Animasi sebagai Pelaburan Masa Depan: Peluang Ekonomi dalam Sektor Kreatif Malaysia

Animasi

Industri animasi di Malaysia bukan sekadar satu cabang seni, akan tetapi ia juga merupakan industri yang sangat berpotensi memberikan sumbangan kepada ekonomi negara. 

Pada era kepesatan teknologi ini, permintaan terhadap kandungan animasi telah mengalami peningkatan yang ketara di pelbagai platform.  

Bermula dengan hanya perkhidmatan penstriman di kaca televisyen, kemudian mulai beralih ke sektor permainan video dan pengiklanan. 

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Malaysia telah mula mengiktiraf potensi besar industri ini sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dalam sektor kreatif, yang turut disokong oleh kerajaan serta pelaburan swasta.  

Pertumbuhan Pasaran Animasi Global

Industri animasi tidak lagi terhad kepada negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, atau Perancis yang sangat terkenal dengan kehebatan teknologi mereka.  Kini, pasaran industri sebegini sudah mulai berkembang pesat di serata dunia. 

Lebih membanggakan lagi, Asia mula menjadi salah satu hab terbesar bagi penciptaan kandungan animasi.  Permintaan terhadap animasi berkualiti tinggi juga kian meningkat dengan adanya platform digital seperti YouTube, Netflix, Disney Plus, dan lain-lain, yang telah membuka pintu kepada pelbagai jenis kandungan dari seluruh dunia.

Animasi
Sumber: Pinterest

Ini merupakan satu peluang keemasan yang perlu dititikberatkan oleh Malaysia. Hal ini demikian kerana negara ini mempunyai infrastruktur yang semakin canggih dan sentiasa ditambah baik dalam sektor teknologi maklumat dan telekomunikasi. 

Berikutan peningkatan teknologi yang semakin rancak, ia bakal menjadi faktor utama terhadap pembangunan dan penghasilan kandungan animasi di Malaysia.  

Animasi
Sumber: Pinterest

Dengan adanya studio-studio tempatan seperti Les’ Copaque, Wau Animation dan Animonsta Studios, Malaysia sudah mula menunjukkan bakat dan potensi syarikat tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 

Tidak dilupakan juga animasi keluaran tempatan juga kini menembusi pasaran luar negara, terutamanya di rantau Asia Tenggara dan permintaan terhadap kandungan tempatan semakin meningkat.

BACA  Wang Tidak Dituntut : Semakan & Tuntutan Secara Online 2024

Antara kejayaan yang luar biasa dapat dilihat melalui pencapaian animasi “Upin & Ipin”.  Kejayaannya meraih tontonan bukan sahaja di dalam negara, bahkan di Indonesia juga telah berjaya menarik jumlah yang melebihi 10 juta tontonan di YouTube. 

Pencapaian ini menunjukkan bahawa kandungan tempatan mampu menembusi pasaran luar negara dengan strategi pengedaran dan pemasaran yang tepat.

Animasi
Sumber: Pinterest

Dasar dan Sokongan Kerajaan Malaysia dalam Industri Animasi

Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf sektor ini sebagai salah satu enjin ekonomi masa hadapan melalui pelbagai inisiatif dan sokongan.  Buktinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berfungsi sebagai badan yang mempromosikan pertumbuhan sektor ekonomi digital dan kreatif. 

Kerajaan juga telah memperuntukkan geran dan insentif bagi syarikat animasi tempatan untuk membantu mereka memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.  Selain itu, program-program seperti Cradle Fund dan Dana Kandungan Digital turut menyediakan pembiayaan kepada pencipta kandungan agar dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. 

Insentif cukai juga diberikan kepada syarikat animasi yang melabur dalam teknologi terkini dan pembangunan bakat. Ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha kerajaan untuk mewujudkan ekosistem yang berdaya saing dan kondusif bagi syarikat-syarikat animasi tempatan.

Pendidikan dan Latihan: Melahirkan Bakat Tempatan

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh industri animasi di Malaysia adalah kekurangan tenaga kerja yang mahir dan berkemahiran tinggi dalam bidang ini. 

Oleh itu, pelaburan dalam pendidikan dan latihan telah dilakukan bagi mengatasi cabaran ini.  Institusi pengajian tinggi seperti Universiti Multimedia (MMU) dan Limkokwing University of Creative Technology telah membuka program-program yang khusus untuk bidang animasi dan media digital, dengan kurikulum yang selari dengan kehendak industri.

Animasi
Sumber: Pinterest

Kerjasama antara institusi pendidikan dan industri kreatif sebegini amat penting dalam memastikan graduan yang dihasilkan memenuhi standard yang diperlukan oleh pihak industri sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

BACA  Rakyat Malaysia Akan Alami Hari Raya Yang Berbeza Kali Ini Berbanding Tahun Lepas, Ini Sebabnya

Program latihan intensif seperti FINAS Creative Incubator atau inisiatif Creative Content Industry Guild (CCIG) telah diwujudkan bagi menyediakan latihan langsung dalam industri dengan memberikan akses kepada teknologi terkini serta bimbingan daripada pakar dalam bidang animasi.

Peluang Pekerjaan dan Impak Ekonomi Langsung

Industri ini juga menawarkan pelbagai jenis peluang pekerjaan yang meliputi pelbagai aspek penghasilan kandungan.  Antaranya ialah pelukis konsep, animator, pengarah seni, juruteknik efek visual, dan banyak lagi. 

Bukan itu sahaja, perkembangan sektor animasi juga telah membuka peluang pekerjaan dalam industri sokongan seperti pemasaran, pengedaran, dan penghasilan barangan berlesen.

Sumber: Pinterest

Menurut data yang dikumpulkan oleh MDEC, industri kreatif Malaysia telah menyediakan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan, dengan sektor animasi menjadi salah satu penyumbang utama. 

Selain pekerjaan langsung, animasi juga membantu meningkatkan peluang perniagaan dalam sektor komersial dan hiburan seperti penghasilan produk berlesen yang berdasarkan watak animasi yang popular. 

Ini meningkatkan aliran pendapatan negara melalui cukai serta membuka peluang kepada syarikat-syarikat tempatan untuk mengambil bahagian dalam sektor pengeluaran produk yang berkaitan.

Kolaborasi Antarabangsa dan Penghasilan Kandungan Outsourcing

Salah satu kekuatan Malaysia dalam sektor animasi adalah keupayaannya untuk menarik perhatian syarikat-syarikat antarabangsa yang ingin bekerjasama dalam penghasilan kandungan animasi. 

Beberapa syarikat animasi di Malaysia kini sudah mulai terlibat dengan projek outsourcing atau pengeluaran bersama dengan studio luar negara.  Kolaborasi ini bukan sahaja membawa masuk teknologi baru ke Malaysia tetapi juga memperkaya bakat tempatan dengan pengalaman yang lebih luas.

Sebagai contoh, syarikat tempatan seperti Rhythm & Hues Studios yang berpusat di Cyberjaya, telah terlibat dalam projek-projek animasi besar dari Hollywood seperti “Life of Pi” dan “The Chronicles of Narnia”. 

BACA  Tidak pasti dengan kerjaya anda? Sertai program ini

Ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai potensi besar untuk bersaing di peringkat global dan bukan sahaja sebagai pencipta kandungan, malah sebagai rakan strategik bagi syarikat luar negara.

Sumber: Pinterest

Ekosistem Kreatif yang Saling Melengkapi

Industri animasi bukan hanya beroperasi secara sendiri, namun ia adalah sebahagian daripada ekosistem industri kreatif yang lebih luas daripada yang kita sangkakan.  Hal ini demikian kerana ia merangkumi filem, permainan video, muzik, dan reka bentuk digital. 

Jalinan yang saling lengkap-melengkapi antara sektor-sektor ini telah memberikan peluang untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih menyeluruh dan mapan. 

Sebagai contoh, watak yang popular boleh diperluaskan ke permainan video, filem, atau siri televisyen, serta digunakan dalam kempen pengiklanan dan pemasaran.

Memanfaatkan Potensi Industri Animasi Kreatif

Secara keseluruhannya, industri animasi di Malaysia adalah lebih daripada sekadar hiburan.  Ia adalah sektor yang berpotensi untuk menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara. 

Dengan adanya peningkatan permintaan di peringkat global, sokongan kukuh daripada kerajaan, pelaburan dalam pendidikan, dan peluang kerjasama antarabangsa sebegini, menunjukkan bahawa animasi adalah pelaburan masa depan yang mampu membuka peluang ekonomi yang sangat luas. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *