Tak perlu takut dan rasa bersalah: Ini 5 tips cara lompat kerja yang lebih baik

“Inginkan gaji lebih baik? Lompat kerja” Ini nasihat yang biasanya akan kita dengari dalam topik kerjaya dan perancangan kewangan. Lompat kerja atau berpindah kerja mempunyai pelbagai kelebihan yang dapat meningkatkan perkembangan kerjaya dan kepuasan peribadi.

Bukan itu saja, berpindah kerja membolehkan anda untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan baru dengan menghadapi cabaran yang berbeza dalam persekitaran kerja yang baru. Ini boleh meningkatkan nilai pasaran diri anda dan membuka peluang untuk kenaikan pangkat lebih cepat.

Via BH Online

Ini 5 tips bagaimana untuk lompat kerja kepada kerja yang lebih baik:

1. Kenal pasti matlamat kerjaya dan peribadi anda dulu

Apabila kita bercakap tentang lompat kerja, ini tidak bermaksud anda harus lompat kerja tanpa arah tujuan mahupun visi kerjaya. Kejadian ini kerapkali berlaku kepada ramai pencari kerja, sehingga tidak tahu dan tidak pasti tentang arah kerjaya yang mereka idamkan.

Sebab itulah, anda perlu pertimbangkan apa yang anda mahu capai dalam kerjaya anda dan cari pekerjaan yang sejajar dengan matlamat tersebut. Kenal pasti kelebihan dan kelemahan anda sebagai pekerja. Ini akan membantu anda mencari pekerjaan yang sesuai dengan keupayaan dan minat anda.

2. Sediakan atau kemaskini resume dan bahan yang sesuai untuk tonj0lkan kemahiran

Pastikan resume anda terkini dan menonjolkan pencapaian terbaru serta kemahiran yang relevan. Resume yang berkualiti tinggi dapat menarik perhatian majikan dan meningkatkan peluang anda untuk mendapat panggilan temuduga.

Jika perlu, anda boleh turut menyediakan portfolio yang menunjukkan projek-projek atau pencapaian anda dalam kerjaya sebelum ini. Ini boleh menarik perhatian majikan dan menunjukkan kebolehan anda.

Via Justinmind

3. Buat kajian tentang pasaran kerja dan industri yang diceburi

Lompat kerja kepada bidang yang baharu boleh dikatakan lumrah seseorang pencari kerja. Anda perlu terokai pasaran kerja untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang trend industri, permintaan pekerjaan, dan syarikat-syarikat yang berkembang.

BACA  Ini tiga tips ringankan tekanan sebagai usahawan kecil

Sudah tentu, pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam berkaitan kerja atau industri yang mahu diceburi akan membantu anda membuat keputusan penting kelak.

Manfaatkan platform pekerjaan dalam talian seperti LinkedIn, JobStreet, atau MauKerja untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan profil dan kehendak anda. Laman-laman ini selalu berkongsi sedikit sebanyak tentang kerjaya dalam industri-industri yang anda minati.

4. Bina ‘kabel’ sosial anda sendiri, proaktif berhubung dengan anggota industri

Jaringan sosial juga antara cara lain anda boleh manfaatkan sebagai alternatif lain kepada peluang-peluang baharu. Gunakan rangkaian profesional anda untuk mendapatkan maklum balas tentang syarikat-syarikat yang mungkin berminat dengan bakat anda. Sertai acara-acara industri dan perkenalan untuk memperluas jaringan anda.

Via Unsplash

Selain itu, anda juga haruslah roaktif dalam berhubung dengan profesional-industri melalui media sosial dan emel. Ini boleh membuka peluang kerja yang tidak dijangka khususnya bagi para pegawai sumber manusia yang menilai kemahiran anda.

5. Kena bersedia untuk sesuaikan gaji dan budaya kerja

Semasa berpindah kerja, anda mungkin perlu bersedia untuk menyesuaikan gaji anda mengikut pasaran kerja semasa dan manfaat tambahan yang ditawarkan oleh majikan baru. Budaya kerja syarikat juga penting untuk dipertimbangkan supaya ia selaras dengan nilai dan kehendak anda untuk pengalaman kerja yang memuaskan.

Rata-rata pencari kerja kini lebih peka terhadap faktor-faktor lain, seperti waktu perjalanan, fleksibiliti kerja, dan keselamatan kerja. Oleh demikian, faktor ini juga harus dipertimbangkan semasa memilih untuk lompat kerja nanti.

Secara keseluruhannya, berpindah kerja menawarkan peluang untuk perkembangan profesional dan peribadi yang lebih baik, yang boleh membawa kepada kepuasan kerja yang lebih tinggi dan peningkatan dalam kualiti hidup. Tips ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda lompat kerja ke arah kerjaya yang lebih baik dan sesuai dengan perancangan kewangan anda. Semoga berjaya!

BACA  Korang bercita-cita nak jadi ejen insurans? Ini panduan lengkapnya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *