Syawal bakal menjelma! Ini cara terbaik lindungi diri dan keluarga sepanjang percutian Hari Raya

hari raya

Pejam, celik, pejam, celik, bulan Syawal bakal menjelma kembali dan seluruh umat Islam akan bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Ketika itu kita berpeluang untuk berjumpa sanak-saudara dan saling kunjung-mengunjung bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Ada juga di antara kita yang mengambil peluang cuti panjang perayaan ini untuk bercuti di dalam ataupun di luar negara sama ada bersama keluarga, rakan-rakan atau berseorangan.

Tapi, semua orang mesti mahukan perjalanan itu lancar tanpa sebarang halangan. Walau bagaimanapun, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.

Imej dari Medium.

Jadinya, salah satu cara terbaik untuk mengurangkan risiko ketika perjalanan percutian korang menyambut hari raya sambil melancong itu adalah dengan membuat persiapan rapi dan menyediakan perlindungan sewajarnya.

Di sinilah pentingnya insurans perjalanan yang akan melindungi percutian korang dari sebarang perkara tak dijangka.

Perjalanan dan percutian korang lebih selesa dan selamat dengan Allianz Travel Insurance!

Kalau korang nak tahu, Allianz Malaysia ada produk perlindungan yang dikenali sebagai Allianz Travel Insurance. Bagusnya perlindungan ni, ia melindungi korang dari segenap sudut supaya perjalanan korang tu kekal selesa dan selamat.

Antara yang ditawarkan adalah perlindungan sehingga RM25,000 kalau berlakunya Pembatalan Deposit atau Perjalanan. Kita juga selalu dengar ramai yang mengeluh bila perjalan ditangguhkan atau dijadualkan semula.

Prihatin dengan isu itu, Allianz Travel Insurance akan membayar korang sehingga RM300 bagi setiap 6 jam berturut-turut kelewatan (maksimum RM6,000). Kalau korang berdepan masalah bagasi lewat pula, korang layak menerima bayaran sehingga RM2,000 dengan masa kelewatan minima 6 jam.

Dokumen-dokumen adalah antara barangan penting yang sentiasa kena ada ketika kita dalam percutian. Oleh itu, sekiranya berlakunya kehilangan dokumen-dokumen penting, korang layak menerima sehingga RM15,000 di bawah perlindungan ini.

BACA  Tiga produk RAHMAH yang korang kena tahu

Perjalanan juga boleh terdedah dengan pelbagai risiko dan tragedi seperti kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Jika ia berlaku, waris layak menerima pampasan antara RM500,000 sehingga RM2 juta mengikut pelan yang korang langgan! Perlindungan sehingga RM10 juta juga disediakan untuk pengurusan pemindahan perubatan kecemasan, repatriasi rawatan kecemasan dan repatriasi jenazah.

Pada masa sekarang, terdapat dua pelan di bawah Allianz Travel Insurance iaitu Allianz Travel Easy dan Allianz Travel Care. Korang boleh melangggan Allianz Travel Easy secara online saja, manakala Allianz Travel Care pula melalui ajen Alianz yang sah.

Cakap pasal melancong ni, korang nak tak pergi tengok Sukan Olimpik di Paris? Kalau nak, korang sebenarnya boleh ke sana, sebab…

Allianz Road to Paris buka peluang menyaksikan Sukan Olimpik di Paris dengan hanya melanggan insurans

Kalau ada yang masih belum tahu, tahun ini Sukan Olimpik akan diadakan di Paris, Perancis pada bulan Julai dan Ogos depan. Bagi memberikan korang peluang ke sana, Allianz dah melancarkan Kempen Road to Paris.

Melalui kempen ini, korang berpeluang untuk menyaksikan sukan paling berprestij itu di sana, termasuk tiket penerbangan pergi-balik, penginapan dan elaun tunai RM1,000.

Caranya, korang hanya perlu melanggan Allianz Travel Care (pelan tahunan) dan buat pendaftaran penyertaan. Tapi, kena dipastikan yang pelan itu dilanggan dalam tempoh kempen tau.

Kalau bertuah, korang boleh menang dan menyaksikan Majlis Perasmian Sukan Olimpik 2024  atau tengok depan mata Perlawanan Akhir Badminton di sana! Kempen ini berjalan dari 6 Mac sehingga 31 Mei 2024.

Jadi apa yang ditunggu lagi? Bagi yang berminat dengan perlindungan perjalanan ditawarkan Allianz ni, korang boleh terus saja ke Portal Rasminya – DI SINI. Kepada yang nak tahu lebih teliti tentang kempen ini, boleh ke PAUTAN INI.

BACA  75% rakyat Malaysia tiada simpanan? Ini cara terbaik mendapatkan perlindungan kewangan yang mencukupi

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

One thought on “Syawal bakal menjelma! Ini cara terbaik lindungi diri dan keluarga sepanjang percutian Hari Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *