Kanser merupakan antara penyakit yang memberi kesan besar terhadap kesihatan global. Menurut statistik dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun 2022 saja, dianggarkan terdapat 20 juta kes kanser baharu dan 9.7 juta kematian kerananya.
Ia sekaligus menjadikan kanser sebagai salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia. Meskipun ia sering dianggap penyakit yang membawa maut, langkah pencegahan, pengesanan awal, dan rawatan yang efektif masih boleh dibuat.
Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang jenis-jenis, punca, dan gejala utama penyakit kanser.
Apa itu kanser dan punca-puncanya?
Secara umumnya, kanser terjadi disebabkan sel dalam badan mula berkembang pada kadar yang tidak normal (abnormal), sehingga ia kemudiannya berkumpul dan membentuk tumor. Tumor ini boleh bersifat benign (bukan kanser) dan malignan (kanser).
Apabila kanser ini mula menyerang mana-mana bahagian tubuh, terjadilah pelbagai jenis kanser yang selalu kita dengar seperti Kanser Hati, Kanser Payudara, Kanser Paru-Paru, Kanser Otak, Kanser Tulang, Kanser Limfoma, Leukemia dan bermacam lagi.
Tapi perkembangan sel secara tak normal ini bukan terjadi macam itu saja, ia boleh berlaku atas beberapa punca seperti:
1. Gaya hidup tidak sihat
Merokok dan pengambilan alkohol secara berlebihan adalah penyebab utama beberapa jenis kanser, termasuk kanser paru-paru dan hati. Diet yang tinggi lemak, gula atau makanan diproses juga boleh meningkatkan risiko kanser kolorektal dan payudara.
2. Faktor Genetik
Sesetengah orang mewarisi genetik tertentu yang menjadikan mereka lebih berisiko untuk menghidap kanser. Contohnya, mutasi genentik BRCA1 dan BRCA2 meningkatkan risiko kanser payudara dan ovari.
Oleh itu, adalah penting untuk kita peka dengan sejarah keluarga bagi memastikan kanser ini dapat dicegah atau dikesan dengan awal.
3. Berat badan berlebihan (obesiti)
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan lebih tinggi risiko menghidap kanser disebabkan peningkatan keradangan dalam badan, menggalakkan pertumbuhan sel dan menjejaskan tahap hormon tertentu.
4. Sistem imun lemah
Sistem imun akan mengesan dan menyerang sel-sel yang tidak normal, termasuk sel-sel kanser awal. Apabila sistem imun terganggu, proses ini menjadi kurang efektif, membolehkan sel kanser membiak dan merebak.
Antara punca sistem imun lemah adalah stres, kurang aktif, kurang mengambil makanan bernutrisi, faktor genetik, faktor umur dan penyakit yang melemahkan sistem imun seperti HIV/AIDS.
5. Pendedahan kepada radiasi
Kanser turut boleh berlaku akibat pendedahan kepada radiasi. Radiasi adalah salah satu faktor risiko yang boleh merosakkan DNA dalam sel tubuh dan menyebabkan mutasi genetik yang membawa kepada perkembangan kanser.
Antara contoh sumber radiasi seperti Sinar -X (X-ray). Walaupun pemeriksaan Sinar-X seperti CT scan dianggap selamat dalam dos rendah, pendedahan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser, terutamanya pada kanak-kanak.
Mereka yang terdedah kepada letupan nuklear atau bekerja di industri seperti radiologi atau tenaga nuklear juga boleh menghidap kanser kerana terdedah kepada radiasi dalam jumlah kecil secara berterusan.
Tanda-tanda amaran kanser dan langkah pencegahan awal
Cabaran utama dalam mengesan kanser adalah ia selalunya berkembang tanpa gejala ketara pada peringkat awal. Akan tetapi, masih ada beberapa tanda amaran yang boleh diberi perhatian seperti:
- Benjolan yang tidak normal
- Benjolan pada payudara, leher, atau bahagian tubuh lain perlu diperiksa segera oleh doktor.
- Penurunan berat badan secara drastik
- Kehilangan berat badan yang berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab jelas boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser.
- Keletihan yang berpanjangan
- Keletihan melampau yang tidak hilang walaupun selepas berehat mungkin petanda kanser darah seperti leukemia.
- Pendarahan yang tidak biasa
- Pendarahan luar biasa seperti darah dalam air kencing, najis, hidung, batuk, muntah adalah tanda amaran yang tak boleh dihiraukan.
- Perubahan pada kulit
- Tahi lalat atau bintik-bintik pada kulit yang berubah warna, saiz, atau tekstur perlu diperiksa oleh pakar dermatologi.
- Kesukaran menelan atau serak suara
- Gejala ini mungkin menunjukkan kanser pada kerongkong atau esofagus.
Oleh hal demikian, seperti mana pepatah “mencegah lebih baik dari mengubati” adalah penting untuk kita melakukan langkah-langkah pencegahan awal. Antara yang boleh dibuat adalah:
- Jangan merokok dan menggunakan sebarang bentuk tembakau;
- Jadikan rumah bebas asap rokok;
- Jaga berat badan dan amalkan pemakanan sihat;
- Aktif secara fizikal dalam kehidupan seharian;
- Jangan minum apa-apa jenis minuman beralkohol;
- Elakkan terlalu banyak berjemur, terutamanya di kalangan kanak-kanak;
- Dapatkan vaksin Hepatitis B (untuk bayi baru lahir) dan Human papillomavirus (HPV) untuk kanak-kanak perempuan;
- Buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Dengan langkah-langkah awal ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kanser. Tapi, sekiranya pemeriksaan mendapati korang menghidap kanser, dapatkanlah rawatan dengan segera dan dengar semua nasihat doktor.
Hal itu akan lebih terkawal apabila…
Lindungi diri dengan Perlindungan Penyakit Kritikal Allianz!
Dengan Allianz, pelbagai polisi perlindungan penyakit kritikal telah diperkenalkan bagi membantu korang menghadapi situasi tidak dijangka.
Antaranya adalah HealthCover Plus yang melindungi korang dari 70 penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung, strok dan pelbagai lagi. Perlindungan ini juga datang untuk tempoh yang lama iaitu sehingga korang berusia 100 tahun!
Tak cukup dengan itu, Allianz turut memperkenalkan Allianz Prime Care+ yang menyediakan perlindungan untuk lebih 150 penyakit kritikal. Bagi pemegang polisi yang telah disahkan menghidap kanser, pelan ini menyediakan bayaran tambahan pada peringkat awal, pertengahan dan akhir penyakit berkenaan.
Selain itu, korang turut layak menerima bayaran tambahan sekiranya didiagnosis dengan 6 penyakit katastropik seperti kanser dengan metastasis, serangan jantung yang meluas, strok teruk, transplan jantung dan paru-paru, quadriplegia keseluruhan disebabkan oleh kecederaan saraf tunjang dan kehilangan anggota-anggota badan.
Bagi penyakit kencing manis pula, pelan ini akan memberi perlindungan merangkumi 4 komplikasi utama, iaitu amputasi, kegagalan buah pinggang, retinopati, dan koma diabetik.
Jadinya, sekiranya korang masih tercari-cari perlindungan penyakit kritikal terbaik, bolehlah terus berhubung dengan wakil-wakil sah Allianz Malaysia (SEMAK DI SINI). Korang juga boleh terus ke Portal Rasmi Allianz Malaysia – DI SINI.
Tapi nak beritahu juga yang sekarang ni korang…
Berpeluang memenangi iPhone 16 atau Pin Tambah Nilai Touch n’ Go eWallet bernilai RM150!
Di bawah Kempen Allianz iWant Giveaway, korang sebenarnya berpeluang untuk memenangi iPhone 16 atau Pin Tambah Nilai Touch n’ Go eWallet bernilai RM150.
Caranya, korang hanya perlu membeli polisi Allianz UltimateLink baharu dengan rider Prime Care+ atau HealthCover Plus. Dengan syarat, polisi yang dibeli mesti diserahkan dan dikeluarkan semasa Tempoh Kempen serta kekal berkuat kuasa dengan tempoh 15 hari free-look tamat pada atau sebelum 31 Januari 2025.
Lepas tu, korang perlu mendaftar sebagai pengguna di Aplikasi MyAllianz sebelum 31 Januari 2025 jam 11:59 malam dan buat pendaftaran menyertai Kempen Allianz iWant Giveaway ini di PAUTAN INI.
Jangan lepaskan peluang! Kempen ini akan tamat pada 31 Januari 2025.
Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.