Mungkin anda amalkan trend ‘revenge buying’ secara tidak sedar

Revenge Buying

Trend ‘revenge buying’ yang mungkin anda amalkan secara tidak sedar. Selepas tahun-tahun pandemik berlalu, kesan yang ditinggalkan sudah mulai terasa. Harga barang semakin meningkat, kadar inflasi juga tetap meningkat serata dunia.

Lebih dekat dari itu, kesan psikologi dan emosional yang tersisa dari tahun-tahun pandemik juga dapat dilihat sekarang. Buktinya, walaupun keadaan sosioekonomi semasa tidaklah boleh dikatakan lebih baik dari waktu sebelum pandemik; sebahagian besar masih lagi tidak putus membeli pelbagai jenis barangan.

Ada pula sesetengahnya sanggup menghabiskan wang untuk membeli barangan hobi atau kehendak diri semata-mata. Kenapa hal ini berlaku? Bukankah sepatutnya jika inflasi dan harga barang semakin meningkat, kadar pembelian akan lebih rendah berbanding dahulu? Jom kita kupas sama-sama…

Via Focus Malaysia

Orang masih tidak berhenti membeli walaupun inflasi, didorong tahap emosi

Mengimbau semula tahun-tahun pandemik, ia bukanlah tahun-tahun yang mengujakan untuk sebahagian besar manusia di muka bumi ini. Ada yang kehilangan ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan insan tersayang kerana penyakit Covid-19.

Ada yang kehilangan punca rezeki. Ada yang terpaksa bergadai harta dan masa untuk wang makan keluarga esok hari. Negara-negara seluruh dunia juga bergelut untuk memikirkan strategi terbaik bagi membendung penularan penyakit Covid-19, termasuklah pengenalan konsep lockdown.

Meskipun dalam tahun-tahun ini, aktiviti jual beli masih lagi berlangsung rancak. Kerancakan ini dipacu dengan hadirnya media sosial sebagai penghubung utama komuniti, dan wujudnya trend-trend baharu bagi menangani tekanan emosi masyarakat. Trend-trend ini juga membentuk tabiat pembeli.

Dengan sekatan fizikal yang dikenakan, trend pembeli kini berarah kepada bentuk pembelian atas talian. Trend ini juga membuka peluang kepada para peniaga, bahkan yang baru menceburi bidang perniagaan untuk mencari wang.

BACA  Anak muda kuat berhutang? Ini dapatan kajian yang kita perlu tahu

Baca Juga :

Via The Malaysian Reserve

Walau bagaimanapun, fenomena ini juga turut mewujudkan satu lagi kesan yang nampaknya masih ada sehingga detik pasca-pandemik. Salah satunya adalah ‘revenge spending’ atau ‘revenge buying’. Asasnya, ramai pembeli mempunyai kuasa beli yang tinggi kerana terhadnya ruang yang lazimnya digunakan untuk membeli barangan. Misalnya kedai makan, pusat membeli belah dan pusat tumpuan pelancong.

Apabila sekatan fizikal pula mulai dilonggarkan, ramai berpusu-pusu untuk keluar dan melampiaskan ‘nafsu’ membeli dengan bergerak keluar ke kedai makan, pusat membeli belah dan kawasan-kawasan jual beli terbuka. Tidak kurang juga, masih ramai yang mahu membeli-belah walaupun secara sosialnya, kadar pengangguran dan hutang peribadi meningkat.

Menurut pengkaji dari Monash University, trend dan sentimen pembelian sebenarnya banyak didorong oleh emosi. Reaksi pembeli terhadap sesuatu keadaan yang mencetuskan trauma secara tidak langsung mewujudkan rantaian pembelian bertumpukan kehendak atau impulse buying. Fenomena impulse buying ini turut berlaku di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Asia Barat.

Via Pymnts

Bagi ramai orang, cara untuk menangani tekanan emosi yang wujud kerana suatu situasi yang menekan seperti Covid-19 adalah dengan memiliki barangan baharu. Jadi tidak hairanlah, ramai pengguna masih tidak teragak-agak untuk membeli barangan kehendak lebih kerap.

Elak harga naik mendadak kerana ‘revenge spending’, pasaran kembali suram?

Apabila ramai pengguna mulai keluar dan membeli pelbagai jenis barangan, secara langsung ia juga akan mewujudkan rantaian ekonomi lain. Lebih utama, ini bermaksud permintaan akan menjadi lebih tinggi berbanding bekalan sedia ada di pasaran. Oleh itu, harga barangan boleh meningkat terutamanya andai ia tidak dikawal oleh negara. Dalam takrif ekonomi, fenomena ini dipanggil inflasi.

BACA  Lebih jimat dari kenderaan petrol? Masa depan Industri EV di Malaysia

Dari satu sudut, perbelanjaan ini dapat menjana semula putaran ekonomi negara. Semakin banyak rakyat berbelanja, sebahagian lain dapat hidup dan meneruskan putaran pasaran. Walau bagaimanapun, negara juga mesti mengawal keadaan apabila terlalu banyak permintaan berbanding bekalan sedia ada.

Via My Weekend Plan

Sebab itulah salah satu instrumen yang digunakan adalah dengan menaikkan OPR. Kadar ini dinaikkan untuk mengawal kadar inflasi, iaitu dengan mengawal kadar perbelanjaan pengguna ke dalam pasaran. Dengan ini, tindakan dapat menangani reaksi trend pembeli revenge buying. Khabar tentang kemelesetan dan ketidaktentuan ekonomi akibat faktor luar juga membuatkan trend revenge buying semakin berkurangan.

Trend paling jelas adalah dalam sektor pelancongan. Semasa tahun 2021 hingga 2022, harga tiket kapal terbang dan hotel meningkat apabila sudah ramai mahu ‘membalas’ masa hampir dua tahun terkurung di rumah dengan bercuti ke tempat lain. Namun pada tahun ini, harga tiket kapal dan hotel tidak lagi semahal dahulu. Para penganalisis turut meramalkan, harga untuk penerbangan dan penginapan tidak meningkat sebagaimana tahun 2022.

Via Flytrippers

Adakah ini bermakna pasaran bakal suram? Jangan khuatir, pasaran akan terus bergerak selagi pengguna masih memiliki kuasa beli. Walaupun dengan ketidaktentuan dan kemeseletan ekonomi kini, kita tidak kehilangan pasaran pengguna. Yang penting, kita masih mempunyai kuasa beli dan mampu menjamin kuasa beli di tangan rakyat. Salah satu jaminan ini dilaksanakan dengan pembelian wang dan bantuan kewangan. Lonjakan pasaran buruh juga digiatkan agar dapat memelihara kuasa beli dalam kalangan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *