Rebut ganjaran “Ong-some” sempena Tahun Baharu Cina dengan Allianz Life!

tahun baharu

Bertuahnya tinggal di Malaysia yang menjadi antara negara paling banyak cuti umum setiap tahun. Perkara ini sudah semestinya disebabkan oleh kemajmukan negara kita yang mempunyai rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.

Maka, tak hairanlah bila mana setiap perayaan itu disambut dengan harmoni dan meriah tanpa mengenali warna kulit, mahupun latar belakang. Pada bulan Februari depan sebagai contoh, kita akan menyambut Tahun Baru Cina.

Pada 2019, Malaysia menduduki tempat pertama pertama negara di Asia Tenggara dengan cuti umum terbanyak. Imej dari Berita Harian.

Kalau korang nak tahu, Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan ia dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama-nama haiwan). Sambutan Tahun Baru Cina pada bulan depan akan menyaksikan pertukaran dari tahun arnab ke tahun naga.

Lebih menarik, sambutan Tahun Baru Cina pada kali ni akan jatuh bersama dengan permulaan cuti akhir persekolahan yang bermula pada 10 Februari 2024. Mungkin juga ramai di kalangan korang yang dah merancang untuk balik kampung atau melancong bersama keluarga masa tu.

Imej dari AstroSage.

Tapi, dalam kegembiraan menyambut perayaan dan cuti ini, perlindungan diri juga perlu diutamakan. Selain daripada berhati-hati ketika memandu atau sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, kesejahteraan kita dan keluarga juga akan lebih terjamin dengan adanya perlindungan insurans.

Insurans melindungi diri dan keluarga di saat tak dijangka

Secara mudahnya, insurans adalah sebuah perjanjian atau kontrak di antara penyedia insurans dan pemegang polisi (orang yang diansuranskan). Dengan adanya perjanjian ini, pemegang polisi akan menerima perlindungan atau pampasan daripada penyedia insurans jika terjadinya sebarang perkara tak dijangka mengikut jenis perlindungan yang diambil.

Salah satu yang terkenal adalah Insurans Hayat yang memberikan perlindungan dalam bentuk pembayaran tertentu sekiranya pemegang polisi meninggal dunia. Ia sekaligus memberikan manfaat kepada waris apabila meninggalkan wang kepada mereka untuk membayar pinjaman; mengurangkan beban kewangan keluarga; membayar kos pengebumian; membiayai pendidikan anak-anak dan sebagainya.

BACA  Ada ke Insurans Hayat yang mampu milik?!
Imej dari Pngtree.

Terdapat juga pelan-pelan Insurans Hayat yang menyediakan manfaat-manfaat tambahan lain seperti tempoh perlindungan panjang sehingga 100 tahun; pelaburan; perlindungan hilang upaya kekal; premium tetap, bonus kesetiaan dan pelbagai lagi.

Malah sekarang ni, korang berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah hebat termasuk jongkong emas bila melanggan Insurans Hayat. Ya betul, kami tak bergurau!

Berpeluang menang jongkong emas dan hadiah-hadiah hebat lain jika melanggan Polisi Hayat Allianz!

Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2024, Allianz Malaysia telah melancarkan Allianz Lóng Year, Lóng Life Campaign. Kempen yang bermula dari 1 Januari hingga 29 Februari 2024 ini akan memberikan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memenangi 68 hadiah menarik seperti Jongkong Emas Habib 999.9 5g bernilai RM1,790 setiap satu, unit LEGO Auspicious Dragon bernilai RM379 seunit dan Royal Selangor Year of the Dragon Chopsticks & Rest Set bernilai RM280 setiap satu!

Caranya mudah saja, korang hanya perlu mendaftar dengan salah satu daripada tiga Polisi Hayat Allianz iaitu Allianz UltimateLink, Allianz EverLink Plus atau Allianz EverLink Signature dengan premium tahunan minimum RM3,000. Polisi itu kemudiannya mestilah berkuat kuasa dan melepasi 15 hari tempoh bertenang pada 15 Mac 2024.​

Bila cabutan dibuat dan korang tersenarai sebagai pemenang, korang nanti akan dihubungi oleh Allianz Life. Pemenang yang dihubungi kemudiannya hanya perlu buat pengesahan identiti dan jawab soalan dengan betul. Nama penuh pemenang juga akan disiarkan di laman web rasmi Allianz Malaysia.

Jadinya, bagi korang yang nak dapatkan insurans hayat dan berpeluang menang hadiah-hadiah hebat, apa kata korang mendaftar dengan salah satu daripada Polisi Hayat Allianz ni. Cepat ambil peluang ni sementara kempen masih berjalan! Bagi korang yang berminat, boleh pergi ke PAUTAN INI untuk maklumat lanjut.

BACA  Adakah anda dilindungi sekiranya berlaku kemalangan jalan raya?

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *