Apa itu bank digital & apa bezanya dengan bank biasa? Ini perkara yang korang perlu tahu

bank digital

Kehadiran teknologi digital telah mengubah lanskap perbankan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Konsep bank digital telah muncul sebagai salah satu inovasi terkemuka dalam sektor ini, membawa perubahan signifikan dalam cara orang berinteraksi dengan institusi kewangan.

Tiba masanya untuk kita mengenali konsep bank digital, dan meninjau sejauh mana kesan pengenalan bank digital telah mempengaruhi kita pada zaman kini.

Via Unsplash

Bank digital alternatif selain bank fizikal

Bank digital, atau juga dikenali sebagai bank dalam talian atau bank e-wallet, adalah institusi kewangan yang berfokus pada penyediaan perkhidmatan kewangan secara dalam talian, tanpa bergantung kepada cawangan fizikal.

Ia memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk pemprosesan pembayaran, pemindahan wang, pinjaman, simpanan, dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa ciri penting bank digital:

  1. Akses dalam talian: Pelanggan dapat mengakses perkhidmatan bank digital melalui aplikasi mudah alih atau laman web, menjimatkan masa mereka daripada perlu pergi ke cawangan fizikal.
  2. Kemudahan Pendaftaran: Pendaftaran dalam bank digital seringkali lebih mudah dan pantas, dengan syarat-syarat minimum.
  3. Kos Rendah: Bank digital sering mengenakan kos operasi yang lebih rendah berbanding bank konvensional. Ini menyebabkan yuran dan kadar faedah yang lebih kompetitif.
  4. Inovasi Teknologi: Mereka cenderung menerapkan teknologi terkini seperti pengenalan biometrik dan penggunaan data untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih baik serta mudah.
  5. Pilihan Pelaburan Digital: Beberapa bank digital juga menawarkan pelaburan digital, yang membolehkan pelanggan melabur dalam pelbagai instrumen kewangan dengan mudah.
Via Unsplash

Contoh Bank Digital di Malaysia

Contoh terbaik perkhidmatan bank digital Malaysia yang kini sangat dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia adalah GrabPay, Boost dan TNG eWallet. Walaupun konsep bank digital kini mendapat tumpuan ramai pihak, kerajaan telah mengenakan syarat-syarat ketat untuk mengawalselia perkhidmatan bank digital.

BACA  Berdepan masalah kewangan: Ini 5 syarikat popular yang sekarang disenaraikan dalam PN17

GrabPay adalah perkhidmatan e-wallet yang dikeluarkan oleh Grab, platform pemandu terkenal di Malaysia. Selain daripada perkhidmatan pengangkutan, GrabPay membolehkan pengguna membayar makanan, perkhidmatan, dan memindahkan wang secara dalam talian.

Via CarSifu

Seperti Boost, perkhidmatan bank digital Boost juga bermula dari e-wallet popular dengan tawaran perkhidmatan lain termasuk pembayaran bil, top-up telefon bimbit, dan transaksi nirtunai. Mereka juga menggalakkan pelanggan dengan promosi dan ganjaran.

Satu lagi perkhidmatan e-wallet yang popular digunakan terutamanya untuk bayaran tol. Kini, ia telah berkembang menjadi platform e-wallet yang komprehensif, membolehkan pengguna membuat pelbagai jenis pembayaran.

Empat cara Bank Negara Malaysia tentukan kriteria bank digital layak diiktiraf

Merujuk maklumat dalam laman web rasmi Bank Negara Malaysia, terdapat empat kriteria yang telah digariskan untuk melayakkan sesebuah bank digital diterima masuk dalam ekosistem kewangan digital tempatan.

Pertama, keselamatan dan kekuatan pelan perniagaan sesebuah perkhidmatan bank digital. Keselamatan dan kekuatan ini akan dipantau menerusi rekod perniagaan dan pengalaman sesebuah syarikat bank digital mengendalikan perkhidmatan kewangan mereka.

Selain itu, faktor sumber kewangan dan modal yang dimiliki oleh syarikat tersebut. Pelan perniagaan dan model bisnes ini juga mestilah tidak bertentangan dengan Shariah.

Via Bank Negara Malaysia

Sesebuah perkhidmatan bank digital haruslah berupaya menguruskan teknologi mereka dan mempunyai kecekapan dalam menguruskan risiko dan strategi teknologi awan (cloud computing). Mereka juga perlu mempunyai kekuatan teknologi asas yang dapat menyokong strategi digital mereka dengan baik.

Di samping itu, segmen sasaran mereka juga relevan untuk keperluan rakyat Malaysia. Sesebuah perkhidmatan bank digital juga mesti berupaya untuk memenuhi keperluan segmen pengguna mereka. Pengunaan teknologi dan data inovatif serta komitmen dalam penyediaan perkhidmatan kewangan ditekankan oleh Bank Negara.

BACA  Pengumuman Dividen Tabung Haji 2023/2024 & Cara Semakan

Paling penting, kehadiran platform penyedia bank digital ini haruslah memberi kesan baik terhadap kestabilan sistem kewangan negara. Impak positif ini diharap akan membawa kesan terhadap pelaburan serta memperbaiki tahap dan sifat aktiviti ekonomi di Malaysia.

Analisis Bank Digital Malaysia.. -Via Smart Investor Malaysia

Dengan peningkatan penggunaan teknologi dan penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan, bank digital di Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan perbankan negara ini.

Pengguna perlu memahami ciri-ciri dan kelebihan bank digital yang ditawarkan oleh pelbagai penyedia perkhidmatan untuk membuat pilihan yang bijak dalam menguruskan kewangan mereka.

Tuntasnya, amatlah penting untuk para pengguna memilih bank digital yang boleh dipercayai dan sesuai dengan matlamat kewangan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *