Insurans kemalangan diri. Penting ke tidak?

insurans

Telah menjadi lumrah kehidupan untuk kita terdedah dengan pelbagai risiko, termasuklah seperti kemalangan di jalan raya. Dalam keadaan seperti itu, insurans nyawa atau perubatan mungkin tidak dapat melindungi kita sepenuhnya dari segi kewangan apatah lagi insurans kenderaan.

Sebab itulah adanya insurans kemalangan diri sekiranya ia berlaku. Tapi, apa yang dimaksudkan dengan insurans kemalangan diri dan manfaatnya kepada kita?

Insurans kemalangan diri melindungi diri & kewangan korang

Insurans kemalangan diri pada asasnya merupakan polisi insurans yang menyediakan perlindungan kewangan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian akibat kemalangan. Antara sebab-sebab kenapa kita perlu mempunyai insurans kemalangan diri adalah:

1. Insurans sedia ada mungkin belum mencukupi

Ada di kalangan ahli masyarakat yang tak mahu ambil insurans dengan alasan dah ada insurans yang disediakan oleh syarikat. Sebenarnya, tindakan tu tak tepat sebab insurans yang disediakan oleh syarikat hanya terpakai selama mana korang bekerja di syarikat tersebut.

Lagi satu, kalau korang diberhentikan kerja atau tak lagi bekerja di syarikat itu, secara automatik perlindungan insurans itu dihentikan.

Imej dari Fatberry.

2. Simpanan yang tak mencukupi

Berdasarkan data Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 – 2023, separuh daripada rakyat Malaysia tak ada simpanan walaupun RM1,000 untuk kegunaan kecemasan. Jadinya, bila berlaku perkara tak dijangka seperti kemalangan – ia dah pasti akan menimbulkan masalah khususnya tentang kos rawatan dan kebajikan ahli keluarga.

Tapi, dengan adanya insurans kemalangan diri, ia sedikit sebanyak dapat membantu dan mengurangkan beban yang korang hadapi.

3. Menyediakan pampasan kewangan

Kalau korang terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan, hilang upaya atau kematian, korang layak menerima pampasan seperti mana yang ditetapkan dalam polisi insurans kemalangan diri.

BACA  Korang bercita-cita nak jadi ejen insurans? Ini panduan lengkapnya

Dengan pampasan itu, korang bolehlah gunakannya untuk perbelanjaan perubatan dan mengurangkan beban waris. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kemalangan teruk yang menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian.

Imej dari AFP.

4. Memberikan gantian pendapatan

Kalau terlibat dalam kemalangan sehingga memaksa korang dimasukkan ke wad, ia dah pasti akan menjejaskan pendapatan korang. Tapi dengan insurans kemalangan diri, korang layak menerima gantian pendapatan bagi tempoh yang korang tak dapat bekerja tu.  Ia juga bertindak sebagai perlindungan aliran tunai bagi tempoh kehilangan pendapatan.

Namun begitu, persoalannya sekarang macam mana korang nak dapatkan pelan insurans kemalangan diri yang harganya berpatutan, tapi dengan perlindungan terbaik? Jangan risau, sebab…

PerlindunganKu Allianz4All datang dengan harga rahmah serendah RM50* setahun!

Prihatin dengan keperluan masyarakat, khususnya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah atau B40, Allianz Malaysia di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah telah memperkenalkan Perlindunganku Allianz4All.

Berbaloinya pelan ni, korang hanya perlu bayar premium serendah RM50* setahun untuk mendapatkan perlindungan jika berlaku sebarang keadaan yang tak dijangka.

Antara perlindungan yang diberikan adalah Kematian atau Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan sehingga RM50,000. Kalau korang dimasukkan ke dalam hospital akibat kemalangan atau penyakit pula, korang layak menerima pendapatan hospital sehingga RM100 setiap hari, sehingga 30 hari setahun.

Selain itu, ia juga akan menampung perbelanjaan perubatan akibat kemalangan atau penyakit yang korang hidapi sehingga RM750. Antara penyakit yang dilindungi adalah seperti : artritis, asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit buah pinggang, barah, penyakit jantung dan banyak lagi.

*tertakluk kepada cukai perkhidmatan

Seperti mana yang kita sedia maklum, sekarang ni dah masuk Musim Tengkujuh dan kita selalu saja dengar kejadian banjir yang berlaku sama ada di bandar atau kampung. Dengan PerlindunganKu Allianz4All, korang sebenarnya dilindungi dan layak menerima Bantuan Kecemasan sehinggaRM750 jika berlaku pemindahan akibat banjir.

BACA  Kenapa perlu ada Insurans Perubatan pada usia muda terutamanya graduan universiti? Ini sebab-sebab yang perlu korang tahu

Lebih menarik lagi, dengan pelan ni – korang pon boleh beramal sambil kekal dilindungi sebab…

Lebihan dari Dana Tuntutan korang akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan

Sebenarnya, perkataan Allianz4All dalam pelan ni datang dengan Nilai-Nilai Sejagat seperti ketelusan yang dipertingkatkan, tanggungjawab sosial yang lebih baik dan penyertaan kebajikan.

Maksudnya di sini, pihak Allianz secara telus akan menyatakan peratus premium korang yang akan diperuntukkan dalam Dana Peruntukan Tuntutan atau Claims Allocation Fund (CAF) untuk membayar tuntutan.

Kalau jumlah tuntutan korang tu kurang dari jumlah yang diperuntukkan dalam CAF, lebihan berkenaan akan didermakan kepada pertubuhan kebajikan pilihan korang semasa permohonan sama ada dalam kategori pendidikan, orang kurang upaya (OKU) atau bantuan kecemasan.

Korang juga tak perlu ragu-ragu dengan status pelan ni, sebabnya premium yang diterima daripada produk di bawah Allianz4All diletakkan dalam akaun-akaun perbankan Islam dan pelaburan akan dibuat berlandaskan Prinsip Kewangan Islam.

Dengan banyak manfaat dan harga yang berpatutan ni, PerlindunganKu Allianz4All boleh dikatakan sebagai perlindungan terbaik dengan harga yang berpatutan. Jadi jangan lepaskan peluang mendapatkan produk ini secepat mungkin!

Bagi korang yang berminat, korang pergi saja ke laman web rasmi Allianz Malaysia (DI SINI) untuk maklumat lanjut.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *