Nak dapatkan subsidi RM50 bila beli insurans? Ini caranya!

Insurans adalah salah satu cara perlindungan kewangan terhadap pelbagai risiko yang tak dijangka, seperti kemalangan, kerosakan harta benda atau masalah kesihatan.

Cara insurans berfungsi pula adalah seseorang itu perlu membayar premium yang telah ditetapkan kepada syarikat insurans dan kemudiannya syarikat insurans akan memberikan pampasan atau bantuan kewangan apabila berlaku sebarang insiden atau masalah kesihatan yang dilindungi oleh polisi insurans.

Terdapat pelbagai jenis insurans yang boleh didapati di luar sana seperti insuran perubatan, insurans hayat, insurans kemalangan diri, insurans kenderaan dan insurans perniagaan.

Imej dari Insurance Business Asia.

Tak dapat dinafikan dalam keadaan yang semakin tidak menentu sekarang ini, insurans memainkan peranan penting bagi memberikan ketenangan fikiran dan membantu mengurangkan risiko jika berlakunya sebarang musibah.

Menariknya, sekarang ni dah ada satu program terbaru di bawah Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dengan kerjasama syarikat-syarikat insurans yang mengambil bahagian, dikenali sebagai i-MULA50. Berikut penjelasan lanjut tentang program ini:

i-MULA50: Boleh dapat subsidi RM50 kalau beli insurans hayat!

Imej dari LIAM.

Sebagai salah satu inisiatif terbaru dalam industri insurans, program i-MULA50 bertujuan untuk menggalakkan pembeli perlindungan kali pertama, terutamanya di kalangan belia dan keluarga muda bagi mendapatkan perlindungan insurans hayat. Untuk pengetahuan korang, dana sebanyak RM5 juta telah disediakan bagi pelaksanaan program ini.

Imej dari LIAM.

Produk insurans yang layak di bawah inisiatif i-MULA50 ini semuanya pelan insurans yang mudah difahami dan berpatutan seperti Perlindungan Tenang, produk mikro insurans, pelan premium rendah atau produk sedia ada yang diubahsuai agar lebih bersesuaian dengan keperluan semasa.

Perlindungan yang disediakan di bawah program ini juga merangkumi pelbagai aspek penting, termasuk manfaat kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD), penyakit kritikal, manfaat perubatan, serta manfaat kemasukan ke hospital.

Syarat-syarat dan jenis perlindungan produk bersubsidi di bawah program i-MULA50 pula adalah seperti berikut:

  • Premium tahunan bagi produk yang bersubsidi ini perlu berada dalam lingkungan RM75 hingga RM600 untuk memastikan ia mampu milik;
  • Pemegang polisi dikehendaki membuat bayaran tahunan sebanyak RM25 minimum untuk layak mendapatkan subsidi RM50;
  • Perlindungan yang ditawarkan termasuk perlindungan asas seperti kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD), perubatan, penyakit kritikal dan manfaat pendapatan hospital.
BACA  Adakah Insurans Kemalangan Diri berbaloi? Ini fakta-fakta yang korang perlu tahu

Cara Menebus i-MULA50

Nak menebus i-MULA ni sebenarnya mudah saja iaitu korang boleh semak senarai polisi mampu milik yang ditawarkan di bawah program ni di Portal Rasmi LIAM.

Lepas tu, korang tekan saja pada butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” pada polisi pilihan dan korang akan dibawa ke laman web syarikat insurans terlibat.

Korang kemudiannya disarankan untuk buat penelitian dan faham ciri-ciri polisi sama ada ia memenuhi keperluan korang atau tak. Bila dah buat keputusan nak beli mana satu, korang hubungi penyedia insurans hayat untuk panduan membeli polisi dan menebus subsidi RM50.

Apa yang penting, jumlah premium tahunan polisi perlu antara RM75 sehingga RM600 bagi melayakkan korang menerima subsidi RM50.

Imej dari LIAM.

Dimaklumkan juga bahawa subsidi RM50 ini khas untuk polisi baru di bawah program i-MULA50 saja dan tidak boleh digunakan untuk pelan atau polisi yang diperbaharui.

Kalau korang nak tahu, Allianz Malaysia pun antara syarikat yang terlibat dalam program ni tau!

Allianz Malaysia tawarkan pelbagai pelan Perlindungan Hayat di bawah i-MULA50!

Imej dari brosur Allianz Malaysia.

Di bawah program ini, Allianz Malaysia telah menawarkan empat pelan Perlindungan Hayat iaitu Allianz 1Cover, Allianz BolehCover, A-Z Protect dan Allianz Kasih4All.

Melalui Allianz 1Cover, korang boleh melindungi keselamatan kewangan keluarga untuk masa hadapan daripada kejadian yang tidak dijangka dengan perlindungan insurans yang berpatutan. Pelan hayat ini bertempoh selama 30 tahun dengan 3 pelan yang boleh dipilih mengikut situasi kewangan masing-masing.

Bagusnya, pelan ini menyediakan sehingga 3 kali ganda manfaat kematian dengan premium yang berpatutan iaitu serendah 82 sen sehari.

Ini ilustrasi kiraan perlindungan yang diberikan. Imej dari brosur Allianz Malaysia.

Bagi Allianz BolehCover pula, ia lebih kepada perlindungan hayat pra-persaraan bagi memastikan korang boleh menikmati perlindungan kewangan pada usia emas tanpa menambah beban kewangan kepada anak-anak.

BACA  Insurans Hayat mampu milik kini di pasaran! Serendah RM35 je setahun!

Antara yang disediakan adalah 2 kali ganda manfaat kematian, pulangan 100% jumlah diinsuranskan pada kematangan polisi dan permohonan ringkas tanpa soalan kesihatan serta pemeriksaan kesihatan.

Lebih bagus lagi, pelan ini datang dengan jaminan premium dan premium yang tetap sepanjang tempoh perlindungan. Premium yang ditetapkan juga berpatutan iaitu serendah RM1.65 sehari atau sekitar RM50 sebulan.

Imej dari brosur Allianz Malaysia.

Untuk A-Z Protect, ia adalah pelan perlindungan hayat mampu milik khas untuk rakyat Malaysia dengan kadar premium permulaan RM80 setahun sahaja, tanpa mengira umur!

Pelan ini turut meliputi perlindungan kematian dan manfaat tunai hospital untuk penghospitalan akibat demam Denggi dan jangkitan COVID-19. Sebagai contoh, manfaat kematian / hilang upaya kekal dan menyeluruh (HUKM) adalah sehingga RM8,000, manakala sekiranya meninggal dunia akibat kemalangan – jumlah manfaat adalah sehingga RM25,000.

Satu lagi adalah Allianz Kasih4All yang juga di bawah Inisiatif Insurans Rahmah. Dengan premium serendah RM35 setahun, Allianz Kasih4All menjadi pilihan yang sangat mampu milik untuk diakses oleh golongan berpendapatan rendah.

Pelan ini menawarkan jumlah manfaat yang signifikan, dengan pampasan sehingga RM20,000 untuk kematian bukan kemalangan dan RM30,000 untuk kematian akibat kemalangan.

Imej dari brosur Allianz Malaysia.

Sekiranya korang berminat dengan pelan-pelan yang ditawarkan oleh Allianz dan nak dapatkan subsidi RM50, korang boleh melayari Portal Rasmi Allianz (DI SINI) atau menghubungi ejen Allianz untuk mendapatkan maklumat lanjut (DI SINI).

Selain itu, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai i-MULA50, korang juga boleh melayari Portal Rasmi LIAM – DI SINI. Di sana, korang akan dapat melihat butiran terperinci mengenai program ini secara lebih tepat dan terperinci.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *