang paling agresif. Hasil yang dimahukan adalah kebolehan untuk bersara tanpa mengubah kos hidup kini.
  • Lean FIRE: Tahap ini memerlukan seseorang itu mengamalkan gaya hidup minimalis bagi menjimatkan perbelanjaan hidup mereka. Hasil yang dimahukan pada tahap ini adalah mereka masih boleh hidup dalam perbelanjaan tetap.
  • Barista FIRE: Kaedah ini diletakkan antara Fat dan Lean FIRE. Tahap ini memerlukan seseorang itu mengamalkan gaya hidup sederhana semasa waktu persaraan, ditambah dengan simpanan dan kerja-kerja tambahan.
BACA  5 cara melabur dalam hartanah untuk pelabur baru

Amalan kewangan FIRE tetap ada risikonya, 30 tahun bukan umur yang terbaik untuk bersara

Ada juga pihak yang mengkritik konsep FIRE, dan berpandangan konsep tersebut masih mempunyai risikonya. Salah satu risikonya adalah amalan tersebut datangnya dari idea umur persaraan 30 tahun.

Via iStock

Bagi David Blanchett, seorang pengkaji dari syarikat perkhidmatan kewangan Morningstar Inc; 30 tahun bukanlah usia yang sesuai untuk bersara. Ini meletakkan tekanan yang tinggi ke atas generasi muda, dan boleh menyebabkan kualiti hidup mereka terganggu kerana keadah pengurusan kewangan yang terlalu ketat.

Tambahan lagi, terdapat kemungkinan sekiranya bersara terlalu awal pula.. ini akan menyebabkan wang persaraan sempat habis sebelum ‘habisnya’ hayat seseorang. Apabila situasi ini terjadi, seseorang itu terpaksa ‘keluar’ dari persaraan dan mencari kerja lain untuk menambahkan simpanannya.

Via Foto Community

Atas sebab inilah, idea pendapatan pasif merupakan satu lagi pendekatan yang diharap mampu meringankan tekanan itu. Pendapatan pasif yang dijana boleh membantu meningkatkan aliran tunai hidup mereka. Ada juga memilih aktiviti yang dapat menjana kewangan dan dirasakan memberi makna kepada hidup mereka seperti menulis blog dan membina perniagaan mengikut kecenderungan masing-masing.

Kesimpulannya, simpanan persaraan bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh khususnya untuk anak muda hari ini. Simpanan untuk persaraan membolehkan kita mampu membiayai kos hidup tanpa perlu masuk ke dalam dunia pekerjaan pada saat tua. Perancangan jangka panjang diuruskan sebaiknya supaya tidak menyesal kemudian hari.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *