Jangan panik kalau terlibat dengan kemalangan atau kenderaan rosak! Ini langkah-langkah yang korang boleh ambil

kemalangan

Apabila tibanya musim cuti sekolah dan perayaan, kita akan menyaksikan peningkatan trafik di jalan raya yang boleh menyebabkan risiko kemalangan dan kerosakan kenderaan meningkat. Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman – pada tahun 2023 sahaja, hampir 600,000 kemalangan dilaporkan.

Imej dari Loanstreet.

Itu belum lagi masalah kenderaan rosak di tepi jalan yang selalu juga kita lihat ketika dalam perjalanan pulang ke kampung atau bercuti. Oleh itu, di sini kami senaraikan beberapa langkah yang korang boleh ambil jika terlibat dalam kemalangan atau kenderaan rosak.

4 perkara yang boleh dibuat jika terlibat kemalangan atau kenderaan rosak

1. Bertenang dan selamatkan diri dahulu

Kalau korang terlibat dalam kemalangan atau kenderaan rosak secara tiba-tiba, pertama sekali yang korang kena buat adalah tenangkan diri dahulu. Sebabnya, jika panik – ia boleh mendorong korang buat perkara yang lebih membahayakan diri.

Seterusnya, korang perlulah periksa diri sama ada terdapat kecederaan atau tak. Kalau kereta korang tu di tengah jalan pula, sebaiknya korang buka lampu kecemasan dan jika boleh bawanya secara perlahan ke bahu jalan.

Letak Segi Tiga Amaran (warning triangle kit) kira-kira 45-meter dari arah belakang kereta.

2. Periksa kenderaan

Kemudiannya, korang bolehlah periksa kenderaan korang tu sama ada terdapat sebarang kerosakan, kemek, hentakan dan sebagainya. Perkara ni penting untuk tahu sejauh mana tahap kemalangan atau kerosakan yang dialami.

3. Bertukar maklumat dengan pihak lain

Jika terlibat kemalangan, perkara penting yang korang kena buat adalah mencatat butiran kenderaan dan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan. Ia termasuklah seperti:

  • Nombor pendaftaran kereta;
  • Model kereta, model tahun dan warna;
  • Nama Pemandu, Alamat dan Nombor Telefon;
  • Nombor Kad Pengenalan dan Lesen Memandu;
  • Jika boleh, ambil gambar kerosakan dan butiran lain;
  • Nama Saksi, Alamat dan Nombor Telefon.
BACA  5 destinasi pelancongan berpatutan yang korang boleh pergi hujung tahun ini!
Ambil gambar kerosakan yang dialami sebagai bukti. Imej dari The Barnes Firm.

4. Hubungi syarikat insurans korang

Inilah langkah yang paling utama selepas korang buat semua benda kat atas tadi. Sebabnya, tak kiralah korang terlibat dalam kemalangan atau mengalami kerosakan – kenderaan korang tu tertakluk dalam perlindungan syarikat insurans korang.

Masa inilah, syarikat insurans akan datang membantu – seperti mana yang ditetapkan dalam polisi insurans yang korang beli. Lebih untung lagi kalau korang ambil insurans Allianz Malaysia, sebab mereka ada…

Bantuan tepi jalan Allianz Road Rangers tanpa mengira waktu dan di mana saja!

Kalau korang nak tahu, Allianz Road Rangers adalah sebuah perkhidmatan bantuan tepi jalan yang disediakan Allianz Malaysia untuk kereta dan motosikal pelanggan mereka di seluruh Malaysia.

Jika korang terlibat dalam kemalangan atau kenderaan mengalami kerosakan, korang boleh hubungi saja talian 24 jam 1800-22-5542 dan Allianz Road Rangers akan sampai ke lokasi untuk bagi bantuan, termasuk pertolongan cemas jika diperlukan.

Allianz Road Rangers juga ada perkenalkan Allianz Bike Brigade iaitu sebuah Pasukan Respons Pertama bermotosikal. Juruteknik pasukan ni nanti akan tiba di tempat kejadian dan membaiki kerosakan jalan raya yang ringan.

Jika melibatkan kerosakan berat pula, Allianz Road Rangers ada sediakan trak tunda yang akan menunda kenderaan korang ke bengkel yang diingini (sehingga 150km, perjalanan pergi balik). Wakil Allianz juga akan sama-sama temankan korang ke balai polis untuk buat laporan dan bimbing korang tentang perkara-perkara yang korang perlu buat.

Selain itu, Allianz juga sediakan baucar e-hailing yang korang boleh gunakan untuk balik ke rumah dari tempat kemalangan. Lebih menarik lagi, Allianz Road Rangers akan memproses dan menerima kelayakan Tuntutan Kerosakan Sendiri (TKS) sepantas 10 minit!

BACA  Kenapa perlu ada Insurans Perubatan pada usia muda terutamanya graduan universiti? Ini sebab-sebab yang perlu korang tahu

Bila kenderaan korang dah siap dibaiki, korang tak perlu pergi ke bengkel – sebabnya Allianz sendiri yang akan hantar kenderaan itu kepada korang.

Semua perkhidmatan ini diberikan secara percuma kepada korang yang melanggan polisi perlindungan Allianz Motor Comprehensive (Private Car), Allianz Motorcycle Plus (Comprehensive) dan Allianz Motorcycle (Comprehensive).

Jadi apa tunggu lagi? Tak mahu ke perlindungan yang menyediakan pelbagai jenis manfaat dan bantuan tepi jalan ni? Untuk maklumat lanjut berkenaan Allianz Road Rangers dan pelan-pelan perlindungan kenderaan yang disediakan, korang boleh ke Portal Rasmi Allianz – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *