Kenapa kita rasa harga barang semakin mahal? Ini mungkin jawapan yang korang cari

harga barang

Menghadapi cabaran-cabaran dunia masa kini, ramai berpendapat kos hidup pada hari ini semakin tinggi. Harga barang semakin naik. Ringgit dilaporkan lebih rendah matawang. Bekalan makanan dirasakan semakin kurang. Tentunya, berita-berita seperti ini boleh menimbulkan perasaan risau, gusar dan rasa tekanan khususnya berkaitan kewangan.

Namun kadang kala, laporan-laporan media pula seolah memaparkan sebaliknya. Angka rasmi dilaporkan rendah, malah unjuran yang diramalkan oleh pakar ekonomi sentiasa dalam nada positif pula. Ini membawa kepada satu persoalan: kenapa kita rasa harga barang makin mahal?

Via Malaysiakini

Inflasi menjadi sebab utama kita rasa barang mahal

Inflasi adalah peningkatan berterusan dalam harga barangan dan perkhidmatan dalam pasaran. Ia mengukur penurunan daya beli wang – dengan kata lain, berapa banyak barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan jumlah wang yang sama.

Apabila inflasi berlaku, ia menyebabkan harga-harga meningkat seiring dengan masa, dan ini mempengaruhi pengguna secara langsung kerana mereka perlu membayar lebih untuk bahan-bahan asas dan perkhidmatan harian.

Via Siakap Keli

Secara umumnya, terdapat empat faktor yang boleh menyebabkan inflasi:

  • Permintaan barangan dan perkhidmatan yang tinggi berbanding bekalan yang ada. Ini menyebabkan harga barangan atau perkhidmatan lebih tinggi, dan kerapkali berlaku apabila ekonomi berkembang dan pendapatan penduduk meningkat.
  • Kos pengeluaran yang semakin meningkat atas faktor geopolitik dan cuaca, maka pengeluar perlu naikkan harga jualan mereka untuk menutup kos yang lebih tinggi
  • Subsidi, cukai dan perubahan dalam mata wang antara keputusan dasar kerajaan yang dapat mempengaruhi inflasi
  • Perubahan dalam pasaran global, seperti dalam harga minyak dunia atau kadar pertukaran mata wang untuk barangan import.

Walaupun begitu, laporan berita pada 20 Oktober baru-baru ini membuatkan kita terfikir; kenapa kita masih tidak merasai ‘penurunan’ harga barangan? Salah satu media tempatan, BH Online melaporkan kadar inflasi Malaysia turun serendah 1.9 peratus berbanding 2.0 peratus pada bulan sebelumnya.

BACA  Ramai terlepas pandang: Ini maksud prinsip tawarruq dalam perbankan Islam
Via BH Online

Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.9 peratus) adalah lebih rendah berbanding Filipina (6.1 peratus), Zon Euro (4.3 peratus), Republik Korea (3.7 peratus), Vietnam (3.7 peratus), Amerika Syarikat (3.7 peratus) dan Indonesia (2.3 peratus).

Sementara 10 negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional (1.9 peratus), enam negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Sarawak (2.7 peratus), Putrajaya (2.6 peratus), Perak (2.3 peratus), Perlis (2.2 peratus), Selangor (2.1 peratus) dan Pahang (2.0 peratus).

Menerusi maklumat ini, kita dapat memahami bahawa kadar inflasi nasional sebenarnya adalah gabungan kesemua negeri dan wilayah dalam Malaysia.

Kadar inflasi negeri juga berbeza-beza dan akan mencatatkan rekod yang berbeza dengan purata yang ditunjukkan dalam kadar inflasi nasional secara keseluruhannya. Oleh sebab itulah, sesetengah negeri mungkin akan mengalami kos hidup yang berbeza dengan negeri lain.

Situasi kewangan dan perbelanjaan isi rumah tidak diukur setepatnya

Salah satu indeks yang selalu digunakan untuk mengukur situasi perbelanjaan isi rumah adalah Indeks Harga Pengguna (IHP). Mengikut laman rasmi Jabatan Perangkaan, indeks ini disusun berdasarkan perubahan purata harga bagi barangan dan perkhidmatan yang dikutip mengikut pusat pungutan harga di setiap negeri di Malaysia.

Via DOSM

IHP selalu digunakan untuk mengukur inflasi dan naik turunnya sesebuah harga barangan mengikut kategori. Saiz bakul juga dikira termasuk dalam IHP, dan diharapkan dapat menandakan kuasa beli untuk seseorang individu.

Walau bagaimanapun, salah satu kekurangan IHP adalah secara tidak langsung, maklumat dalam IHP tidak dapat ditafsirkan dengan baik kerana menganggap bahawa corak perbelanjaan rakyat Malaysia adalah sama, tidak mengira sama ada anda kaya atau miskin.

Tambah lagi, IHP mengukur kadar inflasi mengikut kumpulan-kumpulan utama. Sekiranya anda lebih banyak membeli kategori ini, anda akan cenderung untuk merasakan bahawa harga barang semakin mahal.

BACA  Kenapa Malaysia wujudkan Cukai Barangan Bernilai Rendah (LVG)?
Via DOSM

Barangan terasa mahal sebab ia pernah mahal?

Selain dari faktor ekonomi, persepsi tentang inflasi juga boleh dibentuk secara psikologi. Misalnya, kecenderungan pandangan pertama (first impression) ‘mengunci’ pandangan kita tentang harga sesebuah barangan. Jika kita pernah melihat harga sesebuah barangan itu meningkat, kita cenderung mengingati harga pada kadar tertinggi itu dan tidak merasai penurunannya.

Via The Decision Lab

Hal ini juga boleh terjadi apabila anda membandingkan harga dan bentuk promosi yang diletakkan ke atas sesuatu barangan. Ini dinamakan anchoring bias. Dalam ekonomi, anchoring bias merupakan antara fenomena yang lazimnya diperhatikan dalam kalangan pengguna.

Untuk mengatasi kesan inflasi, adalah penting untuk memantau belanjawan dengan bijak dan mempertimbangkan pelaburan yang dapat melindungi daya beli kita daripada kesan inflasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *