60% rakyat Malaysia masih tiada perlindungan insurans. Apa punca dan penyelesaiannya?

tiada perlindungan

Di zaman yang penuh cabaran ni, perlindungan insurans menjadi antara keperluan utama masyarakat dalam usaha memastikan diri dilindungi ketika berdepan keadaan tak dijangka.

Akan tetapi, menurut Kementerian Kewangan pada 2023 – hanya sekitar 40 peratus saja rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans. Menurut data daripada Persatuan Takaful Malaysia (MTA) pula, sekitar 85 peratus penduduk negara ini masih tidak mempunyai perlindungan insurans yang secukupnya ketika berlaku kecemasan.

Imej dari Sinar Harian.

Dari jumlah itu, boleh dikatakan majoriti mereka dari kalangan B40 (berpendapatan rendah) dan M40 (berpendapatan sederhana) tidak memiliki perlindungan insurans. Namun, apakah puncanya?

Selain kurangnya kesedaran, ramai yang anggap insurans ni mahal

Berdasarkan pemerhatian, antara punca mengapa perlindungan insurans kurang mendapat sambutan di kalangan kumpulan B40 dan M40 adalah kerana faktor ketidakmampuan kewangan dan tak kurang juga yang menganggap insurans sebagai beban tambahan yang tak mampu mereka tanggung.

Kesedaran juga boleh dikatakan kurang di kalangan masyarakat, sehingga ada yang tidak faham kepentingan perlindungan insurans dan caranya berfungsi. Selain itu, ada juga sebahagian ahli masyarakat yang kurang percaya dengan industri insurans.

Imej dari Georgia Today.

Dengan kos sara hidup yang mencabar sekarang ini, masyarakat B40 dan M40 mungkin lebih cenderung memberi keutamaan kepada keperluan kewangan harian, seperti makanan, perumahan, dan pendidikan, daripada membeli polisi insurans.

Oleh itu, untuk mengurangkan beban mereka yang berpendapatan rendah dan membantu mereka mendapatkan perlindungan yang secukupnya, Allianz Malaysia telah memperkenalkan pelan perlindungan berpatutan yang dikenali sebagai…

PerlindunganKu Allianz4All​ serendah RM50 saja setahun!

Prihatin dengan keperluan dan keadaan masyarakat, Allianz Malaysia di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah telah memperkenalkan sebuah pelan insurans berpatutan yang dikenali sebagai PerlindunganKu Allianz4All​.

BACA  Insurans Hayat mampu milik kini di pasaran! Serendah RM35 je setahun!

Dengan pelan ini, korang boleh mendapatkan pelbagai jenis perlindungan dengan harga serendah RM50 setahun! Antara manfaat-manfaat yang ditawarkan adalah pampasan sehingga RM50,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Jika korang terlibat dalam kemalangan atau menghidap penyakit dan memerlukan rawatan di hospital, pelan ini menyediakan pendapatan hospital RM50 dan RM100 setiap hari, sehingga 30 hari setahun. Dengan pendapatan itu, bolehlah ia meringankan beban pendapatan korang yang mungkin terjejas selama berada di hospital.

Imej dari Gifer.

Malah, tak cukup dengan itu, perlindungan ini turut akan menanggung sehingga RM750 sekiranya korang memerlukan rawatan perubatan akibat kemalangan atau penyakit.

Pada ketika ini, kita juga selalu dengar tentang kejadian banjir kilat yang sering berlaku. Faham dengan risiko itu, PerlindunganKu Allianz4All menyediakan Bantuan Kecemasan sehingga RM750 sekiranya berlaku pemindahan akibat banjir.

Namun begitu, ada lagi yang lebih menarik dengan pelan ini. Sebabnya, ia bukan saja akan memberikan perlindungan dengan harga berpatutan, tapi juga membantu masyarakat yang memerlukan.

Korang juga membantu masyarakat memerlukan dengan PerlindunganKu Allianz4All​

Sesuai dengan konsepnya yang bersifat rahmah dan kalau korang perasan ‘Allianz4All’ itu sendiri bermaksud ‘Allianz Untuk Semua’. Selain dari melindungi diri korang, pelan ini juga akan membantu masyarakat yang memerlukan.

Ini kerana, pelan ini memberikan perlindungan kewangan untuk semua rakyat Malaysia berdasarkan Nilai-Nilai Sejagat yang selari dengan Prinsip Kewangan Islam. Melaluinya, Allianz akan menyatakan peratus premium korang yang akan dimasukkan ke dalam Dana Peruntukan Tuntutan (Claims Allocation Fund atau CAF) bagi pembayaran tuntutan.

Kalau tuntutan itu kurang dari jumlah yang diperuntukkan dalam CAF, lebihannya akan diagihkan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan pilihan korang semasa permohonan. Makanya, boleh dikatakan yang lebihan wang dalam CAF itu akan dikongsikan kepada badan-badan amal sama ada dalam kategori orang kurang upaya (OKU), bantuan kecemasan atau pendidikan.

“Kami (Allianz Malaysia) mahu pelanggan kami menjadi rakan kami dalam ekosistem perniagaan ‘Allianz4All Untuk Semua’ dalam menentukan kategori aktiviti amal yang akan mendapat manfaat daripada lebihan (jika ada). Kami mahu pelanggan dapat memilih kategori amal yang paling dekat di hati dan ingin mereka sokong.” – petikan kenyataan Allianz Malaysia.

Pada Julai tahun lalu, Allianz Malaysia telah mengagihkan lebihan pertama daripada CAF PerlindunganKu Allianz4All sebanyak RM65,534.51 kepada tujuh pertubuhan kebajikan iaitu Buku Jalanan Chow Kit, Persatuan Pendidikan Anak Cahaya Selangor, Persatuan Orang Cacat Mental Selangor & Wilayah Persekutuan, Rumah Amal Cheshire Selangor, Persatuan Mobiliti Selangor dan Kuala Lumpur, Yayasan MyKasih dan MERCY Malaysia.

BACA  Rebut ganjaran “Ong-some” sempena Tahun Baharu Cina dengan Allianz Life!

Selain itu, walaupun sumbangan ini diberikan – korang sebenarnya tak perlu membayar premium tambahan untuk menyokong aktiviti amal sebab ia dibiayai sepenuhnya oleh lebihan dana tuntutan.

Jadi, kepada korang yang nak perlindungan berpatutan dan dalam masa sama membantu masyarakat memerlukan, PerlindunganKu Allianz4All​ adalah pilihan terbaik! Kalau nak tahu lebih lanjut, terus saja layari Portal Rasmi Allianz Malaysia DI SINI.

Tertakluk pada terma dan syarat

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *