Adakah anda dilindungi sekiranya berlaku kemalangan jalan raya?

kemalangan

“Malang tak berbau”, itulah pepatah lama yang cukup sinonim dengan kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi bila mana data daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mendapati hampir 600,000 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara bagi tahun 2023 lalu.

Malaysia mencatatkan purata 66 kes kemalangan dalam tempoh satu jam. Imej dari Sinar Harian.

Dalam usaha mengurangkan risiko seperti kemalangan jalan raya, rakyat Malaysia dah diwajibkan untuk memiliki insurans kenderaan bagi memastikan adanya perlindungan kepada kenderaan masing-masing. Tapi, macam mana pula dengan perlindungan untuk diri sendiri jika menghadapi kemalangan?

Maka di sinilah datangnya Insurans Kemalangan Diri atau dikenali sebagai Personal Accident Insurance. Polisi ini biasanya memberikan manfaat tertentu jika kita mengalami kemalangan jalan raya, kemalangan di tempat kerja atau kemalangan lain yang boleh membawa kepada kehilangan upaya atau kematian.

Lebih lengkap lagi, antara manfaat-manfaat yang ditawarkan Insurans Kemalangan Diri adalah…

Manfaat kematian & hilang upaya kekal

Jika kemalangan itu menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal, ia pasti memberikan situasi sukar kepada waris. Bagi meringankan beban dan menjaga kebajikan mereka, polisi ini akan menyediakan manfaat kematian & hilang upaya kekal mengikut jumlah yang ditetapkan.

Perlindungan kewangan akibat kecederaan

Insurans ini pada asasnya memberikan perlindungan kewangan kepada korang sekiranya mengalami kecederaan akibat kemalangan. Ia termasuklah menanggung kos perubatan, rawatan hospital, pembedahan dan terapi.

Elaun harian hospital

Bagi yang dimasukkan ke wad akibat kecederaan yang dialami, polisi ini selalunya akan menawarkan elaun harian hospital. Hal ini sekaligus membantu korang yang mungkin terjejas pendapatan akibat tak dapat bekerja sepanjang tempoh dalam wad.

Jangan bertangguh mendapatkan rawatan. Imej dari Kosmo.

Perlindungan global

Sesetengah polisi Insurans Kemalangan Diri ada menyediakan perlindungan global yang memberikan perlindungan di mana saja korang berada. Dengan itu, korang tak perlu risau kalau berada di luar negara, kerana keselamatan masih lagi terjamin dan dilindungi.

BACA  Tak mahu rugi dalam perniagaan? Ini ancaman yang kita wajib tahu

Bercakap panjang lebar pasal Insurans Kemalangan Diri ni, mesti ada di antara korang yang tertanya-tanya, ada ke polisi yang memberikan perlindungan terbaik di Malaysia? Dengan pantas kami jawab ada, dan ia adalah…

Allianz Shield Plus menyediakan perlindungan menyeluruh untuk korang!

Dalam usaha melindungi korang secara menyeluruh jika terlibat dalam situasi tak dijangka, Allianz Malaysia telah memperkenalkan sebuah pelan insurans kemalangan diri iaitu Allianz Shield Plus. Yang terbaiknya pelan ini, ia memberikan perlindungan kepada korang dengan nilai perlindungan tinggi sehingga RM3 juta untuk kematian dan hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Pelan ini juga menawarkan perlindungan dengan bayaran berganda (2x) sekiranya ada mengalami kemalangan ketika melancong ke luar negara atau menggunakan pengangkutan awam atau faedah tambahan pilihan jika terlibat dalam kemalangan kenderaan.

Selain itu, pelan ini juga menanggung perbelanjaan perubatan termasuk Kemasukan dan Keluar Hospital Tanpa Tunai. Malah, Jaminan Kemasukan Hospital sehingga RM2,500 juga disediakan bagi kemasukan ke mana-mana hospital di Malaysia dan di dalam negara-negara Asia Pasifik jika penghospitalan diperlukan akibat kemalangan.

Bagi yang dimasukkan ke dalam wad, pelan ini juga menyediakan manfaat pendapatan hospital sehingga RM300/sehari sehingga maksima 180 hari. Dengan itu, tak perlu lah korang bimbang tentang terjejasnya pendapatan.

Jika kecederaan kemalangan memerlukan korang melakukan pembetulan gigi atau pembedahan pembaikan kosmetik – korang tak perlu risau sebab Allianz Shield Plus boleh tanggung sehingga RM5,000!

Kalau korang memerlukan perubatan alternatif seperti rawatan tradisional pula – pelan ini datang dengan perlidungan sehingga RM800.

Namun begitu, kemalangan juga boleh berlaku akibat menjadi mangsa penjenayah. Prihatin dengan isu itu, Allianz Shield Plus menyediakan pelbagai lagi perlindungan antaranya seperti perlindungan penculikan dengan pembayaran sekali gus sebanyak RM10,000 untuk perbelanjaan yang diperlukan bagi mencari Orang Yang Diinsuranskan.

BACA  Penyakit jantung? Orang muda juga berisiko tinggi, berhati-hati jika anda ada tanda-tanda ini

Tak cukup dengan tu, Allianz turut menawarkan ganjaran RM50,000 untuk maklumat yang membawa kepada penemuan Orang Yang Diinsuranskan dengan syarat bahawa orang itu masih hidup pada masa penemuan.

Kes ragut juga selalu kita dengar berlaku di negara ini. Oleh itu, perlindungan ini akan membayar pampasan sebanyak RM600 kepada korang yang menjadi mangsa ragut dengan syarat buat laporan polis terlebih dulu dalam masa 24 jam selepas kejadian.

Kalau korang perasan, tadi kita ada cerita pasal perlindungan global. Sebenarnya, pelan ini turut menyediakan manfaat pilihan program 24 jam Bantuan Perubatan dan Pemindahan Antarabangsa dan Domestik. Berikut antara perlindungan yang disediakan:

  • Pemindahan perubatan;
  • Repatriasi di bawah seliaan perubatan;
  • Repatriasi jenazah (sehingga RM25,000 setiap peristiwa)*;
  • Penziarahan oleh saudara mara (sehingga RM5,000 setiap peristiwa)*;
  • Penghantaran balik kanak-kanak yang mengiringi Orang Yang Diinsuranskan (sehingga RM2,500 setiap peristiwa)*;
  • Penghantaran ubat-ubatan yang tidak boleh didapati di kawasan setempat.

*Semasa melancong ke luar negara

Bagi menghargai korang yang telah melanggan pelan ini, Allianz akan memberikan bonus pembaharuan sehingga dua puluh peratus 20% setahun. Dalam masa sama, kalau korang nak melindungi anak-anak di bawah pelan sama, korang layak menikmati diskaun premium sehingga 50%!

Jika korang rasa pelan ni sangat berbaloi dengan korang, tu sebenarnya belum cukup lagi. Sebabnya, ada satu lagi benda best yang korang kena tahu iaitu…

Pakej percutian untuk 2 orang bernilai RM25,000 menanti korang dengan Allianz Shield Plus!

Bermula dari 1 Januari hingga 30 Jun 2024 ini, sesiapa yang membeli atau memperbaharui polisi Allianz Shield Plus berpeluang memenangi pakej percutian yang dibiayai sepenuhnya untuk dua orang bernilai RM25,000!

Kepada korang yang bertuah, korang berpeluang bercuti ke Seoul, Osaka, Eropah atau Maldives!

BACA  Insurans Haiwan Peliharaan : Sejarah Pengenalan & Kebaikan

Jadi apa yang ditunggu lagi tu? Dapatkan sekarang berlindungan kemalangan diri terbaik yang disediakan Allianz ni. Siapa tak nak dilindungi dan dapat pergi melancong ke luar negara kan? Bagi yang berminat, boleh terus pergi ke Laman Web Rasmi Allianz Malaysia – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *