Nak insurans kereta & motosikal yang banyak manfaat tapi berpatutan? Ini pilihan tepat untuk korang

insurans kereta

Perlindungan atau insurans kenderaan adalah salah satu aspek penting dalam pemilikan kereta atau motosikal. Sebabnya, kebanyakan negara memang perlukan perlindungan kenderaan ni dari segi undang-undang.

Contohnya di Malaysia, korang tak boleh perbaharui cukai jalan atau roadtax, tanpa insurans. Perkara ni dibuat bukan saja-saja, tapi untuk keselamatan korang dan kenderaan juga kalau terlibat dengan sebarang kejadian tak dijangka.

Sekarang ni tak perlu tampal roadtax di kereta lagi, semuanya ada di aplikasi MyJPJ. Imej dari Malaysiakini.

Pada asasnya, perlindungan kenderaan ini diperkenalkan bagi melindungi kenderaan korang jika terlibat dalam kes kerosakan atau kehilangan. Pada masa yang sama, ia juga sebagai perisai kepada diri korang dan pihak ketiga kalau terlibat dalam kemalangan sehingga memerlukan rawatan dan sebagainya.

Tapi, ada ke perlindungan yang menyediakan pelbagai jenis manfaat dan harga yang berpatutan? Jawapanya ada, dan ini mungkin apa yang korang cari…

Motor Komprehensif Allianz (Kereta Persendirian) datang dengan pelbagai perlindungan & bantuan untuk korang

Kalau korang ada kereta dan mencari perlindungan terbaik, Pelan Motor Komprehensif Allianz (Kereta Persendirian) adalah jawapannya. Pelan ni diperkenalkan di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah yang melindungi kereta dan diri korang dari segenap segi.

Antaranya adalah perlindungan kehilangan atau kerosakan terhadap kenderaan sendiri akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian. Ia juga memberikan perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan harta terhadap pihak ketiga.

Jika berlaku kemalangan yang membabitkan kecederaan anggota badan atau kematian pihak ketiga, pelan ini turut memberikan perlindungan kepada mereka.

Lebih menarik, korang juga layak menerima akses sokongan bantuan bersama Allianz Road Rangers pada bila-bila masa dan di mana saja. Kalau korang nak tahu, Allianz Road Rangers adalah perkhidmatan bantuan tepi jalan yang akan membantu korang sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan.

BACA  Ada ke Insurans Hayat yang mampu milik?!
Allianz Road Rangers sedia membantu korang pada bila-bila masa.

Manfaat-manfaat utama Allianz Road Rangers ni adalah:

  • Talian bantuan 24 jam: 1800-22-5542 jika berlaku kemalangan jalan raya atau memerlukan bantuan tepi jalan;
  • Allianz Bike Brigade: Pasukan Respons Pertama bermotosikal akan sampai di lokasi kemalangan dan memberikan bantuan, termasuk pertolongan cemas jika diperlukan;
  • Trak tunda Allianz: Menunda kenderaan rosak ke balai polis untuk membuat laporan polis dan seterusnya ke Panel Pembaikian Allianz atau bengkel francais berdasarkan permintaan;
  • Bantuan tuntutan di balai polis: Membimbing korang untuk perkara yang diperlukan dan berada di balai polis bersama-sama dengan korang;
  • Baucar e-Hailing: Menyediakan baucar e-hailing yang boleh digunakan untuk pulang ke rumah dari tempat kemalangan;
  • Kelulusan tuntutan cepat: Memproses dan menerima kelayakan Tuntutan Kerosakan Sendiri (TKS) sepantas 10 minit;
  • Penghantaran kenderaan: Korang tak perlu pergi ke bengkel yang dipilih, Allianz akan hantar kenderaan yang sudah siap dibaiki kepada korang.

Seperkara lagi, korang mesti tertanya-tanya apa pula faedah yang disediakan di bawah Inisiatif Insurans Rahmah? Sebenarnya, melalui inisiatif ini, korang layak menerima faedah Kematian dan Hilang Upaya Kekal sehingga RM5,000, Pendapatan Hospital sehingga RM3,000 dan Perlindungan Ehsan Akibat Banjir sehingga RM3,000.

Tapi, macam mana pula dengan korang yang nak dapatkan perlindungan untuk motosikal? Jangan risau, sebab Allianz pun ada…

Allianz Motorcycle Plus yang melindungi diri dan pembonceng korang

Sama seperti pelan tadi, Allianz Motorcycle Plus juga diperkenalkan di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah. Cumanya, ia datang dengan faedah Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 secara percuma kalau motosikal korang rosak akibat banjir.

Selain itu, bagi pelan komprehensif – ia juga datang dengan perlindungan kehilangan atau kerosakan motosikal akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian.

BACA  Ini 5 perkara penting untuk menunggang motosikal balik beraya di kampung

Kalau kemalangan melibatkan kematian atau kecederaan badan terhadap pihak ketiga, ia juga dilindungi oleh pelan ini. Malah, perlindungan turut diberikan terhadap kehilangan atau kerosakan harta pihak ketiga.

Seperti mana yang dimaklumkan tadi, Allianz Motorcycle Plus bukan saja melindungi korang tapi juga pembonceng tanpa kos tambahan. Ia termasuklah perlindungan kemalangan jalan raya setiap seorang untuk korang dan pembonceng yang melibatkan kes kematian atau hilang upaya kekal dengan kadar RM10,000.

Jika korang atau pemboceng masuk wad, pelan ni akan memberikan Pendapatan Hospital sehingga RM6,000 setiap seorang dengan kadar RM100 sehari sehingga 60 hari.

Sedar dengan suasana cuaca yang tak menentu sekarang ni, korang tak perlu risau sebab Allianz Motorcycle Plus menyediakan perlindungan keseluruhan jumlah yang diinsuranskan bagi bencana khas seperti banjir, taufan, tanah runtuh dan banyak lagi.

Kalau korang perlukan bantuan tepi jalan akibat kemalangan atau kerosakan, Pelan Allianz Motorcycle Plus komprehensif turut datang dengan manfaat Allianz Road Rangers yang sedia membantu korang melalui talian bantuan 24 jam yang disediakan.

Antara bantuan yang diberikan termasuklah membaiki kerosakan ringan oleh juruteknik berkelayakan dan menunda motosikal korang ke bengkel yang diingini sehingga jarak 50km, perjalanan pergi balik.

Apa yang pasti, kedua-dua pelan ini datang dengan harga yang berpatutan sesuai dengan konsep rahmah. Kalau korang berminat dengan kedua-dua pelan ini, boleh terus ke PAUTAN INI untuk Pelan Motor Komprehensif Allianz (Kereta Persendirian) atau KLIK SINI untuk Pelan Allianz Motorcycle Plus.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *