Rahsia Kewangan Orang Cina: 5 Perkara yang Boleh Anda Pelajari

Cina

Pasti ramai yang bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa kebanyakan orang kaya di Malaysia hari ini kebanyakannya terdiri daripada orang Cina.

Kita dapat lihat bahawa kebanyakan perniagaan runcit, pasar raya, bengkel besar, perniagaan automobil, hartanah dan bahkan bahan mentah pun, dibarisi oleh pemilik berbangsa Cina.

Mereka sering dikaitkan dengan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan, sama ada dalam perniagaan, simpanan mahupun pelaburan.

Amalan ini bukan sekadar kebetulan atau warisan genetik semata-mata, melainkan hasil daripada nilai budaya, prinsip keusahawanan, dan disiplin yang diajarkan secara turun-temurun.

Cina
Sumber: Pinterest

Tidak dinafikan bahawa sejarah memainkan peranan penting dalam membentuk latar belakang masyarakat kita hari ini, namun nilai positif yang masih berkekalan dan menjadi amalan kaum Cina ini seharusnya dijadikan contoh.

Tanpa mengetepikan nilai dan kejayaan dari kaum lain, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, ini sudah pasti menjadi salah satu peluang kepada kita untuk memanfaatkan ilmu dan nilai positif daripada bangsa Cina di negara ini, bak kata pepatah “buang yang keruh ambil yang jernih”.

Mengutamakan Pendidikan dan Kemahiran

Antara rahsia kemajuan kewangan bangsa Cina yang sering mereka tekankan namun jarang dilihat bangsa lain ialah penekanan kepada pendidikan dan kemahiran.

Setiap daripada kita pasti pernah melihat mana-mana perusahaan Cina yang dijaga atau dikelola anak mereka yang masih muda. Ini bertujuan memberikan pendedahan awal dan penerapan kemahiran dalam dunia perniagaan sebelum mereka beranjak dewasa.

Selain itu, mereka juga memberikan keutamaan yang tinggi terhadap pendidikan. Mereka percaya bahawa pendidikan merupakan kunci bagi mengubah taraf hidup kerana ia mampu membawa peluang pekerjaan yang lebih baik dan stabil.

Cina
Sumber: Pinterest

Contoh jelas yang dapat dilihat ialah apabila orang Cina sering menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta atau pusat tuisyen untuk meningkatkan prestasi akademik.

Mereka juga memberi galakan kepada anak mereka untuk mempelajari kemahiran tambahan seperti bahasa asing, melukis, bermain muzik atau kemahiran teknikal lain bagi mencungkil bakat terpendam.

BACA  3,600 Penjawat Awam Bankrap! Apa Punca, Kesan dan Solusi?

Ini menunjukkan kepercayaan dan keyakinan tinggi orang Cina terhadap peranan pendidikan. Walaupun mereka kebanyakannya sudah memiliki perusahaan sendiri, namun mereka tetap menggalakkan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran dan mendapatkan kelulusan.

Gambar Hiasan- Pinterest

Oleh itu, kita juga perlu lebih terbuka minda dengan menggalakkan anak muda kita untuk sentiasa bersedia menambah kemahiran dan menimba ilmu selagi mampu.

Ini kerana pendidikan itu bukan semata-mata menjanjikan kerjaya dan pendapatan lumayan, akan tetapi ia penting dalam membentuk keperibadian dan kematangan berfikir.

Amalan Berjimat CermatĀ 

Jika bicara soal amalan terbaik dalam menjaga kewangan, kita tidak lari dari yang namanya berjimat cermat. Prinsip berjimat cermat adalah salah satu nilai utama dalam budaya kewangan orang Cina.

Mereka akan berusaha mengelakkan pembaziran dan lebih memilih untuk menyimpan sebahagian besar pendapatan mereka.

Tambahan pula, budaya berjimat cermat ini sangat dipengaruhi oleh tradisi Confucianism, yang menekankan nilai kesederhanaan dan keharmonian dalam kehidupan.

Kebanyakan masyarakat Cina juga rela menangguhkan kemewahan demi memiliki hidup yang lebih stabil pada masa hadapan melalui amalan berjimat cermat, bak kata pepatah “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.

Cina
Rekod Simpanan KWSP pada April 2020 hingga Mei 2023- YT Financial Faiz

Berdasarkan rekod kewangan KWSP ketika awal penularan wabak Covid-19 (April 2020), data menunjukkan bahawa jumlah simpanan KWSP bagi masyarakat Cina bukannya semakin berkurangan, malah semakin bertambah daripada 331 B kepada 387 B (peningkatan sebanyak 56 B), pada akhir fasa pasca Covid (Mei 2023).

Ini menunjukkan bahawa ilmu menyimpan dan berjimat cermat masyarakat Cina di Malaysia memang diamalkan oleh sebahagian besar pencarum KWSP.

Amalan sebegini jelas sangat membantu mereka, lebih-lebih lagi ketika dilanda situasi genting seperti penularan wabak penyakit mematikan dan sebagainya.

Manfaatkan Simpanan Melalui Pelaburan (Invest)

Sumber: Pinterest

Setelah menyimpan, melabur juga antara perancangan kewangan yang diambil kebanyakan masyarakat Cina.

Orang Cina terkenal dengan minat mereka terhadap pelaburan, sama ada dalam hartanah, perniagaan, atau saham. Mereka bijak dalam merancang pelaburan bagi memperoleh pulangan dalam jangka masa panjang.

BACA  Habuk pun tak mudah melekat, ini tips bersihkan rumah sempena Raya

Ramai di antara mereka yang membeli hartanah sebagai pelaburan kerana ia dianggap sebagai aset yang menguntungkan. Melalui pemilikan ini, ia boleh sahaja dijual atau disewakan untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan.

Selain itu, ramai juga yang terlibat dalam perniagaan kecil atau besar sebagai inisiatif mereka meningkatkan pendapatan.

Gambar Hiasan- Pinterest

Oleh itu, tidak menghairankan jika kita banyak melihat pemilikan pasaraya besar mahupun kecil banyak didominasi bangsa Cina.

Sikap bijak dan berani dalam memilih pelaburan jangka panjang sebegini, seharusnya dijadikan contoh bagi masyarakat etnik lain jika ingin mencapai kestabilan kewangan.

Perancangan Kewangan yang Teliti

Cina
Sumber: Pinterest

Orang Cina juga sangat mengutamakan perancangan kewangan dengan matlamat teliti bagi memastikan kewangan mereka stabil pada masa hadapan.

Selain rajin menyimpan, mereka sering membuat belanjawan keluarga yang ketat untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak atau persaraan.

Berdasarkan bukuĀ Rich Dad Poor Dad oleh Robert Kiyosaki juga diceritakan bahawa masyarakat Cina sering memfokuskan kepada disiplin kewangan dan merancang untuk masa depan, menjadikan mereka lebih stabil dari segi kewangan berbanding masyarakat lain.

Banyak keluarga Cina yang menabung bagi membiayai kos pendidikan tinggi anak-anak mereka, walaupun memerlukan pengorbanan.

Tidak hairan jika mereka mampu membawa anak-anak mereka untuk menerima pendidikan di luar negara seperti di UK, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Sumber: Pinterest

Berbekalkan literasi kewangan yang agak tinggi, mereka bijak mengawal keinginan dengan tidak mudah membeli sesuatu yang bersifat liabiliti seperti kereta mewah yang akan membawa kepada perbelanjaan yang lebih besar.

Kebanyakan orang cina juga sedaya upaya akan mengelakkan diri mereka daripada berhutang dengan mana-mana institusi kewangan kerana kebanyakannya ada dikenakan faedah.

Walaupun dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka seboleh-bolehnya tidak mahu mengalami kerugian atas perkara yang tidak perlu.

BACA  5 keputusan kewangan ini buat ramai orang menyesal!

Mengutamakan Keuntungan Keluarga dan Komuniti

Cina
Sumber: Pinterest

Memberi keutamaan kepada keluarga dan komuniti terlebih dahulu mungkin terdengar mudah dan biasa, namun sukar untuk dilihat berlaku dalam komuniti kita hari ini. Bahkan ada juga yang saling menjatuhkan sesama sendiri.

Berbeza dengan pendekatan orang Cina yang sangat mementingkan semangat kekitaan dan sering berusaha untuk membantu satu sama lain dalam aspek kewangan, sama ada dalam bidang perniagaan mahupun kehidupan.

Prinsip kekitaan ini terlihat jelas dalam amalan orang Cina seperti mengumpul wang bersama-sama komuniti untuk tujuan perniagaan atau perayaan keluarga.

Buku “Chinese Business in the Making of a Malay World” oleh R. R. P. Loo, juga menceritakan bagaimana orang Cina di Malaysia sering bergabung dalam kumpulan perniagaan keluarga untuk saling membantu, memberi sokongan kewangan dan berkerjasama untuk mencapai kejayaan bersama.

Gambar Hiasan- Pinterest

Komuniti Cina juga ada mewujudkan sistem koperasi atau dana bersama bagi membolehkan ahli-ahli mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Oleh itu, tidak hairan jika perniagaan masyarakat Cina ini terlihat tidak pernah surut dan pasti akan ada yang menggantikan mereka dari satu generasi ke generasi yang lain.

Pelajaran yang Boleh Diambil

Berdasarkan ulasan yang telah diketengahkan sebentar tadi, terdapat pelbagai lagi amalan yang boleh dipelajari daripada masyarakat Cina terutamanya segi pengurusan kewangan mereka.

Bahkan amalan tersebut bukanlah sesuatu yang terlalu rahsia atau eksklusif. Sebaliknya, kesemua budaya kewangan tersebut sebenarnya merupakan sesuatu yang sudah sering didengar dan boleh sahaja diamalkan masyarakat etnik lain.

Sumber: Pinterest

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum, kita seharusnya lebih terbuka minda untuk sentiasa terus belajar dan beradaptasi dengan perkara baik disekeliling kita.

Sudah pasti setiap orang ada kelemahannya, akan tetapi setiap perkara yang baik itu wajar dicontohi agar dapat membina rakyat Malaysia yang berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *