Anda mungkin pemenang untuk percutian bernilai RM25,000 ke Seoul, Osaka, Maldives atau Eropah!

Korang nak menang tak percutian bernilai RM25,000 untuk 2 orang ke Seoul, Osaka, Maldives atau Eropah? Mestilah nak kan? Jadi, jangan tunggu lagi sebab kempen Allianz Shield Plus Four Seasons Odyssey ini masih berjalan sehingga 30 Jun 2024!

Baru-baru ini Allianz sudah mengumumkan 4 pemenang pertama untuk kempen ini dan masih ada lagi 4 pemenang terakhir yang belum diumumkan. Mungkin korang adalah pemenang bertuah yang Allianz cari! Nak dapatkan peluang untuk menang kempen ini pon mudah je. Korang hanya perlu membeli atau memperbaharui Insurans Kemalangan Diri Allianz Shield Plus sekarang sebelum kempen ini berakhir.

Untuk kempen ini, pemenang akan menikmati hadiah pakej percutian yang meliputi perbelanjaan seperti tiket penerbangan pergi balik, tempahan hotel dan sebagainya*.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Jadinya, kepada korang teringin nak ke luar negara tu, apa kata korang dapatkan Allianz Shield Plus ni cepat. Manalah tahu korang bertuah dan jadi pemenang kan? Selain dapat pergi melancong, korang juga dilindungi di bawah pelan ni dengan pelbagai jenis manfaat.

Allianz Shield Plus memberikan perlindungan kemalangan diri sehingga RM3 juta

Salah satu jenis insurans yang Allianz Malaysia sediakan adalah insurans kemalangan diri. Kalau ada yang masih belum jelas, insurans jenis ini pada asasnya menyediakan perlindungan kewangan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian akibat kemalangan kepada mereka yang diinsurans.

Sebagai contoh, Allianz Shield Plus menyediakan perlindungan sehingga RM3 juta bagi kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan orang yang diinsuranskan. Pelan ini juga menyediakan elaun perkabungan sebanyak 20% daripada Jumlah Pokok Yang Diinsuranskan sekiranya berlaku kematian disebabkan oleh denggi, virus zika, malaria, japanese encephalitis atau chikungunya (tertakluk pada terma dan syarat).

BACA  Nak dapatkan subsidi RM50 bila beli insurans? Ini caranya!

Apa yang diberitahu itu sebenarnya hanya sebahagian dari banyak lagi manfaat-manfaat yang disediakan di bawah perlindungan ini.  Oleh itu, kepada yang nak tahu lebih lanjut tentang pelan ni dan manfaat-manfaat yang ditawarkan, korang pergi saja ke pautannya di Portal Rasmi Allianz – DI SINI.

Tunggu apa lagi? Hubungi ejen Allianz yang sah atau kunjungi cawangan Allianz berdekatan korang sekarang untuk mendapatkan pelan ini dan berpeluang untuk menang hadiah hebat ini!

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance (Malaysia) Berhad. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *