Kos baiki motosikal boleh mencecah ribuan ringgit? Ini cara terbaik lindungi motosikal korang

Motosikal adalah salah satu pengangkutan yang popular di Malaysia. Selain menjimatkan masa dan kos, motosikal juga dipilih kerana mudah dikendalikan dan boleh melalui jalan yang sempit. Sebab itulah, kita selalu melihat banyak motosikal di jalan raya di waktu puncak semasa orang ramai pergi dan balik kerja.

Akan tetapi, seperti kenderaan lain, motosikal juga memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan secara berkala bagi memastikannya sentiasa berada dalam keadaan baik. Cumanya…

Dalam keadaan tertentu, kos membaiki motosikal boleh jadi membebankan

Motosikal terbahagi kepada pelbagai jenis. Kalau di Malaysia ni, antara yang selalu kita lihat di atas jalan raya seperti moped (motor kapcai), skuter, sportbike dan cruiser. Setiap satu jenis motosikal ini mempunyai kos penyelenggaraan yang berbeza-beza mengikut jenis kerosakan.

Imej dari New Straits Times.

Sebagai contoh, bagi sebuah motor kapcai – kos mengganti tayar mungkin sekitar RM50 hingga RM150 bergantung pada jenama dan kualiti tayar. Bagi kos penyelenggaraan yang melibatkan enjin atau komponen penting, mungkin boleh mencecah ratusan ringgit atau lebih

Ini adalah antara tanda-tanda enjin motosikal korang tu bermasalah dan mungkin memerlukan overhaul enjin untuk kerja pembaikan yang menyeluruh:

Pertamanya bila enjin motosikal korang tu jem atau secara tiba-tiba tak boleh dihidupkan langsung. Keduanya, bila mana enjin mengeluarkan bunyi bising secara tiba-tiba. Seterusnya pula adalah apabila prestasi enjin turun dengan mendadak, penggunaan minyak meningkat secara drastik atau menyalanya isyarat indikator enjin di papan pemuka.

Bila dah ada tanda-tanda itu – bersedialah korang untuk buat pembaikan enjin yang mungkin boleh mencecah ratusan atau ribuan ringgit namun ianya lebih bergantung pada jenama dan tahap kerosakannya.

Imej dari RF-R MOTOR.

Selain itu, kos upah juga memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah kos keseluruhan penyelenggaraan dan pembaikan. Jadinya di sini, adalah penting untuk korang memilih bengkel yang dipercayai dan menggunakan alat ganti yang berkualiti bagi mengelakkan kos tambahan di kemudian hari.

BACA  5 kesilapan mudah ini membuat anda menjadi mangsa 'scam'

Tapi, macam mana pula kalau kerosakan itu berlaku akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian? Dah semestinya ia mengambil kos yang lebih besar dan mungkin akan membebankan korang.

Itu belum lagi kalau motosikal korang terlibat dengan bencana alam seperti banjir yang selalu kita dengar terjadi di negara ini. Di sinilah datangnya kepentingan untuk mendapatkan perlindungan insurans yang menyeluruh untuk motosikal korang!

Allianz Motorcycle Plus melindungi diri, pembonceng dan motosikal korang!

Kepada setiap pemilik motosikal, korang kena pastikan yang diri, pembonceng dan motosikal* dilindungi dengan Allianz Motorcycle Plus. Sebabnya, pelan ini menyediakan pelbagai jenis perlindungan untuk melindungi diri, pembonceng dan motosikal korang tanpa kos tambahan.

*Untuk motosikal 250cc dan ke bawah.

Bagi pelan komprehensif Allianz Motorcycle Plus ini, ia memberikan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan motosikal akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian. Perlindungan bagi kematian atau kecederaan anggota badan pihak ketiga serta kehilangan atau kerosakan harta terhadap pihak ketiga juga disediakan dalam pelan sama.

Selain itu, RM10,000 perlindungan kemalangan jalan raya setiap seorang untuk korang dan pembonceng juga disediakan jika melibatkan kematian atau hilang upaya kekal. Jika perlu dimasukkan ke dalam wad pula, pelan ini menyediakan Pendapatan Hospital sehingga RM6,000 setiap seorang untuk korang dan pembonceng korang (RM100 sehari sehingga 60 hari).

Tak habis lagi, korang turut layak menerima perlindungan keseluruhan jumlah yang diinsuranskan bagi bencana khas seperti banjir, taufan, tanah runtuh dan banyak lagi. Malah di bawah Inisiatif Insurans Rahmah, korang akan menerima Faedah Bantuan Banjir Percuma* sebanyak RM1,000 sekiranya motosikal korang rosak akibat banjir.

*Terhad kepada bayaran sekali sahaja

Imej dari Sinar Harian.

Hari tak selalunya cerah dan begitu jugalah dengan kehidupan seharian kita. Prihatin dengan hal ini, Allianz Motorcycle Plus Komprehensif menyediakan bantuan tepi jalan sehingga jarak 50km (dua hala) kalau motosikal korang tu “buat hal”. Manfaat ini percuma untuk pemegang polisi komprehensif je tau!

BACA  Lebih 4,000 kematian disebabkan kemalangan jalan raya! Ini risiko & dilema setiap penunggang motosikal

Jadi kesimpulannya di sini, insurans motosikal boleh dikatakan memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan dan ketenangan minda kepada setiap pemiliknya.

Kepada yang berminat dengan Allianz Motorcycle Plus, korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut melalui ejen-ejen Allianz Malaysia yang sah (semak DI SINI) atau ke Portal Rasmi Allianz Malaysia –  DI SINI.

 Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *