Elak Bil Hospital Terlalu Tinggi: Ini Antara Perkara yang Korang Boleh Buat

bil hospital

Menerima rawatan dan ditahan di hospital bukanlah sesuatu yang boleh dirancang. Ia selalunya berlaku secara tiba-tiba sama ada kerana rawatan penyakit atau kemalangan. Kepada yang berkemampuan atau mempunyai perlindungan insurans, mereka selalunya mendapatkan rawatan di hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan lebih selesa.

Imej dari Sleep Health Foundation.

Akan tetapi, ada satu langkah penting yang sering kali diabaikan iaitu memeriksa bil terperinci (itemised bill) yang diberikan oleh hospital. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai perkara kecil, tetapi memahami bil boleh memastikan ketelusan, ketepatan, dan membantu mengoptimumkan perlindungan kita.

Kepentingan dan Cara Memeriksa Bil Terperinci Hospital

Imej dari The Wall Street Journal.

Bil terperinci adalah perincian lengkap semua caj yang berkaitan dengan rawatan di hospital. Ia menyenaraikan setiap perkhidmatan, ubatan dan rawatan yang diterima, bersama dengan cajnya.

Tahap perincian ini membolehkan korang melihat dengan lebih jelas apa yang korang bayar dan bukannya jumlah keseluruhan sahaja.

Mengapa Penting untuk Memeriksa Bil?

  1. Ketepatan: Bagi memastikan ketetepan dengan kos rawatan yang diterima, adalah penting untuk kita periksa setiap kos.
  2. Ketelusan: Memahami kos yang berkaitan dengan rawatan dan mudah untuk mendapatkan penjelasan tentang rawatan yang diterima.
  3. Penyelarasan dengan insurans: Dengan membandingkan bil terperinci dan Penjelasan Faedah (EOB) insurans, korang boleh memastikan prosesnya dijalankan dengan betul serta mengelakkan kos tambahan yang tidak dijangka.
  4. Kesedaran kos: Memeriksa bil boleh menunjukkan di mana kos boleh dikurangkan dan membantu korang membuat keputusan yang lebih bijak di masa akan datang.
Imej dari Tenor.

Cara Memeriksa Bil

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memeriksa bil:

  1. Minta bil: Tidak semua hospital secara automatik menyediakan bil terperinci. Pastikan korang memintanya sebelum keluar atau sejurus selepas keluar.
  2. Bandingkan dengan rekod: Bandingkan bil dengan rekod perubatan korang, termasuk tarikh dan rawatan yang korang terima.
  3. Hubungi penyedia insurans: Pastikan caj selaras dengan apa yang dilindungi oleh insurans. Jika terdapat percanggahan, hubungi penyedia insurans korang untuk mendapatkan penjelasan.
  4. Dapatkan bantuan jika perlu: Jika ada sesuatu yang tak difahami, hubungi bahagian bil hospital bagi mendapatkan bantuan dan penjelasan.

Meluangkan masa untuk memeriksa bil terperinci bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya ia bagi memastikan kewangan dan perubatan korang sejajar dengan apa yang diperuntukkan.

Ia juga dapat membantu korang dalam mengelakkan sebarang perkara yang tidak sepatutnya ada di bil, seperti:

  • Terlebih caj untuk lawatan doktor yang korang tidak sedar;
  • Dikenakan caj untuk ubat yang tidak diberikan;
  • Caj untuk penyewaan, seperti kerusi roda yang tidak digunakan;
  • Caj berlebihan untuk barang pakai buang seperti sarung tangan, kapas dan sebagainya.

Selain menjadi pengguna yang bijak dan berpengetahuan, dengan bersikap proaktif, korang dapat menangani proses bil dengan yakin dan mengelakkan tekanan yang tidak perlu.

Dalam waktu sama, memiliki perlindungan insurans yang sesuai boleh memberi kemudahan dalam menguruskan kos perubatan. Jadinya, perlindungan terbaik yang ada sekarang ini adalah…

HealthInsured menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap keperluan perubatan korang!

HealthInsured dari Allianz Life sebenarnya adalah insurans perubatan yang tepat bagi korang yang mahukan perlindungan menyeluruh dalam satu pelan. Ini kerana, pelan ini menyediakan perlindungan merangkumi bayaran kos pembedahan, pakar bius, bilik bedah, bayaran ambulan, pemindahan organ dan pelbagai lagi!

Had tahunan yang ditawarkan juga tinggi iaitu sehingga RM5,000,000 dan Tanpa Had Sepanjang Hayat Keseluruhan (No Overall Lifetime Limit). Manfaat bilik hospital pula disediakan sehingga RM500/sehari.

Pelan ini turut datang dengan manfaat Allianz Care@Home yang membolehkan korang menerima rawatan perubatan dari rumah sahaja bagi penyakit tertentu.

Imej dari brosur Allianz Malaysia.

Selain itu, rawatan pesakit luar bagi kemalangan dan kecemasan juga disediakan dengan kadar sehingga RM5,000. Manfaat rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar turut disediakan.

Sebagai langkah berjaga-jaga dengan penyakit kanser, pelan ini menyediakan manfaat sehingga RM40,000 bagi ujian genomik yang boleh membantu doktor meramal kadar pertubuhan kanser dan jenis rawatan paling sesuai untuknya.

Perlindungan bagi rawatan kanser pesakit luar seperti radioterapi, kemoterapi, terapi bertarget, terapi hormon, konsultasi dan ujian pemeriksaan juga disediakan.

Jadinya, kepada korang yang berminat itu – bolehlah layari laman web rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) atau hubungi saja wakil-wakil sah Allianz – SEMAK DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *