Risau rumah kena banjir? Ini langkah-langkah keselamatan & penyelesaian terbaik

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Musim Tengkujuh akan mula melanda negara pada 11 November ini sehingga Mac tahun depan. Dalam tempoh itu, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

Dalam masa sama, hujan lebat juga boleh berterusan berlaku di negeri-negeri lain di seluruh negara dan kita diminta untuk berjaga-jaga dari kejadian banjir yang mungkin akan terjadi.

“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem,” menurut kenyataan itu, dipetik dari Berita Harian.

Musim Tengkujuh akan membawa hujan lebat dan rebut. Imej dari Harian Metro.

Kalau dulu kejadian banjir terjadi di kawasan rendah atau kawasan mudah banjir, kini bencana itu juga boleh berlaku di kawasan yang tak dijangka. Malah, kita selalu saja mendengar berita kejadian banjir kilat di kawasan-kawasan bandar.

Lebih merisaukan bila mana banjir ni terjadi di rumah kita sehingga menjejaskan struktur dan merosakkan barangan rumah. Jadi apa yang perlu kita buat bila berdepan dengan banjir?

Jangan panik! Bertindak dengan tenang dan utamakan keselamatan diri serta keluarga

Kalau korang sedar yang rumah korang mula ditenggelami banjir, pertama sekali korang tak boleh panik, sebab itu hanya akan membawa banyak lagi masalah. Sebenarnya, ada pelbagai perkara yang korang perlu buat antaranya…

Pastikan keselamatan keluarga dan diri

Mula-mula korang kena pastikan semua ahli keluarga korang berada dalam keadaan selamat. Antaranya dengan putuskan bekalan elektrik untuk elakkan risiko renjatan.

Selain itu, kita juga disarankan untuk tak menyentuh, memotong atau menarik dahan pokok yang jatuh menimpa kabel elektrik. Sebab ia mungkin masih mempunyai aliran elektrik dan boleh mengakibatkan renjatan.

BACA  Insurans Hayat mampu milik kini di pasaran! Serendah RM35 je setahun!
Pihak TNB selalunya akan menutup bekalan elektrik ketika banjir. Imej dari BERNAMA.

Alihkan barangan berharga ke tempat selamat

Kalau ada masa, korang boleh cuba alihkan barang-barang berharga ke tempat yang lebih tinggi atau selamat. Terutamanya seperti dokumen-dokumen penting, barangan elektronik, perabot, wang, barang kemas, kenderaan dan sebagainya.

Dokumen-dokumen penting macam Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Pasport, Sijil Perkahwinan, Geran Kenderaan dan Geran Tanah kena disimpan dengan baik. Sebabnya, kalau dokumen-dokumen ni hilang atau rosak, korang kena lalui proses yang lama untuk mendapatkan yang baru.

Hubungi pihak keselamatan

Kalau air semakin meninggi, adalah lebih baik untuk korang hubungi pihak-pihak keselamatan macam Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Korang selepas itu akan dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat.

Nak lagi mudah, hubungi saja talian kecemasan 999. Imej dari NADMA.

APM dalam satu kenyataan pada Oktober berkata, terdapat lebih 6,000 PPS disediakan di seluruh negara yang terdiri daripada sekolah-sekolah dan dewan orang ramai yang boleh menampung lebih 1.6 juta mangsa.

Dapat perlindungan untuk rumah korang

Mungkin ada di antara korang yang tak tahu tentang insurans kediaman yang dapat melindungi rumah dan meringankan beban korang jika berlakunya perkara tak diduga. Persediaan ni semakin mudah sekarang dan korang boleh dapat banyak manfaat melalui…

Allianz Smart Home Cover perisai rumah korang dari sebarang risiko tak dijangka

Melalui Smart Home Cover dari Allianz ni, korang akan menerima perlindungan kediaman fleksibel merangkumi lima komponen iaitu Empunya Rumah (Bangunan), Isi Rumah (Isi Kandungan), Perlindungan Gadai Janji Ansuran, Pembaikan Rumah dan Insurans Tuan Penyewa.

Bagi yang mempunyai rumah, pelan ini akan melindungi rumah korang daripada kerosakan. Korang boleh pilih untuk menginsuranskannya mengikut nilai yang dipersetujui dengan menggunakan kalkulator yang disediakan oleh Allianz, atau kos pembinaan semula mengikut cadangan korang.

BACA  5 kesilapan mudah ini membuat anda menjadi mangsa 'scam'

Untuk isi rumah pula, ia akan melindungi isi kandungan rumah korang, termasuklah barangan persendirian atau ahli keluarga. Malah, ia juga memberikan perlindungan sekiranya berlaku kecurian akibat pecah masuk di rumah korang.

Kes pecah masuk rumah semakin meningkat sekarang ni. Imej dari Sinar Harian.

Seterusnya adalah Perlindungan Gadai Janji Ansuran yang melindungi ansuran pinjaman bulanan sekiranya rumah korang mengalami kerosakan melebihi 15 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan. Manfaat ini juga layak diberikan sekiranya orang yang diinsuranskan mengalami kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Bagi kerja-kerja pembaikan pula, Smart Home Cover akan membayar pampasan bagi kos yang korang perlu tanggung untuk kejadian-kejadian berikut:

  • Kerja pembaikan paip yang pecah;
  • Kerja pembaikan atau penggantian pintu, kunci dan tingkap (termasuk kerja pembaikan sementara) akibat kecurian;
  • Elaun bantuan domestik;
  • Kerja pembaikan/perkhidmatan rumah; seperti penyaman udara, sistem paip, pendawaian elektrik, perkhidmatan mengecat, pemasangan bumbung dan tukang kunci;
  • Kerja Penjagaan rumah – Kawalan Haiwan Perosak terhadap anai-anai atau pepijat katil dan perkhidmatan nyahkuman.
Imej dari tenor.com

Satu lagi perlindungan yang diberikan adalah insurans tuan penyewa bagi korang yang menyewakan rumah. Melalui perlindungan ni, jika penyewa buat kerosakan dengan niat jahat – korang boleh terima pampasan sehingga RM2,000. Kalau penyewa melarikan diri, pihak Allianz akan menanggung yuran guaman untuk surat tuntutan ke atas penyewa berkenaan.

Apa yang lebih menarik, perlindungan ini sekarang datang dengan Pelan Berbilang Tahun. Kalau korang ambil Pelan Berbilang Tahun, ia yang menyediakan perlindungan selama tiga tahun, tapi dengan premium yang lebih rendah.

Disebabkan tempoh Pelan Berbilang Tahun ni selama tiga tahun, nilai perlindungan juga akan ditingkatkan sebanyak 3 peratus setahun ke atas jumlah bangunan yang diinsuranskan bagi memastikan kediaman korang mendapat perlindungan insurans yang secukupnya sepanjang tempoh tersebut.

BACA  Apa jadi dengan penjamin kalau orang dijamin tak bayar loan?

Di bawah Pelan Berbilang Tahun ini, Allianz turut menyediakan ganti rugi sehingga RM1,000 atas kehilangan wang peribadi milik korang atau mana-mana ahli keluarga korang akibat kecurian atau rompakan yang berlaku di rumah.

Jadi apa tunggu lagi tu? Lindungilah rumah korang dari sebarang risiko tak dijangka dengan Smart Home Cover. Bagi yang berminat, korang pergi saja ke laman web rasmi Allianz – DI SINI.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *