Jangka hayat lelaki lebih pendek daripada wanita? Nak tahu kenapa?

Pejam celik – pejam celik, dah sampai bulan November. Nampaknya hanya berbaki dua bulan saja lagi sebelum kita mengakhiri tahun 2023 dan masuk ke tahun 2024. Tapi, ada tak antara korang yang tahu pasal Movember?

Sebenarnya, Movember adalah Kempen Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia yang disambut pada bulan November setiap tahun. Pada bulan kesedaran ini, golongan lelaki digalakkan untuk menyimpan misai atau Bahasa Inggerisnya, men to grow mustaches (“Mo’s”) dan sebab itulah ia dipanggil sebagai Movember.

Imej dari The Wayne Stater.

Tapi, selain daripada kempen simpan misai tu – matlamat lebih besarnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan lelaki.  Lagi-lagi bila mana Statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022, melaporkan jangka hayat golongan lelaki lebih rendah iaitu 70.8 tahun berbanding wanita 75.6 tahun.

Antara faktor yang menyumbang kepada angka ini adalah disebabkan penyakit kritikal. Oleh itu, kali ini kami akan menyenaraikan beberapa jenis penyakit kritikal yang selalu dialami oleh golongan lelaki Malaysia: –

Sakit jantung, kencing manis dan kanser prostat ancaman utama untuk lelaki Malaysia

Penyakit Jantung

Dalam banyak-banyak penyakit, penyakit berkaitan jantung kekal menjadi penyebab utama kematian di negara ni. Kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2020 menunjukkan, 17 peratus daripada 18,515 kematian yang direkodkan berpunca daripada penyakit berkaitan jantung.

Daripada jumlah itu, fakta perubatan pula mengisyaratkan kaum lelaki lebih ramai mendapat penyakit jantung berbanding kaum wanita. Antara puncanya adalah disebabkan kolesterol tinggi, faktor usia, merokok, obesiti, kurang bersenam dan sejarah keluarga.

Imej dari Bisnis Style.

Malah, tekanan kerana memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga menjadi antara faktor menyebabkan ramai golongan lelaki muda mengalami serangan jantung.

Kencing Manis

Korang jangan terkejut kalau dapat tahu yang Malaysia mempunyai kadar diabetes kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi! Perkara ni diperkuatkan lagi bila tinjauan rasmi mendapati 1 daripada 5 dewasa di Malaysia menghidap penyakit ini.

BACA  Korang nak menang percutian bernilai RM25,000 atau menyaksikan Sukan Olimpik 2024 secara langsung di Paris? Dapatkan insurans ni sekarang!

Dengan kadar yang tinggi itu, dianggarkan 7 juta rakyat negara ini akan menghidap diabetes menjelang tahun 2025 nanti. Antara punca utamanya adalah  kegemukan, kurang bersenam, pengambilan makanan tinggi lemak dan keturunan.

Tekanan Darah Tinggi

Penyakit seterusnya pula adalah tekanan darah tinggi atau dikenali juga sebagai hipertensi. Bagi mereka yang berumur bawah 30 tahun, golongan lelaki tiga kali lebih ramai menghidapnya berbanding wanita. Antara faktor risiko penyakit ini adalah merokok, paras kolesterol tinggi, sejarah keluarga, pengambilan alkohol berlebihan dan pengambilan garam yang tinggi.

Buat pemeriksaan berkala tekanan darah korang. Imej dari Harian Metro.

Sehingga tahun 2019, dianggarkan sekitar 6.4 juta orang rakyat Malaysia menghidap penyakit ini. Jadinya, pada korang di luar sana tu, rajin-rajin la buat pemeriksaan kesihatan ya.

Mati Pucuk (ED)

Mati Pucuk atau Erectile Dysfunction (ED) adalah ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seksual. Berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 tiga daripada sepuluh lelaki Malaysia berdepan dengan masalah seksual ini.

ED juga boleh memberi kesan dalam kehidupan rumah tangga. Imej dari Kosmo.

Penyebab utama mati pucuk ni adalah disebabkan penyakit yang menghalang pengaliran darah ke kemaluan seperti jantung, kencing manis, darah tinggi, masalah saraf dan tahap kolesterol tinggi. Selalunya, mati pucuk terjadi kepada lelaki ketika berusia 40 tahun dan bertambah teruk apabila usia meningkat.

Kanser

Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati 1 daripada 10 lelaki di Malaysia menghidap penyakit kanser. Dari pelbagai jenis kanser yang ada, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki adalah kanser kolorektal, kanser paru-paru dan kanser prostat.

Kanser kolorektal atau kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum. Faktor utama kanser ini adalah kerana pemakanan kurang fiber, tinggi karbohidrat, lemak dan merokok.

BACA  Elak percutian bertukar duka! Cara terbaik melindungi diri & keluarga walau di mana pun kita berada

Manakala, kanser paru-paru pula ialah kanser ketiga tertinggi dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia dan antara kanser paling agresif. Merokok adalah faktor risiko paling utama bagi kanser ini dan ia merangkumi lebih daripada 70 peratus kes.

Tentang kanser prostat pula, ia kini menjadi salah satu risiko utama di kalangan lelaki. Untuk makluman korang, prostat adalah kelenjar yang terletak di bawah pundi kencing dan tugas utamanya ialah membuat cecair yang membawa sperma. Ia kemudiannya boleh menjadi kanser bila mana sel dalam prostat mula berkembang tanpa kawalan.

Tanda-tanda Kanser Prostat. Imej dari Hello Doktor.

Sebenarnya apa yang kami senaraikan ni cuma sebahagian kecil daripada banyak lagi penyakit-penyakit lain yang mengancam lelaki. Tapi, apa pula persediaan korang jika menghidapi penyakit-penyakit ini?

Allianz Prime Care+ lindungi korang dari lebih 150 penyakit kritikal!

Itulah apa yang ditawarkan oleh pelan perlindungan penyakit kritikal di bawah Allianz ni. Prime Care+ menyediakan perlindungan terhadap penyakit kritikal dari peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir.

Pelan ini membantu korang mendapatkan rawatan awal sebelum penyakit kritikal yang dialami itu menjadi lebih teruk. Dengan itu, perkara-perkara berkaitan bil perubatan, kos pemulihan dan kewangan keluarga dapat diuruskan dengan baik.

Pelan ini menyediakan perlindungan meluas terhadap lebih 150 penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, dan strok.

Malah, ia juga menyediakan manfaat pemulihan diabetes meliputi empat komplikasi utama iaitu amputasi (pemotongan sebahagian anggota badan), kegagalan buah pinggang, retinopat (kerosakan pada retina) dan koma diabetis supaya korang dapat menampung kos perubatan tambahan.

Prime Care+ turut memberi bayaran tambahan sekiranya korang menghidap kanser pada peringkat awal, pertengahan atau akhir. Dengan itu, korang nanti akan ada keupayaan kewangan untuk meneruskan usaha pemulihan.

BACA  Tidak pasti dengan kerjaya anda? Sertai program ini

Dalam masa sama, kalau korang didiagnosis dengan enam penyakit kronik seperti kanser dengan metastasis, serangan jantung, strok teruk, transplan jantung, paru-paru dan quadriplegia (kelumpuhan), korang juga layak menerima bayaran tambahan daripada pelan ini.

Lebih prihatin lagi, pelan ini menawarkan perlindungan terhadap tujuh penyakit kritikal tambahan bagi mereka yang berumur bawah 19 tahun. Makanya, boleh dikatakan yang pelan ini melindungi korang dari usia muda sampailah ke usia senja.

Dengan keadaan yang semakin mencabar dan terdedah dengan pelbagai penyakit ini – boleh dikatakan Allianz Prime Care+ adalah pilihan perlindungan yang terbaik. Kalau korang berminat dengan pelan ini, terus saja rujuk DI SINI untuk maklumat lanjut.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *