Risau nak tinggalkan rumah? Ini cara untuk pastikan keselamatan rumah terjaga daripada pecah masuk semasa musim perayaan

keselamatan rumah

Menjelang musim perayaan, seperti Hari Raya sememangnya membawa kegembiraan kerana pada waktu inilah kita dapat berkumpul dengan sanak saudara. Namun, ia juga meningkatkan risiko kecurian/risiko pecah rumah kerana ramai yang meninggalkan rumah mereka tanpa berpenghuni ketika pulang ke kampung.

Masa inilah, penjenayah mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti mereka. Sebagai contoh, di Selangor pada tahun 2022, sebanyak 2,415 kes pecah rumah telah dilaporkan, mengakibatkan kerugian hampir RM22 juta.

Imej dari Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kejadian itu termasuklah kes pecah rumah yang berlaku ketika musim perayaan. Oleh itu, mengambil langkah-langkah keselamatan yang proaktif adalah penting bagi memastikan rumah kita kekal selamat dan membolehkan kita menyambut perayaan dengan lebih tenang.

Kenapa kecurian sering berlaku semasa musim perayaan?

Sebenarnya, terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes kecurian semasa musim perayaan seperti Hari Raya. Sebab utama adalah kerana ramai yang meninggalkan rumah kosong apabila pulang ke kampung untuk tempoh yang lama.

Kesesakan lalu lintas ketika ramai pulang ke kampung. Imej dari Utusan Malaysia.

Selain itu, ia juga disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  • Corak perjalanan yang dijangka: Penjenayah tahu ramai yang akan meninggalkan rumah mereka semasa musim perayaan.
  • Banyak barang berharga: Ramai keluarga membeli barangan baru, menyimpan wang tunai, dan menyediakan hadiah. Ini menjadikan rumah mereka sasaran yang menarik.
  • Kurangnya pemantauan kejiranan: Dengan ramai jiran yang tiada di rumah, pemantauan sangat terhad untuk mengesan aktiviti mencurigakan.

Jadinya, adalah penting untuk kita mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan tidak dijangka ini.

Cara melindungi rumah daripada kecurian

Bagi mengurangkan risiko pecah masuk, korang boleh pertimbangkan langkah-langkah pencegahan seperti:

1. Pastikan rumah dikunci dengan selamat sebelum pergi

Walaupun teruja nak balik kampung, pastikan yang semua pintu, tingkap, dan pagar dikunci dengan betul. Jika perlu, pasang mangga berkualiti tinggi dan kunci selak sebagai langkah keselamatan tambahan.

Korang juga boleh kukuhkan pintu gelangsar dengan kunci tambahan atau palang keselamatan bagi memastikan ia sukar dipecah masuk.

2. Melabur untuk sistem keselamatan rumah

Bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar akibat kecurian, tidak rugi untuk korang melabur dalam sistem keselamatan rumah seperti memasang  sistem penggera dengan pengesan pergerakan. Korang juga boleh gunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang dilengkapi dengan keupayaan pemantauan jauh.

Imej dari Angie’s List.

Tetapkan juga lampu pintar yang menyala pada waktu berbeza untuk memberi ilusi bahawa rumah dihuni. Dengan ini, rumah korang akan lebih terjamin selamat.

3. Maklumkan kepada jiran atau saudara terdekat

Korang juga boleh memaklumkan kepada jiran atau saudara terdekat, supaya mereka boleh memantau rumah korang dari semasa ke semasa. Oleh itu, penting untuk korang mempunyai hubungan baik dengan jiran tetangga.

4. Berhati-hati dengan media sosial

Elakkan memuat naik rancangan perjalanan atau gambar secara langsung di media sosial. Ini kerana, penjenayah mungkin menggunakan maklumat ini dan tahu korang tiada di rumah.

Adalah lebih selamat untuk korang berkongsi butiran perjalanan hanya kepada ahli keluarga dan rakan terdekat secara peribadi.

5. Gunakan perkhidmatan komuniti dan polis

Sekiranya, kawasan rumah korang mempunyai khidmat komuniti seperti rukun tetangga. Korang boleh maklumkan kepada mereka tentang ketiadaan korang di rumah.

Selain itu, korang juga boleh maklumkan kepada pihak polis. Sebabnya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperkenalkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang merupakan satu inisiatif dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan.

Melalu aplikasi ini, korang hanya perlu menghantar maklumat mengenai perjalanan korang dan pihak PDRM akan menjalankan rondaan 24 jam di sekitar kawasan rumah korang.

Imej dari Polis KL.

6. Simpan barang berharga di tempat selamat

Simpan wang tunai, barang kemas dan dokumen penting dalam peti deposit selamat di bank dari menyimpannya di rumah. Jika menggunakan peti keselamatan di rumah, pastikan ia kukuh dan sukar ditemui.

7. Ambil perlindungan insurans

Walaupun dengan semua langkah berjaga-jaga, risiko kecurian masih lagi tak dapat dielakkan. Oleh itu, memiliki insurans rumah dapat memberikan perlindungan kewangan sekiranya berlaku kecurian atau kerosakan harta benda Apatah lagi pada ketika ini dah terdapat sebuah perlindungan terbaik untuk rumah korang. Ia adalah…

Allianz Smart Home Cover: Perlindungan komprehensif untuk rumah korang!

Kalau korang nak tahu, Allianz Smart Home Cover adalah perlindungan kediaman yang merangkumi 5 elemen utama iaitu Empunya Rumah (Bangunan), Isi Rumah (Isi Kandungan), Perlindungan Ansuran Pinjaman Gadai Janji, Pembaikan Rumah dan Insurans Tuan Penyewa.

Sebagai pemilik rumah, korang dilindungi daripada kerosakan akibat bencana seperti kebakaran, ribut, banjir, gempa bumi dan banyak lagi. Sekiranya rumah korang mengalami kerosakan yang dilindungi dalam polisi ini, korang juga akan menerima manfaat pembaikan sementara bagi memastikan kediaman dapat dibaiki dengan segera.

Ini memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik rumah, terutama dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka.

Selain itu, polisi ini turut merangkumi perlindungan terhadap isi rumah (kandungan isi rumah) daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian, dan pelbagai risiko lain. Korang boleh memilih untuk menginsuranskannya berdasarkan nilai penuh, yang melindungi semua kandungan dalam rumah, atau memilih perlindungan kerugian pertama, di mana sebahagian daripada nilai keseluruhan ditanggung mengikut jumlah yang diinsuranskan.

Dengan perlindungan ini, korang tidak perlu risau sekiranya harta benda dalam rumah mengalami kerosakan atau kehilangan akibat kejadian seperti kebakaran atau kecurian.

Manfaat lain yang turut ditawarkan ialah perlindungan bagi kerja-kerja pembaikan rumah. Sekiranya berlaku kerosakan seperti paip pecah, Allianz menyediakan pampasan sehingga RM20,000 untuk membaiki masalah tersebut. Selain itu, manfaat sehingga RM200 diberikan bagi membaiki atau menggantikan pintu, kunci dan tingkap yang rosak akibat kecurian.

Imej dari risalah Allianz Malaysia.

Bagi korang yang masih mempunyai pinjaman perumahan, Allianz Smart Home Cover menyediakan perlindungan Ansuran Pinjaman Gadai Janji. Sekiranya rumah korang tak dapat didiami buat sementara waktu akibat kejadian yang diinsuranskan atau diarahkan dikosongkan oleh pihak berkuasa lebih dari 72 jam, Allianz akan menanggung bayaran ansuran bulanan korang.

Perlindungan ini juga dapat meringankan beban kewangan pewaris sekiranya pemilik rumah meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Kalau korang menyewakan bilik atau rumah, korang boleh mempertimbangkan untuk mengambil Insurans Tuan Penyewa. Perlindungan ini pada pada asasnya melindungi korang daripada kerosakan dengan niat jahat penyewa atau kalau penyewa melarikan diri. Allianz juga akan menanggung yuran guaman bagi surat tuntutan atas sewa lewat tempoh.

Imej dari risalah Allianz Malaysia.

Dapatkan juga ganjaran komplimentari apabila korang melanggan atau memperbaharui polisi Smart Home Cover pelan tahunan atau pelan berbilang tahun!

Sekarang ni, Allianz Malaysia telah melancarkan kempen yang menawarkan ganjaran eksklusif kalau korang melanggan atau memperbaharui polisi Smart Home Cover tau.

Kalau korang membeli polisi pelan tahunan Smart Home Cover Annual Plan dengan sekurang-kurangnya dua komponen atau memperbaharuinya dengan satu komponen baharu. Korang akan menerima Payung Eksklusif Allianz!

Korang juga berpeluang mendapat Mini Multi-Cooker apabila korang membeli polisi pelan berbilang tahun Smart Home Cover Multi-Year Plan dengan premium minimum RM500. Dengan pelan ini, korang bukan sahaja menikmati perlindungan jangka panjang, tapi juga menerima ganjaran praktikal untuk kegunaan harian korang.

Kempen ini berlangsung dari 15 Mac hingga 30 September 2025. Jangan lepaskan peluang menyertai kempen ini!

Secara keseluruhannya, Allianz Smart Home Cover menawarkan perlindungan menyeluruh untuk kediaman korang. Jika korang ingin mengetahui lebih lanjut atau mendapatkan perlindungan ini, hubungi ejen Allianz yang sah (SEMAK DI SINI) atau layari Portal Rasmi Allianz (DI SINI).

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *