Bila dah tiba akhir tahun ni, ramai di antara kita yang akan pergi bercuti – sama ada secara bersendirian, bersama rakan-rakan atau keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi bila musim cuti sekolah yang bermula pada 16 Disember ini sehingga 1 Januari tahun depan.
Tapi seperti mana aktiviti-akviti lain, percutian juga memerlukan kita untuk merancang secara teliti – bagi mengelakkan sebarang masalah dan dapat menikmati percutian dengan sebaiknya.
Oleh itu, Ringgitku kali ni akan berkongsi beberapa persiapan penting yang korang boleh buat sebelum pergi bercuti sama ada di dalam atau di luar negara.
1. Tetapkan tujuan dan rancang perjalanan
Pertama, korang kena tetapkan dulu tujuan korang nak bercuti. Sebabnya, keinginan setiap orang tak sama. Ada yang nak ke tempat tenang untuk ‘healing’; tempat mencabar atau juga tempat mesra kanak-kanak bagi yang berkeluarga.
Bila dah tetapkan tujuan dan lokasi, barulah perancangan boleh dibuat dengan menetapkan tarikh, jenis pengangkutan, penginapan dan sebagainya. Korang juga kena peka dengan keadaan sekeliling macam cuaca, jenis mata wang (jika ke luar negara), makanan, budaya dan pelbagai lagi.
2. Tetapkan bajet perbelanjaan
Ini satu lagi langkah penting bagi korang nak bercuti. Sebabnya, untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari, percutian itu mestilah menepati bajet perbelanjaan mengikut kemampuan masing-masing.
Bajet itu pula merangkumi banyak kos seperti pengangkutan, penginapan dan makanan. Tak dilupakan juga wang kecemasan sekiranya berlaku sebarang perkara tak dijangka semasa bercuti nanti.
Satu lagi, kalau korang melancong ke luar negara, korang disarankan untuk mengaktifkan kad debit bagi kegunaan di luar negara sebagai persediaan. Sebabnya, kalau korang perlukan wang tunai, sekurang-kurangnya korang boleh buat pengeluaran melalui mesin ATM di sana.
3. Pastikan semua dokumen penting ada dan buat salinan
Walaupun mungkin perkara ni nampak mudah, tapi inilah yang menjadi antara punca utama masalah masa bercuti. Oleh itu, bagi mengelakkan masalah, korang mestilah pastikan semua dokumen penting disimpan dengan rapi dan buat salinan untuk persediaan kalau berlaku kecemasan. Buat salinan ni penting, sebab kalau berlaku kehilangan atau kecurian – korang masih ada salinan yang boleh dirujuk.
Pastikan dokumen macam kad pengenalan, passport, visa dan tiket penerbangan ada sebelum korang keluar rumah. Lebih penting lagi, pasport dan visa mestilah dalam tempoh sah kalau korang melancong ke luar negara. Nanti tak pasal-pasal pula korang bercuti dalam imigresen negara orang.
4. Pastikan barang keperluan dibawa
Walaupun bercuti ni untuk tenangkan fikiran dan bersuka ria, korang juga kena pastikan keselamatan diri dan keluarga. Jadinya, adalah lebih baik untuk korang bawa barang keperluan seperti ubat-ubatan, kertas, pen, krim anti-sinaran, buku panduan pelancongan/peta, barangan mandi, kaca mata, telefon, kamera dan sebagainya.
Malah, ada juga negara-negara yang menggunakan soket berbeza dengan kita. Makanya, korang bolehlah bawa ‘universal adapter plug’ bagi memudahkan urusan korang nanti.
5. Ambil insurans perjalanan untuk lindungi diri
Ini dia perkara paling penting yang korang kena ambil sebelum pergi bercuti. Sebabnya, tak kisahlah korang melancong dalam negara atau luar negara – korang masih terdedah dengan pelbagai risiko dan ancaman tak dijangka.
Dengan adanya insurans perjalanan, percutian korang itu akan dilindungi dari segenap segi dan memastikan keselamatan korang lebih terjamin. Lebih-lebih lagi bila ada pelan insurans yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan seperti…
Allianz Travel Insurance sediakan perlindungan terbaik dari A sampai Z untuk percutian lebih bermakna
Kalau korang nak tahu, Allianz Travel Insurance menyediakan perlindungan dari A sampai Z kepada korang yang ingin bercuti dengan selamat dan selesa. Antara perlindungan yang disediakan adalah manfaat perlindungan Pembatalan Deposit atau Perjalanan sehingga RM25,000.
Kalau perjalanan korang ditangguhkan atau dijadualkan semula dari masa asal yang ditetapkan, perlindungan ini akan membayar korang sehingga RM300 setiap 6 jam berturut-turut kelewatan. Tak cukup dengan itu, sekiranya bagasi korang mengalami kelewatan, dikendalikan secara salah atau salah letak, korang layak menerima perlindungan sehingga RM800!
Seperti mana yang kita semua maklum, banyak perkara tak dijangka boleh berlaku sepanjang percutian. Prihatin dengan hal itu, Allianz Travel Insurance menyediakan manfaat kemalangan diri yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya kekal sehingga RM500,000 ketika bercuti. Ia juga memberikan perlindungan perbelanjaan perubatan sehingga RM350,000.
Kalau korang dimasukkan ke hospital kerana penyakit serius akibat kemalangan atau penyakit lain (termasuk Covid-19), tapi kemudahan perubatan tak mencukupi, perlindungan ini menguruskan Pemindahan Perubatan Kecemasan ke tempat terdekat yang mempunyai kemudahan perubatan mencukupi dengan had repatriasi sehingga RM10 juta!
Jumlah sehingga RM10 juta turut disediakan bagi kemudahan Repatriasi Jenazah bagi pengurusan pengebumian di kawasan tempat berlakunya kematian atau penghantaran balik jenazah ke tanah air.
Untuk pengetahuan korang, di bawah Allianz Travel Insurance – terdapat dua pelan yang disediakan iaitu Allianz Travel Easy dan Allianz Travel Care. Bagi Allianz Travel Easy, ia boleh dibeli secara dalam talian (online), manakala Allianz Travel Care pula melalui ejen Allianz yang sah.
Apa yang lebih menarik, dari 1 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024 tahun depan, kalau korang beli atau perbaharui Pelan Tahunan Dewasa Allianz Travel Easy atau Pelan Tahunan Dewasa Allianz Travel Care, korang layak mendapat Bagasi Kabin* eksklusif percuma!
*Berdasarkan asas siapa cepat dia dapat. Sementara stok masih ada
Caranya pun mudah saja, korang boleh lihat di bawah ni:
Dengan pelbagai manfaat dan dapat pula Bagasi Kabin* ni, apa yang ditunggu lagi tu? Bagi korang yang nak bercuti, boleh la terus saja ke ke Portal Rasmi Allianz (DI SINI) untuk maklumat lebih lanjut dan dapatkan perlindungan perjalanan terbaik ni!
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.