Tahun 2024 sudah melabuhkan tirainya dan apabila melangkah ke tahun baru sudah pasti ramai berazam untuk mengurangkan berat badan dan mendapatkan stamina serta kesihatan yang baik.
Ramai orang akan memilih untuk bersukan atau bersenam bagi mengekalkan kecergasan serta merealisasikan azam tahun baru ni. Namun, harus kita ingat, kita juga akan terdedah kepada kecederaan ketika bersukan dan kadang-kala boleh menjadi serius jika kita melakukannya secara berlebihan.
Memahami cara mencegah kecederaan sukan dan mengetahui langkah yang perlu diambil jika ia berlaku adalah antara ilmu yang baik dan diperlukan. Oleh itu, jom kita mula dulu dengan…
Fahami jenis-jenis kecederaan sukan yang lazim berlaku
Untuk pengetahuan semua, kecederaan sukan boleh dikategorikan kepada dua jenis utama iaitu kecederaan akut dan kecederaan kronik. Bagi jenis yang pertama, ia selalunya berlaku secara tiba-tiba sejurus selepas atau ketika bersukan seperti terseliuh, patah tulang, dan lebam.
Manakala, kecederaan kronik pula berpunca daripada penggunaan otot atau sendi yang berulang dan berlebihan. Kecederaan ini berkembang secara beransur-ansur dan akan menjadi lebih teruk jika tidak dirawat dengan sebaiknya.
Risiko kecederaan juga mungkin boleh berbeza mengikut jenis sukan. Sebagai contoh:
- Bola Sepak dan Ragbi: Sukan yang melibatkan sentuhan antara pemain sering menyebabkan gegaran otak, koyakan ligamen dan terseliuh;
- Larian dan kelas senam berbasikal tertutup: Kecederaan penggunaan berlebihan pada kaki boleh menyebabkan otot paha koyak dan organ dalam rosak;
- Tenis dan Badminton: Pergerakan lengan yang berulang boleh menyebabkan masalah seperti tennis elbow atau kecederaan rotator cuff.
- Renang: Impingement bahu dan sakit belakang bawah sering berlaku akibat gerakan berulang di atas kepala.
Jika kita memahami risiko kecederaan sukan yang ada, ia sedikit sebanyak akan dapat membantu dalam pencegahan.
Langkah-langkah mencegah kecederaan sukan
Bagi korang yang suka bersukan itu, mencegah kecederaan lebih baik dari merawatnya. Berikut adalah strategi terperinci untuk mengurangkan risiko kecederaan:
1. Panaskan badan (warm up):
Mulakan setiap sesi dengan regangan badan dan senaman ringan untuk meningkatkan aliran darah ke otot. Ia juga menyediakan sistem kardiovaskular untuk bersedia menghadapi aktiviti yang lebih berat yang akan memberi impak kepada jantung.
2. Gunakan peralatan yang sesuai:
Pastikan peralatan yang korang gunakan sesuai untuk jenis sukan dan saiznya betul. Sebagai contohnya, memakai pelindung mulut, dan pelindung badan yang sesuai dalam sukan sentuhan dapat mencegah kecederaan serius.
Tidak salah juga untuk korang melabur untuk kasut berkualiti tinggi bagi memastikan sukan dilakukan dengan lebih selamat. Contohnya, kasut dengan lapisan lembut untuk berlari atau kasut dengan tapak khusus untuk bola sepak.
3. Kawasan sukan yang selamat
Kecederaan juga boleh berlaku atas faktor persekitaran yang tidak selamat. Makanya, sangat penting untuk korang bersukan di tempat yang tepat.
4. Kenali had diri
Elakkan bersukan secara berlebihan dan beri masa rehat yang mencukupi di antara sesi untuk membolehkan badan korang pulih. Pastikan diri kekal hidrasi dan pemakanan seimbang bagi menyokong prestasi fizikal dan pemulihan.
Apa yang perlu dibuat jika kecederaan berlaku?
Walaupun dengan langkah berjaga-jaga, kecederaan masih boleh berlaku. Antara tindakan yang boleh korang ambil adalah dengan mengamalkan Kaedah R.I.C.E. iaitu:
- Rehat (rest): Hentikan aktiviti dengan segera untuk mengelakkan kecederaan lebih parah;
- Ais (ice): Letakkan pek ais pada kawasan yang cedera selama 15 hingga 20 minit setiap jam untuk mengurangkan bengkak;
- Kompresi (compression): Gunakan pembalut elastik untuk memberi sokongan dan mengurangkan bengkak;
- Elevasi (elevation): Angkat anggota badan yang cedera melebihi paras jantung untuk mengurangkan bengkak.
Sekiranya kecederaan menyebabkan kesakitan berterusan, bengkak atau ketidakmampuan menggunakan bahagian badan tertentu. Korang perlulah mendapatkan penilaian dan rawatan perubatan dengan segera.
Cumanya, pemulihan daripada kecederaan sukan sering melibatkan kos perubatan yang tinggi, mengambil masa dan proses pemulihan yang panjang. Jadinya, antara yang boleh membantu korang dalam hal ini adalah…
Dapatkan perlindungan menyeluruh dengan Allianz Shield Plus!
Kalau korang nak tahu, Allianz Shield Plus adalah insurans kemalangan diri yang direka khas bagi membantu korang menghadapi kemalangan tak dijangka. Antara manfaat utamanya adalah pampasan sehingga RM3,000,000 bagi kematian dan hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Kematian akibat kemalangan juga membolehkan waris menerima 20% daripada Jumlah Pokok Yang Diinsuranskan sebagai elaun perkabungan serta perbelanjaan pengebumian sebanyak RM5,000. Ia sekali gus meringankan beban waris selepas kehilangan orang tersayang.
Manfaat sehingga RM15,000 pula disediakan bagi perbelanjaan perubatan dan sehingga RM800 bagi perbelanjaan perubatan alternatif. Jaminan Kemasukan Hospital (sehingga RM2,500) juga diberikan di mana-mana hospital di Malaysia dan di dalam negara-negara Asia Pasifik jika penghospitalan tersebut diperlukan akibat kemalangan.
Sekiranya korang perlu dimasukkan ke wad, korang layak menerima pendapatan hospital sehingga RM300/sehari, sehingga maksimum 180 hari. Pelan ini turut menyediakan manfaat sehingga RM5,000 bagi pembetulan gigi dan/atau pembedahan pembaikan kosmetik akibat kemalangan.
Risiko kemalangan juga boleh terjadi kepada ibu mengandung. Prihatin dengan hal ini, manfaat sebanyak RM2,000 diberikan sekiranya berlaku keguguran akibat kemalangan.
Bagi menggalakkan ahli keluarga korang juga menerima perlindungan sebaiknya, pelan ini menawarkan diskaun premium sehingga 50% bagi anak/anak-anak sekiranya korang mengambil pelan ini untuk pasangan dan anak-anak!
Jadinya, kepada korang yang mahu “sediakan payung, sebelum hujan”, bolehlah dapatkan pelan perlindungan Allianz Shield Plus. Caranya senang saja, korang boleh berhubung terus dengan wakil-wakil sah Allianz Malaysia (DI SINI) atau layari Portal Rasminya – DI SINI.
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.