Ye! Memang betul yang korang boleh menang pakej percutian bernilai RM25,000 atau menyaksikan Sukan Olimpik 2024 secara langsung di Paris dengan hanya melanggan insurans. Tapi, sebelum kita nak menang hadiah ni, eloklah untuk korang tahu dulu insurans itu jenis apa dan apa yang ditawarkannya.
Sebenarnya, di dunia ni ada pelbagai jenis insurans dan ia juga menawarkan perlindungan yang berbeza-beza. Apa yang kita nak bincangkan kali ni adalah Insurans Kemalangan Diri atau ‘Personal Accident Insurance’.
Secara amnya, insurans jenis ini menawarkan perlindungan jika berlaku sebarang kemalangan tak dijangka kepada korang sama ada di tempat kerja, di jalan raya, di rumah atau sebagainya. Malah, ia juga memberikan pampasan sekiranya korang terlibat dalam kemalangan dan mengalami hilang upaya kekal atau kematian.
Tapi sekarang ni, kami nak mengesyorkan satu pelan perlindungan kemalangan diri menyeluruh yang menawarkan banyak manfaat, iaitu…
Allianz Shield Plus dengan perlindungan kemalangan diri komprehensif dalam menghadapi kejadian tak dijangka!
Melalui pelan perlindungan yang disediakan oleh Allianz Malaysia ni, korang layak menerima pelbagai jenis manfaat sekiranya terlibat dengan kemalangan yang tak dijangka.
Antaranya adalah perlindungan sehingga RM3 juta untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Untuk kematian, pelan ni akan membantu mengurangkan beban waris dengan membayar pampasan sehingga RM5,000 bagi perbelanjaan pengebumian.
Jika korang terlibat dalam kemalangan dan perlu dimasukkan ke hospital, pelan ini menyediakan Jaminan Kemasukan Hospital sehingga RM2,500 di mana-mana hospital di Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik. Selama berada dalam wad hospital, korang juga layak menerima pendapatan hospital sehingga RM300 setiap hari selama maksima 180 hari.
Malah, Allianz Shield Plus juga akan membayar perbelanjaan pembetulan gigi dan pembedahan pembaikan kosmetik pada bahagian leher, kepala atau dada (pusat dan ke atas) akibat kecederaan yang dialami akibat kemalangan.
Sekiranya kemalangan itu menyebabkan berlakunya keguguran, orang yang diinsuranskan akan menerima pampasan sebanyak RM2,000. Namun, perlindungan ni tak terhad setakat itu saja.
Sebabnya, ia turut memberi perlindungan terhadap tindakan jenayah seperti ragut dan penculikan. Ini kerana, kalau korang diragut atau adanya cubaan meragut – korang boleh terima pampasan sebanyak RM600 dengan syarat dah buat laporan polis dalam masa 24 jam selepas kejadian tersebut.
Bagi kes penculikan pula, Allianz akan memberi bayaran sekali gus sebanyak RM10,000 bagi perbelanjaan yang diperlukan untuk mencari Orang Yang Diinsuranskan. Allianz turut menawarkan ganjaran RM50,000 untuk maklumat yang membawa kepada penemuan Orang Yang Diinsuranskan.
Apa yang lagi menarik, kalau korang nak melindungi anak-anak di bawah pelan sama, korang layak menikmati diskaun premium sehingga 50%!
Tak cukup dengan itu, sekarang ni korang boleh…
Menang Pakej percutian untuk 2 orang bernilai RM25,000 ke luar negara!
Seperti mana yang dikatakan di awal tadi, bermula dari 1 Januari 2024 hingga 30 Jun 2024 ni – Allianz Malaysia ada hadiah nak bagi kepada korang yang melanggan atau memperbaharui polisi Allianz Shield Plus.
Tak lain dan tak bukan adalah pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000 ke beberapa buah destinasi seperti Seoul, Osaka, Eropah atau Maldives! Untuk makluman, pakej ini meliputi perbelanjaan seperti tiket penerbangan pergi balik, tempahan hotel dan sebagainya.
Korang sebenarnya bertuah, sebab sekarang bukan ini je peluang korang ada…
Korang juga berpeluang menyaksikan Sukan Olimpik di Paris!
Ya benar! Selain dari peluang menang pakej percutian, Allianz Malaysia juga nak bagi korang hadiah menyaksikan Sukan Olimpik di Paris di bawah Kempen Allianz Road to Paris. Kempen ini berjalan dari 6 Mac 2024 sehingga 31 Mei 2024.
Cara nak menang senang saja, korang hanya perlu melanggan pelan Allianz Shield Plus ni dan buat pendaftaran (DI SINI). Dengan syarat pelan itu dibeli dalam tempoh kempen.
Jadi apa tunggu lagi itu? Siapa nak bagi dua peluang menang perjalanan ke luar negara kan? Jangan tunggu lama-lama, hubungi ejen Allianz yang sah atau kunjungi cawangan Allianz Malaysia yang terdekat sekarang untuk maklumat lanjut. Korang juga boleh terus pergi ke Portal Rasmi Allianz Malaysia – DI SINI.
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.
One thought on “Korang nak menang percutian bernilai RM25,000 atau menyaksikan Sukan Olimpik 2024 secara langsung di Paris? Dapatkan insurans ni sekarang!”