Ini cara terbaik lindungi rumah dari risiko cuaca & jenayah

rumah

Hari Raya Aidilfitri telah pun disambut dengan meriah sejak 10 April lalu. Uniknya di Malaysia, sambutan Hari Raya berlangsung selama sebulan dan dalam tempoh ini kita akan terus mengunjungi  rumah sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan. Maka, ada yang tak menang tangan menyambut tetamu selama sebulan ini.

Kemeriahan di Aidilfitri. Imej dari Utusan Malaysia.

Walau bagaimanapun, di musim perayaan ini – pelbagai perkara yang tak diduga juga boleh berlaku sama ada disebabkan faktor semula jadi atau risiko jenayah. Oleh itu, di sebalik kegembiraan yang ada, kita harus sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan keadaan sekeliling.

Cuaca terlalu panas, banjir kilat serta jenayah pecah masuk rumah antara risiko utama kepada kediaman korang

Baru-baru ini,  kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku di pelbagai kawasan akibat hujan lebat. Antara yang terkesan adalah Kampung Melayu Subang dan Sungai Buloh pada 16 April lalu.

Sehingga Disember 2023 saja, sebanyak 983 kejadian banjir dilaporkan terjadi. Malah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti sebanyak 5,648 ‘hotspot’ kawasan berisiko banjir di seluruh negara.

Kejadian banjir di Kampung Melayu Subang, baru-baru ini. Imej dari Berita Harian.

Itu belum lagi tentang bencana alam lain seperti ribut, gempa bumi dan sebagainya. Jika perkara ini berlaku, ia semestinya memberikan kesan kepada struktur rumah dan kerosakan barangan rumah.

Selain itu, Malaysia juga berdepan dengan cuaca panas luar biasa di beberapa buah kawasan seperti mana amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini. Pada tahun ini, daerah Pokok Sena, Kedah kekal mencatat suhu panas tertinggi di Semenanjung iaitu boleh mencecah sehingga 40 darjah celsius.

Sebenarnya, cuaca panas boleh meningkatkan risiko litar pintas dan tercetusnya kebakaran. Semasa cuaca panas, permintaan terhadap tenaga elektrik selalunya meningkat untuk penyaman udara, kipas dan sebagainya. Permintaan tenaga yang tinggi ini boleh menimbulkan tekanan pada sistem elektrik, sehingga menyebabkan pemanasan berlebihan dan litar terbakar.

BACA  Apa kelebihan EV berbanding kenderaan konvensional? Ini fakta-fakta yang korang kena tahu
Pastikan pedaiwaan di rumah korang selamat. Imej dari Blog Writer.

Cuaca panas juga sering menyebabkan keadaan kering yang meningkatkan risiko kebakaran semak dan hutan. Ia sekali gus meningkatkan risiko kepada rumah-rumah yang berdekatan dengan kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, risiko jenayah juga selalunya meningkat di musim perayaan kerana ramai yang pulang ke kampung dan meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama. Kita selalu saja mendengar kes pecah rumah yang berlaku di taman-taman perumahan.

Antara modus operandi penjenayah adalah meninjau lokasi dan kediaman yang ditinggalkan penghuni berdasarkan keadaan rumah seperti bil elektrik yang tidak diambil di peti surat, surat khabar yang dibiarkan di luar rumah dan lain-lain.

Imej dari Kosmo.

Jadinya, antara langkah keselamatan yang boleh diambil adalah orang ramai dinasihati untuk mendaftar maklumat peribadi dan kediaman mereka menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebelum pulang ke kampung.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, aplikasi milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu terbukti membendung jenayah curi dan pecah rumah sepanjang musim cuti perayaan.

“Kelmarin Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ada mengeluarkan beberapa statistik yang menyatakan semua mereka yang berdaftar dengan VSP, tiada rumah dipecah masuk dan tiada kes.

“Senada dengan itu, saya menyeru orang ramai yang balik kampung untuk tempoh panjang, meninggalkan rumah kosong dan sebagainya, gunakan aplikasi ini VSP dan beri maklumat rumah yang ditinggalkan itu,” katanya, dipetik dari laporan Malaysia Gazette.

Namun begitu, bagi mengurangkan risiko kerugian akibat bencana alam atau unsur jenayah tak dijangka ni – korang sekarang boleh…

Lindungi rumah dengan Allianz Smart Home Cover!

Pada zaman sekarang ni, bukan saja diri dan kenderaan yang ada pelan perlindungan, tapi rumah pun dah ada pelan perlindungan yang boleh membantu korang menghadapi risiko dan kerugian tak dijangka. Allianz Smart Home Cover iaitu sebuah perlindungan kediaman fleksibel yang merangkumi lima komponen utama – Empunya Rumah (Bangunan), Isi Rumah (Isi Kandungan), Perlindungan Ansuran Pinjaman Gadai Janji, Pembaikan Rumah dan Insurans Tuan Penyewa.

BACA  Risau motosikal rosak ketika BANJIR? Ini penyelesaian terbaik

Makanya, pelan ini akan melindungi rumah korang dan isi kandungannya dalam menghadapi sebarang keadaan tak dijangka seperti banjir, kebakaran, kilat, letupan dan pelbagai lagi. Kalau rumah korang mengalami kerosakan akibat banjir sebagai contoh, Smart Home Cover akan memberikan perlindungan membaiki kerosakan yang berlaku.

Korang juga boleh memilih sama ada nak menginsuranskan rumah korang mengikut nilai yang dipersetujui dengan menggunakan kalkulator yang disediakan oleh Allianz atau kos pembinaan semula mengikut cadangan korang.

Tak cukup dengan itu, pelan ini turut melindungi isi kandungan rumah, termasuklah barangan persendirian atau ahli keluarga. Kalau berlaku kecurian akibat pecah masuk, ia juga beri perlindungan sama. Malah, kerja pembaikan atau penggantian pintu, kunci dan tingkap (termasuk kerja pembaikan sementara) yang rosak akibat kecurian juga ditanggung di bawah komponen ‘Pembaikan Rumah’ pelan ini.

Di bawah komponen ‘Perlindungan Ansuran Pinjaman Gadai Janji’ pula, ia melindungi ansuran pinjaman bulanan, sekiranya rumah korang dianggap tidak boleh didiami untuk sementara waktu disebabkan oleh kejadian yang diisuranskan atau dikosongkan oleh pihak berkuasa tempatan melebihi 72 jam.

Bagi menjimatkan wang korang, perlindungan ini datang dengan Pelan Berbilang Tahun, yang mana menyediakan perlindungan selama tiga tahun, tapi dengan premium yang lebih rendah.

Oleh kerana tempoh Pelan Berbilang Tahun ni selama tiga tahun, nilai perlindungan juga akan dinaikkan sebanyak 3% setahun ke atas jumlah rumah yang diinsuranskan untuk memastikan kediaman korang itu mendapat perlindungan insurans yang secukupnya sepanjang tempoh tersebut.

Kalau korang ambil Pelan Berbilang Tahun ini, Allianz ada sediakan ganti rugi sehingga RM1,000 atas kehilangan wang peribadi milik korang atau mana-mana ahli keluarga akibat kecurian atau rompakan yang berlaku di rumah.

BACA  Nak insurans kereta & motosikal yang banyak manfaat tapi berpatutan? Ini pilihan tepat untuk korang

Lebih menarik lagi, 2,000 pelanggan pertama yang membeli polisi Pelan Berbilang Tahun Smart Home Cover dengan premium kasar minima sebanyak RM1,000 boleh mendapat ganjaran selimut api eksklusif secara percuma! Kempen ini bermula dari 1 April 2024 hingga 30 Jun 2024, tertakluk pada terma & syarat.

Sebenarnya banyak lagi manfaat-manfaat yang sediakan di bawah Allianz Smart Home Cover ni. Kepada korang yang berminat dan nak tahu lebih lanjut lagi, boleh hubungi ejen Allianz yang sah atau terus saja ke Portal Rasmi Allianz – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *