Apa kelebihan EV berbanding kenderaan konvensional? Ini fakta-fakta yang korang kena tahu

ev

Kalau ikut sejarah, idea untuk mencipta kenderaan elektrik (EV) kali pertama dicetuskan oleh seorang  pereka dan jurutera Hungary bernama Anyos István Jedlik pada tahun 1828. Masa tu, dia dah berjaya mencipta sebuah model kereta kecil yang menggunakan enjin elektrik.

60 tahun kemudian pada 1888, usaha ni diteruskan oleh seorang pereka Jerman, Andreas Flocken dengan membina sebuah kenderaan empat roda pertama dunia yang digerakkan motor elektrik. Kenderaan ni kemudiannya dikenali sebagai Flocken Elektrowagen.

Andreas Flocken dengan keretanya. Imej dari UPS Battery Center.

Kini selepas lebih 100 tahun, nampaknya industry EV semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia, dan tak kurang juga di Malaysia.

Malah, negara kita juga antara negara terbaik bagi industri EV. Kerajaan juga komited untuk memudahkan pertumbuhan EV ni.

Tapi apa kelebihan EV kalau nak dibandingkan dengan kenderaan konvensional berasaskan enjin pembakaran dalam?

EV lebih baik dari segi penjagaan dan kelestarian alam sekitar

Seperti mana yang dikatakan tadi, EV semakin mendapat tempat dalam landskap automotif global dan Malaysia tak terkecuali. Kepelbagaian kelebihan EV memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan kenderaan ini, yang antaranya seperti:

Kesan positif ke atas alam sekitar

Berdasarkan dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia, kenderaan bermotor merupakan punca utama pencemaran udara secara konsisten sejak tahun 1994 lagi. Oleh itu, dengan beralihnya ke EV, ia sekaligus mengurangkan pencemaran kerana EV tidak mengeluarkan gas yang mencemari udara dan ia akan menghadkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia.

Imej dari Keck School of Medicine of USC.

Sokongan Kerajaan dalam industri EV

Sebenarnya, pihak Kerajaan sekarang ni sedang komited merancakkan industri EV. Antaranya dengan melanjutkan pengecualian duti import bagi komponen EV pemasangan tempatan sehingga Disember 2027, memberikan pengecualian cukai eksais dan jualan sepenuhnya kepada kenderaan pemasangan tempatan (CKD) serta melanjutkan pengecualian duti bagi kenderaan import sepenuhnya (CBU) sehingga Disember 2025.

BACA  Nak melancong seorang diri? Ini 5 negara selamat untuk melancong secara solo

Sistem penjagaan bateri canggih

Bila cakap pasal EV, dah semestinya kita akan bercakap soal ‘jantungnya’ iaitu bateri. EV datang dengan sistem penjagaan bateri yang canggih seperti dilengkapi dengan pengawal suhu yang memastikan bateri beroperasi dalam julat suhu yang optimum.

Ia juga dilengkapi dengan system pemantauan terus-menerus terhadap keadaan bateri. Pemantauan itu melibatkan tahap cas, voltan, suhu, dan kapasiti bateri. Dengan maklumat ini, pengguna dapat mengenal pasti potensi masalah atau penurunan prestasi bateri dengan cepat.

Imej dari RMI.

Kemudahan caj yang semakin mudah

Mungkin pada suatu ketika dahulu antara halangan utama penggunaan EV disebabkan kemudahan tempat caj yang terhad. Tapi kini, Malaysia dah ada lebih 1,200 stesen pengecas awam yang beroperasi di seluruh negara.

Malah, pihak Kerajaan juga komited untuk mewujudkan 10,000 stesen pengecas EV di seluruh Malaysia menjelang tahun 2025.

Kos penyelenggaraan yang rendah

Apa yang tak dapat dinafikan, kos penyelenggaraan EV cenderung lebih rendah berbanding kenderaan konvensional kerana komponen yang lebih sedikit. Ini dapat membantu pemilik mengurangkan beban kewangan jangka panjang mereka.

Korang juga tak perlu risau sangat, sebab sekarang ni dah ada perlindungan terbaik untuk EV dan ia adalah…

Allianz EV Shield melindungi korang dari segala kemungkinan yang tak diingini

Kalau korang nak tahu, Allianz EV Shield ni baru saja diperkenalkan oleh Allianz Malaysia dan direka khas untuk Kenderaan Elektrik (EV) korang tanpa kos tambahan serta melindungi korang dari segala perkara tak dijangka.

Melaluinya, korang dan kenderaan dilindungi semasa menggunakan pengecas EV, sama ada pengecas di rumah atau awam. Antaranya adalah Perlindungan Pengecas Dinding Rumah EV sehingga RM15,000 terhadap pelbagai risiko seperti kebakaran, kilat, kecurian, atau bencana alam.

BACA  Lebih jimat dari kenderaan petrol? Masa depan Industri EV di Malaysia

Malah, korang juga layak menerima Perlindungan Ehsan sehingga RM5,000 bagi kerosakan atau kecederaan semasa menggunakan Pengecas EV awam.

Kalau Kabel Pengecas Mudah Alih hilang atau rosak akibat kebakaran, kecurian, pelanggaran tak sengaja dan kenderaan terbalik, korang boleh mendapatkan pampasan sehingga RM2,000 di bawah pelan ini.

Perlindungan Liabiliti Peribadi sehingga RM50,000 juga disediakan bagi kejadian yang menyebabkan kematian atau kecederaan badan kepada pihak ketiga, atau kerosakan kepada harta pihak ketiga yang berlaku akibat daripada penggunaan Pengecas Dinding Rumah EV.

Kalau kenderaan tiba-tiba habis bateri di tengah jalan, korang jangan risau – sebab Allianz EV Shield menyediakan Perkhidmatan Tunda 24 Jam ke stesen pengecasan atau rumah korang.

Lebih menarik lagi, sekarang ni korang boleh nikmati Kredit Cas bernilai RM100* percuma kalau korang termasuk dalam 3,000 pelanggan pertama pertama yang melindungi EV korang dengan polisi Individu Kereta Persendirian Allianz (Komprehensif)! Kempen ganjaran kredit ini dibuka mulai 28 Februari 2024 hingga 31 Mei 2024.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Kepada korang yang berminat dan tak nak lepaskan peluang dapat ganjaran ni, pergi saja ke Laman Web Rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) untuk maklumat lanjut.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *