Kejadian banjir kilat makin meningkat! Adakah rumah korang dilindungi secukupnya?

banjir

Kejadian banjir dan tanah runtuh bukanlah asing di negara kita. Malah, boleh dikatakan ia berlaku setiap tahun sama ada dalam skala kecil atau besar.

Kejadian banjir contohnya kebiasaannya terjadi bila tibanya Musim Tengkujuh akibat hujan lebat berterusan. Risiko semakin tinggi kepada mereka yang tinggal di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Kejadian banjir ini boleh bertambah serius lagi apabila hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar. Pada waktu artikel ini ditulis, masih terdapat dua buah negeri yang berdepan dengan masalah banjir iaitu Johor dan Pahang.

Anggota bomba sedang membantu memindahkan mangsa banjir di Ladang Mados, Kota Tinggi, Johor. Imej dari Kosmo.

Kejadian banjir selain dari merosakkan harta benda, ia boleh mengancam nyawa akibat lemas atau dihanyutkan arus deras. Banjir besar yang pernah melanda Kelantan pada 2014 atau dikenali sebagai “Bah Kuning” sebagai contoh telah meragut 21 nyawa, kemusnahan ribuan rumah, bangunan dan kenderaan rosak bernilai berbilion ringgit.

Bercakap soal tanah runtuh pula, ia merupakan antara bencana alam utama di Malaysia dan kerap berlaku di sepanjang lereng bukit dan lereng curam. Mengikut sejarah, kejadian tanah runtuh terawal direkodkan di negara ini adalah pada 17 Disember 1919 apabila jatuhan blok batu kapur terjadi di Bukit Tunggal, Ipoh. Kejadian itu telah meragut 12 nyawa.

Antara kes terbaru dan menyayat hati adalah kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember 2022 yang membabitkan 92 mangsa, dengan 31 daripadanya terkorban.

Tragedi tanah runtuh Batang Kali masih segar dalam ingatan kita semua. Imej dari Harian Metro.

Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk berdepan dengan ancaman bencana sebegini? Antara caranya adalah dengan mengambil Insurans Rumah.

Insurans Rumah mengurangkan beban kewangan kalau berlaku kerugian & kerosakan

Insurans Rumah adalah sebuah polisi yang menyediakan perlindungan kewangan terhadap kerugian atau kerosakan kepada rumah dan harta benda di dalamnya. Ia termasuklah perlindungan terhadap risiko-risiko tak dijangka seperti kebakaran, kecurian, ribut, gempa bumi, dan pelbagai lagi.

BACA  Taktik penipuan dalam talian yang berbahaya dan perlu dielakkan

Tetapi, bila kita ambil Insurans Rumah ni, kita juga kena menyemak polisi secara berkala berdasarkan situasi semasa, bagi memastikan perlindungan yang ada itu kekal mencukupi. Berikut kami senaraikan beberapa kepentingan insurans rumah dan keperluan menyemaknya:

1. Perlindungan kejadian tak dijangka

Seperti dikatakan tadi, Insurans Rumah menyediakan perlindungan terhadap pelbagai jenis kejadian tak dijangka seperti bencana alam, kebakaran, kecurian, vandalisme dan banyak lagi. Jika perkara-perkara ini terjadi, ia akan membantu dari segi kewangan dalam menampung kos untuk membaiki atau menggantikan barang rumah.

2. Perlindungan harta benda

Insurans rumah juga selalunya meliputi perlindungan harta benda atau isi kandungan rumah seperti perabot, barangan elektronik dan pakaian. Oleh itu, adalah wajar untuk korang menyemak polisi secara berkala bagi memastikan had perlindungan itu mencukupi bagi menggantikan barang-barang korang itu.

Imej dari Rukita.

3. Nilai harta pasaran & penyesuaian polisi

Korang juga kena peka dengan nilai rumah dan isinya yang boleh berubah dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor seperti inflasi dan pasaran hartanah. Keadaan hidup juga boleh berubah kerana penambahan keluasan rumah, membeli barangan baru, ahli keluarga bertambah dan sebagainya.

Makanya, walaupun insurans memberikan perlindungan, korang perlu semak polisi secara berkala bagi memastikan perlindungannya itu sejajar dengan nilai harta semasa.

4. Perubahan terma polisi

Seperti mana keadaan hidup kita yang boleh berubah, begitu juga dengan insurans. Ini kerana, terma polisi insurans boleh berubah dari semasa ke semasa. Dengan menyemak polisi, ia membolehkan kita peka dengan sebarang perubahan.

5. Ambil peluang penjimatan

Untuk menjimatkan duit korang, selalunya akan ada syarikat insurans yang menawarkan diskaun dan premium yang lebih rendah. Dan itu jugalah apa yang ditawarkan oleh…

BACA  Ada ke Insurans Hayat yang mampu milik?!

Allianz Smart Home Cover melindungi rumah dari keadaan tak dijangka & premium lebih rendah untuk pelan berbilang tahun!

Kalau korang nak tahu, pelan ini memberikan perlindungan kepada rumah korang dan isi kandungannya dalam menghadapi keadaan tak dijangka seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, kilat, letupan dan banyak lagi.

Jika rumah korang rosak akibat banjir dan tanah runtuh*, Smart Home Cover memberikan perlindungan untuk membaiki kerosakan yang terjadi. Korang juga boleh pilih untuk menginsuranskannya mengikut nilai yang dipersetujui dengan menggunakan kalkulator yang disediakan oleh Allianz atau kos pembinaan semula mengikut cadangan korang.

*Manfaat Pilihan dan tertakluk kepada premium tambahan

Dalam masa sama, pelan ini turut menyediakan perlindungan Isi Rumah iaitu isi kandungan rumah dan barangan persendirian kepunyaan korang atau ahli keluarga. Hal itu termasuklah sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan dalam rumah disebabkan banjir atau tanah runtuh.

Malah, ia juga memberikan perlindungan sekiranya berlaku kejadian kecurian secara kekerasan dan keganasan.

Tak cukup dengan itu, Allianz Smart Home Cover memperkenalkan perlindungan Pembaikan Rumah yang menyediakan pembayaran balik untuk keadaan-keadaan seperti kerja pembaikan paip yang pecah; kerja pembaikan atau penggantian pintu, kunci dan tingkap; serta pelbagai lagi.

Bagi melindungi korang dengan lebih baik lagi, pelan ini turut datang dengan ‘Perlindungan Ansuran Pinjaman Gadai Janji’ yang mana melindungi ansuran pinjaman bulanan, sekiranya rumah korang dianggap tidak dapat didiami buat sementara waktu disebabkan oleh kejadian yang diisuranskan atau dikosongkan oleh pihak berkuasa tempatan melebihi 72 jam.

Perlindungan juga diberikan sekiranya orang yang diinsuranskan mengalami kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Lebih untung lagi, korang sebenarnya boleh berjimat, kerana Pelan Berbilang Tahun menyediakan perlindungan selama tiga tahun, tapi dengan premium yang lebih rendah.

BACA  Ini cara terbaik lindungi rumah dari risiko cuaca & jenayah

Dengan Pelan Berbilang Tahun ini, nilai perlindungan akan ditingkatkan sebanyak 3 peratus setahun ke atas jumlah bangunan yang diinsuranskan. Ini penerangan macam mana korang boleh berjimat:

Sebenarnya banyak lagi manfaat-manafat lain yang disediakan pelan ini. Bagi korang yang nak hati tenang sebab rumah dilindungi, apa kata korang ambil saja pelan Smart Home Cover ini. Maklumat lanjut dan lengkap, korang boleh layari Portal Rasmi Allianz – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *