Tak ada simpanan walaupun RM1,000? Jom tengok sama ada korang bersedia atau tak untuk bersara

Sejak kebelakangan ni, tentu korang ada dengar cadangan daripada pelbagai pihak agar usia persaraan dinaikkan kepada 62 hingga 65 tahun. Sudah tentu cadangan ni mendapat reaksi ramai, sama ada yang menyokong atau membantah.

Sebenarnya, usia persaraan di Malaysia dah melalui proses peningkatan beberapa kali iaitu 56 tahun pada 2001, 58 tahun pada 2008 dan 60 tahun pada 2012. Cadangan supaya usia persaraan dinaikkan lagi kepada 65 tahun pula disuarakan oleh Bank Dunia selepas menjangkakan Malaysia akan menjadi sebuah  negara menua menjelang tahun 2030, apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas.

Imej dari Mingguan Wanita.

Tapi, persoalan pokoknya adalah adakah rakyat Malaysia bersedia untuk bersara? Sebab, kajian mendapati hampir separuh rakyat negara ni sukar menyediakan RM1,000 bagi tujuan kecemasan.

Jadinya, berikut kami senaraikan perkara-perkara yang korang boleh buat untuk bersara dengan selesa.

5 perkara yang kita perlu pastikan, untuk bersara dengan selesa

1. Berhutang untuk yang perlu saja

Boleh dikatakan yang berhutang bukanlah perkara asing dalam kehidupan masyarakat sekarang ni. Dalam masa sama, korang juga perlu bezakan antara hutang baik dan hutang buruk.

Hutang tu boleh jadi baik kalau ia membantu menjana pendapatan dan meningkatkan nilai keuntungan. Antaranya seperti hutang untuk pendidikan, perniagaan dan rumah. Hutang buruk pula biasanya yang hanya menghabiskan duit korang je – macam beli sesuatu untuk gaya hidup semata-mata.

Trend yang semakin membimbangkan di kalangan anak muda. Imej dari Sinar Harian.

Hutang buruk ni sebenarnya semakin membimbangkan sebab ramai anak muda sekarang ni yang terjebak dalam hutang untuk membeli kereta di luar kemampuan dan telefon pintar mahal. Malah, Jabatan Insolvensi Malaysia mendedahkan lebih 30,000 orang belia berusia 35 tahun ke bawah telah bankrap sejak 2014 hingga Mei 2023.

BACA  6 syarikat pelaburan emas patuh syariah yang kita wajib tahu

2. Menabung dengan tukar gaya hidup

Di awal tadi dah diberitahu yang hampir separuh rakyat negara ni tak ada simpanan kecemasan walaupun RM1,000. Kajian pada tahun ini pula mendapati 84 peratus rakyat Malaysia tak ada simpanan tetap setiap bulan.

Sebenarnya, ada beberapa cara mudah untuk menabung ni. Salah satunya adalah dengan kawal perbelanjaan korang atau ubah gaya hidup daripada FOMO kepada JOMO. FOMO (Fear of Mising Out) ni orang yang takut terlepas dengan trend terkini. Tapi, JOMO (Joy of Missing Out) pula orang yang nak hargai diri sendiri dan tak kisah apa orang luar fikirkan.

Hidup pun semakin tenang. Imej dari The Teenager Today.

Kalau tengok kajian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), rakyat Malaysia kena ada simpanan persaraan RM600,000 jika nak bersara dalam keadaan selesa. Jadinya, korang jagalah simpanan dalam KWSP tu supaya tak dikeluarkan bagi tujuan-tujuan tak perlu.

3. Lengkapkan diri dengan kemahiran

Kemahiran sebenarnya sangat penting dalam keadaan dunia yang semakin mencabar dan berubah ni. Sebab, dengan adanya kemahiran, selain pekerjaan yang dilakukan sekarang ni, ia mungkin berguna di masa akan datang.

Contohnya, bila mana pandemik melanda dunia dulu. Masa tu ramai yang hilang pekerjaan dan tak tahu nak buat apa. Tapi, bagi yang ada kemahiran lain, mereka memanfaatkan kemahiran tu untuk buat perkerjaan lain macam berniaga, memasak, pemasaran digital dan sebagainya.

4. Melabur untuk tambah simpanan

Melabur ni bukan saja dapat menambahkan lagi sumber pendapatan kita, tapi juga boleh membantu kita bila bersara nanti. Kalau korang jenis yang berani, korang boleh belajar dan melabur dalam Bursa Saham.

Tapi kalau korang mahukan pelaburan berisiko rendah, korang boleh saja melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Pelaburan Hartanah (REIT), Tabung Haji dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

BACA  Insurans Hayat mampu milik kini di pasaran! Serendah RM35 je setahun!

5. Rancang masa depan dengan perlindungan & sokongan yang menyeluruh

Sebenarnya, kita bukan saja kena ada kewangan yang mencukupi, tapi juga merancang perlindungan dan sokongan menyeluruh untuk masa depan. Ini kerana, sebagai manusia kita sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko tak dijangka.

Antara langkah yang perlu diambil termasuklah menyediakan pelbagai jenis perlindungan seperti perubatan, penyakit kritikal, kemalangan diri, simpanan dan hayat. Kita juga perlu merancang lebih awal dalam perkara seperti rumah persaraan, perbelanjaan bulanan yang cukup selepas tak lagi bekerja nanti dan kebajikan waris sekiranya kita meninggal dunia.

Tapi macam mana nak tahu yang sekarang ni kita berada di landasan yang tepat untuk bersara dengan selesa dan jenis-jenis perlindungan yang kita perlukan?

Allianz sediakan kalkulator yang akan beritahu sama ada korang di landasan yang tepat untuk bersara dengan selesa

Dengan kalkulator yang disediakan oleh Allianz ni, korang boleh gunakannya untuk tahu sejauh mana keadaan korang sekarang ni untuk bersara dengan selesa nanti.

Caranya, korang pergi saja ke pilihan “Retirement Protection” di bawah menu “Calculator & Tool” di laman web rasmi Allianz. Di sana korang akan dibawa ke kalkulator yang memerlukan korang pilih status diri semasa seperti di bawah.

Korang pilih saja status diri korang sekarang seperti yang dinyatakan.

Lepas itu, korang akan dibawa ke bahagian seterusnya yang memerlukan korang isi maklumat umur semasa, jantina, umur nak bersara, tempoh simpanan persaraan, kadar perbelanjaan bulanan selepas bersara dan jumlah simpanan/pelaburan semasa.

Korang isi saja maklumat seperti mana yang korang rancang.

Bila dah isi semua maklumat tu, korang klik saja pada butang ‘NEXT’. Kalkulator ni akan beritahu berapa peratus lagi untuk korang nak capai matlamat bersara dengan selesa. Ia juga akan beritahu berapa banyak duit korang yang kurang untuk capai ke tahap itu.

BACA  Selain gaji & "work life balance": Korang tahu tak apa lagi faedah yang pekerja sekarang cari?

Di sana juga korang akan ditunjukkan warna yang menjadi kayu ukur sama ada korang berada di landasan yang tepat untuk bersara dengan selesa.

Ini contoh peratus dan jumlah kewangan yang kurang untuk bersara dengan selesa. Di sini juga menunjukkan warna merah yang merujuk ‘perlu perhatian’.

Di bawahnya, akan disenaraikan pelbagai jenis pililhan perlindungan sama ada kesihatan, kewangan, gaya hidup atau sokongan mengikut keperluan korang.

Menarik dan mudah bukan? Kongsikanlah juga kemudahan ni dengan ahli keluarga dan kawan-kawan korang! Supaya kita semua dapat merancang masa depan dengan lebih bijak.

Tak kurang juga dapat membantu dalam memilih perlindungan terbaik bagi keselesaan di masa akan datang. Bagi yang nak cuba kalkulator ni, bolehlah pergi ke Portal Rasmi Allianz – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *