Berdasarkan data terkini, jumlah tuntutan yang telah dibayar oleh industri insurans hayat di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding insurans am. Pada tahun 2022, industri insurans hayat telah membayar tuntutan sebanyak RM13.4 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 12.7% berbanding RM11.9 bilion pada tahun sebelumnya. Sementara itu, industri insurans am pula telah membayar tuntutan sebanyak RM1.95 bilion pada tahun 2023.
Daripada jumlah itu, boleh dikatakan sememangnya tinggi jumlah tuntutan insurans yang telah dibayar kepada para pemegang polisi atau waris mereka. Akan tetapi, mengemukakan tuntutan insurans boleh menjadi proses yang mencabar dan lebih mengecewakan kalau tuntutan itu ditolak.

Walaupun insurans direka untuk memberi perlindungan kewangan, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tuntutan tak diluluskan. Memahami punca utama penolakan tuntutan boleh membantu meningkatkan peluang tuntutan berjaya.
Oleh kerana itu, berikut adalah senarai punca kenapa tuntutan insurans kebiasaannya ditolak….
Bersedia dengan punca-punca kenapa tuntutan insurans ditolak
1. Maklumat tidak lengkap atau tidak tepat
Ini adalah antara punca utama mengapa sesuatu tuntutan insurans itu ditolak. Situasi ini boleh terjadi dalam pelbagai keadaan seperti borang tuntutan yang tidak lengkap atau mengandungi kesilapan; maklumat dalam dokumen sokongan bercanggah dengan borang tuntutan dan kegagalan menyediakan bukti yang mencukupi.

Oleh itu, bagi mengelakkan tuntutan ditolak – korang hendaklah menyemak borang tuntutan dengan teliti sebelum menghantarnya dan pastikan semua maklumat seperti tarikh, lokasi, dan butiran kejadian adalah tepat. Lampirkan juga semua dokumen yang diperlukan seperti resit, gambar, atau laporan rasmi.
2. Tuntutan dibuat terlalu lewat
Untuk makluman semua, setiap polisi insurans menetapkan tempoh masa tertentu bagi mengemukakan tuntutan. Sebagai contoh, tuntutan untuk kemalangan kenderaan hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari selepas kemalangan berlaku. Jika korang lewat melaporkan kejadian, ia akan menyukarkan siasatan pihak insurans dan meningkatkan risiko tuntutan ditolak.
Oleh itu, tindakan yang perlu korang buat adalah melaporkan kejadian kepada pihak insurans secepat mungkin. Korang boleh menyemak polisi untuk mengetahui tempoh masa yang dibenarkan untuk membuat tuntutan. Jika terdapat kelewatan yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada syarikat insurans lebih awal.
3. Perkara tidak dilindungi dalam polisi
Setiap polisi mempunyai senarai perkara yang dilindungi dan pengecualian tertentu. Sebagai contoh, polisi perubatan mungkin tidak melindungi kos rawatan untuk penyakit sedia ada, kecuali korang telah mengambil perlindungan tambahan atau memenuhi tempoh menunggu yang ditetapkan.
Oleh hal demikian, sila beri perhatian kepada polisi insurans korang dengan membaca terma dan syarat secara teliti. Dapatkan juga perlindungan tambahan jika perlu, contohnya insurans bencana alam atau perlindungan bagi risiko tertentu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, korang boleh berhubung terus dengan ejen insurans masing-masing jika terdapat sebarang ketidakpastian.

4. Jumlah tuntutan melebihi had polisi
Hal ini juga boleh menjadi punca tuntutan ditolak, kerana setiap polisi insurans telah menetapkan had maksimum bagi setiap jenis tuntutan. Jika jumlah tuntutan melebihi had yang ditetapkan, pihak insurans berhak menolak atau mengurangkan bayaran.
Bagi mengelakkan isu ini, korang boleh menyemak had perlindungan dalam polisi dan jika perlu, tingkatkan perlindungan insurans untuk menampung risiko yang lebih tinggi. Yang penting, pastikan jumlah tuntutan yang dibuat adalah realistik berdasarkan anggaran kos sebenar.
5. Tidak mendedahkan maklumat atau memberi maklumat palsu
Tidak mendedahkan keadaan sedia ada (contohnya masalah kesihatan dalam insurans perubatan) juga boleh menyebabkan tuntutan insurans ditolak. Satu lagi, kalau korang memberikan maklumat palsu semasa membeli polisi dan kemudiannya dikesan – tuntutan korang juga berisiko ditolak.
Oleh itu, pastikan korang sentiasa memberikan maklumat yang jujur dan lengkap kepada syarikat insurans. Jika ada sebarang perubahan maklumat, maklumkan dengan segera dengan pihak insurans. Jangan sesekali cuba menyembunyikan maklumat untuk mendapatkan premium yang lebih rendah, kerana ia boleh menyebabkan tuntutan ditolak.
Tapi, bagi korang yang belum memiliki insurans atau masih mencari penyedia insurans terbaik, sebenarnya, hidup korang akan lebih mudah kerana…
Tuntutan lebih lancar dan mudah dengan Allianz Malaysia!
Ya! Itulah yang ditawarkan Allianz Malaysia dalam memastikan kehidupan korang dilindungi daripada pelbagai kejadian tidak dijangka. Sebagai syarikat insurans yang menawarkan pelbagai perlindungan seperti insurans hayat, perubatan, hospitalisasi, penyakit kritikal, kenderaan dan sebagainya.
Allianz memastikan setiap tuntutan dapat diproses dengan lancar. Jika korang merupakan pelanggan Allianz, korang tidak perlu risau kerana prosedur tuntutan telah dipermudahkan untuk memberikan kemudahan maksimum kepada korang.
Sebagai contoh, bagi tuntutan dengan kad perubatan –korang hanya perlu melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:
Proses Kad Perubatan
- Bagi proses kemasukan wad, pesakit perlu kemukakan kad perubatan Allianz, kad pengenalan diri (NRIC) / pasport & surat rujukan dari klinik (jika ada).
- Tandatangan borang kemasukan wad
- Jika polisi korang ditadbir oleh pihak ketiga (TPA) , hospital akan uruskan proses sedemikian.
- Setelah menerima borang yang lengkap, pihak Allianz akan mengambil keputusan. Jika surat jaminan kemasukan dikeluarkan, pesakit perlu membayar deposit (jika diminta oleh hospital).
- Waktu discaj, pihak hospital akan dapatkan borang discaj lengkap dari doktor pakar, laporan perubatan dan menghantar bil kepada pihak Allianz atau pihak ketiga (TPA) untuk diproses.
- Selepas surat jaminan discaj diperoleh oleh hospital, deposit dan amaun yang perlu dibayar atau bayaran balik akan diselesaikan oleh pihak hospital.
Proses tuntutan kemalangan kenderaan
Sekiranya kenderaan korang mengalami kerosakan akibat kemalangan, Allianz menawarkan perkhidmatan Tuntutan Xpress yang mempercepatkan proses tuntutan dan pembaikan. Korang hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Hubungi bengkel panel Allianz atau pusat khidmat pelanggan di 1-300-22-5542 untuk mendapatkan senarai bengkel terdekat.
- Tandatangani borang kebenaran bengkel.
- Buat laporan polis tentang bagaimana kemalangan berlaku & sertakan butiran pihak ketiga jika kemalangan melibatkan pihak ketiga.
- Pandu ke bengkel panel yang dipilih.
- Jika tidak boleh dipandu, benarkan bengkel panel menunda kenderaan ke bengkel mereka.
- Serahkan dokumen yang diperlukan ke bengkel.
- Bengkel akan melaporkan kepada Allianz.
Selepas itu, Allianz akan menghantar SMS bagi memaklumkan perkembangan tuntutan korang. Proses kelulusan tuntutan hanya mengambil masa 7 hari bekerja, menjadikan pengalaman korang lebih lancar dan tanpa kerumitan.
Selain itu, bagi tuntutan kemalangan diri pula, korang boleh menerima pembayaran pampasan dalam tempoh berikut selepas dokumentasi lengkap diberikan kepada pihak Allianz:
- 72 jam untuk tuntutan di bawah RM3,000;
- 21 hari untuk tuntutan sehingga RM20,000;
- 28 hari untuk tuntutan sehingga RM50,000.
Dengan proses yang lebih cekap ini, korang dapat menerima pampasan dengan lebih cepat untuk menguruskan keperluan korang.
Selain itu, bagi memudahkan urusan pelanggan, Allianz Malaysia turut memperkenalkan MyAllianz, yang membolehkan korang menguruskan polisi dan tuntutan dengan lebih pantas. Melalui MyAllianz, korang boleh:
- Memohon Surat Jaminan (Guarantee Letter) untuk kemudahan rawatan di hospital panel;
- Menjejaki status tuntutan secara langsung;
- Memohon bantuan Allianz Roadside Assistance;
- Menyemak diskaun tanpa tuntutan (NCD) kenderaan secara terus;
- Membuat bayaran polisi.
Dengan hanya beberapa klik, semua urusan berkaitan insurans korang dapat diuruskan di hujung jari sahaja. Layari MyAllianz melalui aplikasi atau laman web di https://allianz.com.my/customer
Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang panduan membuat tuntutan di Allianz, korang juga boleh layari saja PAUTAN INI.