Premis perniagaan rugi lebih RM50 juta sebab banjir! Ini langkah terbaik untuk lindungi perniagaan korang

Bila sebut tentang perniagaan, mestilah keuntungan yang diharapkan oleh setiap usahawan bagi menjamin kelangsungan pendapatan mereka. Namun begitu, tak dapat dinafikan ketika ini terdapat pelbagai jenis ancaman dan risiko yang perlu dihadapi oleh setiap perniagaan.

Risiko itu pula boleh terjadi secara tak dijangka dan menyebabkan kerugian yang sekali gus menjejaskan kelangsungan sesebuah perniagaan. Antara risiko itu termasuklah…

Ancaman bencana alam, kecelakaan dan jenayah dapat menjejaskan perniagaan

Seperti mana yang kita sedia maklum, apabila tibanya hujung tahun – maka Malaysia akan berdepan dengan musim tengkujuh yang membawa hujan lebat luar biasa. Hal ini mendedahkan kita dengan pelbagai ancaman bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, taufan dan sebagainya.

Banjir yang pernah melanda Sri Muda, Shah Alam dulu. Imej dari Berita Harian.

Bercakap soal banjir, berdasarkan laporan rasmi daripada Jabatan Perangkaan, negara ini telah mengalami kerugian sebanyak RM622.4 juta atau bersamaan dengan 0.03 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat bencana itu di seluruh negara pada 2022.

Dari jumlah itu, premis perniagaan mencatatkan kerugian sebanyak RM50.3 juta! Apa yang membimbangkan, hanya 10 peratus daripada keseluruhan kerugian itu dilindungi dengan insurans.

Selain itu, sesebuah premis perniagaan juga boleh terdedah dengan ancaman kecelakaan seperti kebakaran. Angka daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila pada tahun 2021 saja, sebanyak 7,447 kes kejadian kebakaran struktur telah berlaku dan ia merangkumi 804 buah kedai, 408 buah kilang, 263 fasiliti penyimpanan dan 200 buah pejabat.

Kejadian kebakaran yang membabitkan 5 buah kedai. Imej dari Berita Harian.

Bagi tahun lalu pula, dianggarkan sekitar RM3.2 billion nilai kerugian bagi harta benda yang musnah direkodkan di seluruh negara akibat kebakaran. Berdasarkan jumlah itu, secara puratanya sekitar RM180,000 nilai kerugian harta benda akibat kebakaran direkodkan setiap hari.

BACA  Kenapa perlu ada Insurans Perubatan pada usia muda terutamanya graduan universiti? Ini sebab-sebab yang perlu korang tahu

Itu belum lagi bila kita melihat kepada ancaman luar seperti rompakan dan pecah masuk yang sering mengancam perniagaan. Sebagai contoh, pada awal tahun ini – pihak Polis Diraja Malaysia telah berjaya menumpaskan tiga kumpulan penjenayah membabitkan kes pecah masuk pelbagai premis.

Malah baru-baru ini, pihak Polis juga berjaya menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata parang di dua buah kedai serbaneka 24 jam.

Kejadian rompakan selalu kita dengar dilaporkan oleh media-media. Imej dari Utusan Malaysia.

Akan tetapi, bagi mengurangkan kerugian dalam menghadapi risiko-risiko seperti ini –  korang boleh “sediakan payung sebelum hujan” dengan menyediakan perlindungan insurans kepada perniagaan korang. Perkara itu juga semakin mudah dan berbaloi bila adanya…

Allianz Business Shield melindungi perniagaan korang dari pelbagai jenis risiko tak dijangka!

Allianz Business Shield menyediakan perlindungan kepada perniagaan korang dalam menghadapi pelbagai risiko khususnya kebakaran, Dalam masa sama, ia juga menyediakan perlindungan tambahan untuk pelbagai peril khas seperti banjir, gempa bumi dan banyak lagi

Bagi yang menjalankan perniagaan di bawah kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Inconvenience Relief Benefit (IRB) adalah pilihan terbaik untuk korang.

Ini kerana, IRB akan melindungi perniagaan korang sekiranya terdapat kerugian lebih daripada 15% daripada jumlah bangunan yang diinsuranskan. Kalau korang tak dapat menggunakan premis melebihi 72 jam akibat kebakaran atau perils yang diinsuranskan seperti banjir, korang layak menerima sehingga RM2,000 sehari sepanjang tempoh masa pembaikan itu. Berbaloi bukan?

Dalam masa sama, kebajikan pekerja juga tak dilupakan. Allianz Business Shield menyediakan perlindungan tambahan Allianz Hospital Income. Melalui perlindungan ini, pekerja korang yang terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit layak menerima pendapatan hospital harian sehingga RM500 sehari, selama maksimum 60 hari.

BACA  Tak ada simpanan walaupun RM1,000? Jom tengok sama ada korang bersedia atau tak untuk bersara

Tak cukup dengan itu, Allianz Business Shield turut memperkenalkan Perlindungan Perubatan Kemalangan Diri Berkelompok dengan jumlah yang diinsuranskan bagi kematian sehingga RM1,000,000 dan perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000.

Dalam keadaan tertentu, pengurusan tertinggi syarikat juga terdedah dengan liabiliti dan risiko litigasi seperti salah nyata dalam prospektus, ralat pelaporan, tindakan pemegang saham, salah laku pekerjaan, pendedahan akaun yang tidak tepat dan sebagainya.

Oleh itu, pelan ini datang dengan Insurans Liabiliti Para Pengarah dan Pegawai yang melindungi pengurusan tertinggi syarikat daripada tuntutan yang mungkin timbul daripada keputusan atau tindakan yang diambil dalam lingkungan tugas mereka yang biasa. Perlindungan ini termasuklah membayar kos-kos pembelaan, ganti rugi dan kos yang dihasilkan oleh pentadbiran dan prosiding jenayah.

Apa yang pasti, Allianz Business Shield adalah perlindungan terbaik yang korang boleh sediakan untuk perniagaan korang. Jadi apa tunggu lagi tu? Bagi yang berminat, korang pergi saja ke laman web rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) untuk maklumat lanjut.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *