Fuhhh! Korang boleh menang iPhone 15 terkini bernilai RM4,399 dengan hanya melanggan insurans. Nak tau caranya?

iPhone

Pada hari ini, memiliki insurans sangatlah penting dalam kalangan masyarakat dan ia boleh dikatakan sebagai salah satu keperluan dalam kehidupan sebabnya kita tak tahu apa akan berlaku pada kita di masa hadapan. Adakah kita sudah bersedia dari segi kewangan sekiranya perkara yang tak diingini berlaku?

Dengan memiliki insurans, korang bukan sahaja boleh mengurangkan risiko ketidaktentuan pada masa hadapan, tapi korang pun boleh menang iPhone 15 terkini tau! Nak tahu pasal ni? Jom baca artikel ini dengan selanjutnya.

Pelan Berkaitan Pelaburan (ILP) menggabungkan pelaburan & perlindungan

Tapi sebelum tu, kami nak cerita dulu perkara yang ramai keliru dengan insurans. Ia adalah dua jenis pelan iaitu insurans tradisional dan insurans berkaitan pelaburan atau Pelan Berkaitan Pelaburan (ILP).

Sebenarnya apakah perbezaan kedua-dua jenis insurans ni dan apa pula kelebihan yang ILP ada? Jom kita semak dan lihat sama-sama!

Imej dari ASKMEN.

Insurans berkaitan pelaburan atau Pelan Berkaitan Pelaburan (ILP) adalah pelan insurans hayat yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan.

Secara mudahnya, melalui pelan ini – premium yang korang bayar bukan saja akan memberikan perlindungan hayat, tapi juga sebahagiannya akan dilaburkan oleh syarikat insurans dan hasilnya akan dipulangkan ke akaun korang. Sebagai pemegang polisi, korang juga boleh memilih bagaimana pembahagian premium insurans korang untuk perlindungan dan pelaburan.

Manakala, insurans tradisional pula tidak mempunyai fleksibiliti seperti ILP.

Bagaimanapun, berbanding dengan insurans tradisional – insurans berkaitan pelaburan ni ada lebih banyak kelebihannya.

Nak tahu apa dia? Baca di bawah ni:

Dari pelbagai sudut, insurans berkaitan pelaburan lebih banyak kelebihan

1. Premium yang fleksibel

Bagi premium ILP, premium yang dibayar adalah fleksibel dan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut perubahan kedudukan kewangan korang. Cumanya, premium rendah akan memberi kesan kepada kemampanan polisi.

BACA  Pelan Perubatan: Bebanan atau keperluan?

Namun begitu, ia lebih berbaloi dari segi komitmen kewangan berbanding insurans dengan harga tetap sepanjang tempoh polisi.

2. Boleh tambah lebih banyak perlindungan

Disebabkan ILP ni fleksibel dan boleh diubahsuai mengikut kehendak korang – korang juga boleh menambah pelbagai lagi perlindungan sebagai rider berdasarkan keperluan semasa seperti perlindungan perubatan, penyakit kritikal, kemalangan, hospitalisasi dan sebagainya.

3. Boleh keluarkan wang tunai jika perlu

Selagi nilai minimum yang diperlukan ada dalam akaun, selalunya kebanyakan insurans berkaitan pelaburan membenarkan pengeluaran separa dana pada bila-bila masa sepanjang hayat polisi.

Dengan ini, ia memberikan pilihan kepada korang yang memerlukan wang tunai sekiranya berlaku kecemasan. Namun, perlu diingat yang pengeluaran juga akan memberi kesan kepada kemampanan polisi.

Imej dari Giphy.

4. Ketelusan yang dijamin

Bagi korang yang mengambil ILP, korang mempunyai akses penuh yang jelas dan terperinci tentang semua transaksi yang dijalankan. Korang juga akan menerima penyata yang akan menyenaraikan secara jelas caj insurans, nilai pelaburan dan harga unit semasa.

Apa yang lebih menarik, sekarang ni Allianz Malaysia dah menyediakan pelbagai produk ILP yang boleh korang pilih dan juga peluang untuk memenangi iPhone15 terkini dengan kempen terbaharu mereka…

Boleh menang iPhone 15 terkini dengan pelan perlindungan Allianz!

Bersempena dengan pengakhiran tahun 2023 dan masuknya 2024 ini, Allianz Malaysia telah melancarkan kempen iWin15 Giveaway yang membuka peluang untuk korang menang iPhone 15 bernilai RM4,399!

Syaratnya, korang hanya perlu mendafar untuk salah satu polisi Allianz Life sama ada Allianz UltimateLink, Allianz EverLink Plus atau Allianz EverLink Signature dengan premium tahunan minimum RM3,000. Lepas tu, polisi korang mestilah sedang berkuat kuasa dan melepasi tempoh bertenang 15 hari.

BACA  75% rakyat Malaysia tiada simpanan? Ini cara terbaik mendapatkan perlindungan kewangan yang mencukupi

Pihak Allianz nanti akan mengadakan dua kali sesi cabutan pada 15 Januari 2024 dan 15 April 2024. Setiap cabutan ini pula akan melibatkan pemberian 15 buah iPhone 15 kepada para pemenang bertuah.

Bagi korang yang termasuk dalam senarai pendek, korang nanti akan dihubungi oleh pihak Allianz Life. Bila dihubungi, korang hanya perlu sahkan identiti dan jawab soalan yang diberikan. Nama penuh pemenang kemudiannya akan disiarkan di laman web rasmi Allianz Malaysia.

Jadi apa tunggu lagi tu, tak nak ke dapat perlindungan dan iPhone 15 sekaligus? Kepada yang berminat menyertai kempen ini dan nak tahu lebih dalam tentang perlindungan-perlindungan yang ditawarkan – boleh layari laman web rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) untuk maklumat lanjut.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *