Scam kripto semakin menjadi-jadi: Ini ciri-ciri asas pelantar kripto yang selamat

kripto

Tahun kebelakangan ini, kecanggihan teknologi masa depan membawa kita lebih jauh sehingga munculnya mata wang selain dari apa yang dimiliki negara-negara seluruh dunia. Wang fiat kini berhadapan dengan alternatif lain, khususnya mata wang kripto.

Ditambah lagi, mata wang kripto pula kini turut digunakan dalam pelbagai transaksi. Berbanding nilai mata wang fiat, ramai beranggapan mata wang kripto mempunyai nilai yang lebih tinggi dengan kadar kenaikan yang lebih cepat.

Oleh itu, semakin ramai mulai melabur wang mereka ke dalam mata wang kripto dengan harapan mengaut keuntungan yang besar. Harapan inilah yang menjadi ‘lubuk’ baharu buat para scammer untuk memperdayakan para pelabur di luar sana.

Via Geojit Insights

Ini sebab kenapa scammer kini pilih kripto untuk perdayakan orang

Mata wang kripto mempunyai pelbagai kelebihan lain yang tiada pada sistem mata wang fiat. Antaranya, sifat terdesentralisasi dalam mata wang kripto memberikan akses terbuka kepada semua orang tanpa keterlibatan institusi pusat khususnya institusi perbankan. Ini menggalakkan inklusiviti dan membolehkan akses kewangan kepada mereka yang mempunyai akses terhad dalam institusi perbankan konvensional.

Selain itu, mata wang kripto akan memberikan kebebasan kewangan kepada individu dengan membolehkan mereka mengawal sepenuhnya aset dan dana mereka tanpa campur tangan pihak ketiga. Dalam sistem perbankan pula, maklumat yang ada boleh digunakan sebagai pangkalan data untuk menjual produk bank yang lain. Aset-aset ini hanya diketahui oleh pemiliknya, dan tidak ada keperluan untuk mengisytiharkan aset tersebut kerana ketiadaan pihak pengawalselia.

Via FXDailyReport.com

Ciri-ciri inilah yang turut menarik para scammer di luar sana. Mereka seringkali tertarik dengan ciri-ciri mata wang kripto yang ideal untuk melaksanakan skema penipuan. Keunikan kripto termasuklah sifatnya yang terdesentralisasi, membolehkan transaksi tanpa melibatkan pihak berkuasa kewangan atau institusi yang menjadi orang tengah. Ini bermaksud tiada entiti tunggal yang mengawal seluruh rangkaian, memudahkan penjenayah untuk beroperasi tanpa campur tangan pihak berkuasa.

BACA  Merungkai aspek apa yang dinilai sebelum 'loan' anda lulus

Identiti pengguna tidak mendedahkan maklumat peribadi yang signifikan, menjadikan transaksi dan butiran penerima atau penjual sukar untuk dikesan. Inilah sebabnya mengapa penipu suka menggunakan kripto untuk menjalankan skema penipuan mereka; mereka dapat bersembunyi di sebalik alam maya yang samar.

Oleh demikian, cara terbaik untuk memperdayakan orang ramai terutamanya para pelabur baharu adalah dengan membina pelantar pertukaran kripto sendiri.

Kenali ciri sebuah pelantar pertukaran kripto yang baik

Pertukaran kripto (crypto exchange) adalah pelantar yang membolehkan orang membeli, menjual, dan berdagang mata wang kripto. Mereka boleh menyokong pelbagai aset seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, dan lain-lain. Pelantar pertukaran inilah yang berpotensi disalahgunakan oleh sindiket scammer di luar sana.

Ciri pertama adalah langkah operasi keselamatan mereka. Sesebuah pelantar tukaran yang baik akan mengutamakan sistem keselamatan pertukaran kripto yang berkesan untuk melindungi maklumat pengguna dan data daripada ancaman. Pelantar ini juga perlu memberikan tindak balas yang cepat terhadap isu keselamatan yang mungkin timbul. Mereka juga biasanya mempunyai pasukan keselamatan sendiri dan akan menggunakan alat verifikasi identiti automatik yang kuat.

Via Bitpanda

Bagi melindungi pelanggan mereka, beberapa pertukaran menuntut mereka menjalani prosedur Kenali Pelanggan (KYC). Sebagai contoh, Arahan Perkhidmatan Pembayaran 2 (PSD2) yang akan datang mensyaratkan autentikasi dua faktor. Sesetengah pertukaran juga memerlukan pengesahan dokumen pengenalan rasmi.

Mengetahui bagaimana melabur dalam pertukaran mata wang kripto merupakan keputusan besar, dan memilih pelantar atau mata wang kripto dengan bijak adalah penting. Selain mencari pertukaran yang dipercayai, penting untuk mendidik diri mengenai kesilapan umum dan penipuan. Anda seharusnya merujuk kepada ulasan, forum, dan tempat lain untuk mendapatkan maklumat.

Ciri kedua yang boleh diperhatikan adalah sesebuah pertukaran itu haruslah mempunyai sistem operasi pertukaran kripto yang jelas dan bersepadu. Umumnya, terdapat dua jenis pelantar pertukaran yang biasa ditemui iaitu CEX dan DEX. Pertukaran terpusat, atau CEX, dijalankan oleh syarikat yang berfungsi sebagai perantara.

BACA  5 kesilapan mudah ini membuat anda menjadi mangsa 'scam'

Syarikat tersebut menyimpan aset bagi pengguna dan memerlukan mereka menjalani proses pengesahan. Ini termasuk proses pematuhan yang berkaitan dengan peraturan kenali-pelanggan (KYC) dan anti-pencucian wang (AML), sama seperti bank konvensional.

Manakala pertukaran terdesentralisasi, atau DEX, berasaskan teknologi rangkaian blok dan memudahkan perdagangan antara individu tanpa perantara terlibat. Lazimnya, pertukaran terdesentralisasi menawarkan privasi yang lebih tinggi daripada CEX.

Via Zebpay

Ciri terakhir yang anda harus lihat dalam sesebuah pelantar adalah kewujudan kertas putih (white paper) yang mengandungi maklumat teknikal tentang apa-apa yang berkaitan dengan instrumen kripto termasuklah segi infrastruktur pelantar dan mekanismenya. Dokumen teknikal adalah panduan kepada teknologinya, ciri-cirinya, dan matlamatnya. Ia direka untuk memperkenalkan projek kepada audiens baru pengguna dan pelabur yang berpotensi.

Dokumen teknikal mata wang kripto biasanya ditulis dalam format akademik dengan maklumat teknikal, statistik, dan gambar rajah. Pengasas atau syarikat baharu menerbitkan dokumen teknikal sebelum pelancaran untuk menimbulkan minat, terutama jika mereka merancang untuk mengadakan tawaran koin awal (ICO) untuk tujuan pengumpulan dana.

Dalam menjelajahi dunia mata wang kripto, kewaspadaan dan pengetahuan adalah kunci utama untuk menghindari penipuan. Dengan memahami risiko dan memilih pelantar pertukaran yang boleh dipercayai, kita dapat menikmati manfaat kebebasan kewangan tanpa terjebak dalam perangkap scammer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *