Elak percutian bertukar duka! Cara terbaik melindungi diri & keluarga walau di mana pun kita berada

percutian

Seperti mana semua sedia maklum, bulan Februari depan anak-anak kita akan menyambut cuti akhir persekolahan selama 4 minggu lamanya. Sudah pasti sepanjang tempoh itu, telah ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga sama ada di dalam, mahupun ke luar negara.

Akan tetapi, dalam keghairahan dan kegembiraan untuk bercuti itu, sebenarnya pelbagai aspek juga perlu diambil perhatian agar ia tak bertukar duka di kemudian hari.

Rancang percutian korang sebaiknya. Imej dari youmatter.

Sebabnya, kita selalu saja mendengar khabar dan berita tentang perkara-perkara yang tak dijangka berlaku sepanjang percutian. Contohnya seperti…

Pembatalan penerbangan, sakit, kecurian dan banyak lagi…

Walaupun percutian ni kita harapkan ia berjalan lancar dan penuh dengan kegembiraan. Hakikatnya, ia tak terlepas dengan pelbagai risiko tak dijangka. Siapa yang tak stress dan kecewa kalau semuanya dah dirancang dengan baik – tapi terganggu disebabkan kelewatan atau pembatalan penerbangan, sakit, kehilangan bagasi, dokumen perjalanan, wang dan sebagainya.

Imej dari Daily Express.

Oleh hal demikian, bagi mengelakkan timbulnya masalah – rancang perjalanan korang sebaiknya. Jangan jadi seperti kata pepatah “sudah terhantuk baru terngadah”.

Oleh itu, sangat penting untuk korang mendapatkan insurans perjalanan agar percutian korang bersama keluarga lebih tenang dan dapat mengurang risiko beban kewangan sekiranya berlaku perkara tak diingini.

Di sini, kami syorkan untuk korang mendapatkan insurans perjalanan…

Allianz Travel Insurance menjaga perjalanan korang dengan lebih selamat dan selesa!

Bagi memastikan percutian korang tu lebih selesa dan selamat, Allianz Travel Insurance memberikan pelbagai perlindungan untuk korang nikmati bermula dari korang berlepas pergi dan balik.

Antaranya adalah korang layak menerima perlindungan sehingga RM25,000 kalau berlakunya Pembatalan Deposit atau Perjalanan. Jika perjalanan korang tu ditangguhkan atau dijadualkan semula, korang layak menerima bayaran sehingga RM300 setiap 6 jam berturut-turut kelewatan, sehingga RM6,000*. Bagi yang mengalami kelewatan bagasi pula, korang boleh menerima manfaat sehingga RM2,000* dengan masa kelewatan minima 6 jam.

BACA  Mahu bina perniagaan yang berjaya? Ini 8 tips yang setiap usahawan perlu tahu!

*Perlindungan maksimum untuk pelan keluarga

Tadi kita ada cerita pasal kehilangan wang dan dokumen perjalanan kan? Di bawah Allianz Travel Insurance ni, korang layak dilindungi sehingga RM15,000 sekiranya kehilangan documen perjalanan! Kalau berlaku kehilangan wang masa bercuti pula, korang boleh menerima pampasan sehingga RM2,400.

Ini mungkin ramai yang tak mahu, tapi tak mustahil berlaku. Jika berlakunya kemalangan atau korang sakit sehingga perlu di bawa masuk ke hospital. Pelan ini akan menampung kos perubatan sehingga RM1,500,000!

Perlindungan sehingga RM10 juta turut disediakan bagi pengurusan pemindahan perubatan kecemasan, repatriasi rawatan kecemasan dan repatriasi jenazah.

Untuk yang mengalami kemalangan sehingga menyebabkan kematian atau hilang upaya, waris layak menerima pampasan sehingga RM2 juta!

Pelbagai jenis perlindungan yang disediakan.

Bagi makluman korang semua, Allianz Travel Insurance ini menyediakan dua pelan perlindungan perjalanan iaitu Allianz Travel Easy dan Allianz Travel Care. Beza kedua-duanya adalah dari jumlah perlindungan untuk Kematian, Hilang Upaya Kekal, Perbelanjaan Perubatan, dan pemindahan perubatan kecemasan. Perbezaan lain pula, Allianz Travel Easy boleh dibeli secara dalam talian saja, manakala Allianz Travel Care pula melalui ejen Allianz yang sah.

Jadinya, kalau korang yang sedang merancang nak bercuti dan mahukan percutian itu lebih bermakna dan terjamin, korang bolehlah dapatkan antara dua pelan yang disediakan di bawah Allianz Travel Insurance ni. Nak tahu lebih lanjut, korang pergi saja ke Portal Rasmi Allianz Malaysia – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *