Berdepan masalah kewangan: Ini 5 syarikat popular yang sekarang disenaraikan dalam PN17

PN17

Betul kata-kata hikmah dunia, dunia ini macam roda. Sebentar ada naik, sebentar lagi ada juga turunnya. Dalam dunia perniagaan tanpa mengira saiz dan lokasi, turut ada naik dan turunnya. Pada dua tahun diduga pandemik, tidak dinafikan hakikat terlalu banyak perniagaan juga ranap pada waktu ini.

Hal yang sama juga berlaku tatkala syarikat-syarikat besar ini bergelut untuk terus hidup dan beroperasi. Risiko yang mereka perlu tanggung lebih besar kerana syarikat-syarikat ini pernah disenaraikan dalam perdagangan Bursa Saham setiap hari.

Syarikat PN17 tidak bermaksud mereka rugi keseluruhannya ataupun bankrap. Dalam terma yang lebih sesuai, PN17 atau nama panjangnya, Practice Note 17/2005 merupakan gelaran untuk syarikat-syarikat yang dikenalpasti mempunyai masalah kewangan dalaman yang serius dan berisiko tinggi untuk dikeluarkan dari Bursa Malaysia.

Untuk sesebuah syarikat disenaraikan dalam senarai PN17, tanda utamanya adalah apabila syarikat-syarikat tersebut gagal menghantar laporan kewangan tahunan dan dikenalpasti gagal membayar hutang-hutang syarikat selama beberapa tahun berturut-turut.

Via Unsplash

Dalam beberapa keadaan juga, sesebuah syarikat boleh disenaraikan dalam PN17 apabila pihak berkuasa dapat mengesan wujudnya manipulasi kewangan yang teruk dalam syarikat tersebut hingga mengugat keyakinan Bursa Saham untuk terus membuka dagangan saham mereka.

Selain itu, sesebuah syarikat yang telah menangguhkan operasi ataupun tidak lagi mempunyai perniagaan mahupun apa-apa perusahaan yang signifikan juga boleh dimasukkan ke dalam senarai PN17. Ini lima syarikat popular ini menjadi pilihan utama khalayak ramai yang kini dalam senarai PN17.

1. AirAsia

Siapa sangka, AirAsia yang dahulunya mempunyai kisah gemilang dan sangat popular dalam kalangan masyarakat kini tersenarai PN17.

AirAsia adalah syarikat penerbangan bajet yang terkemuka berpangkalan di Malaysia dan salah satu daripada syarikat penerbangan bajet terbesar di Asia. Ia diasaskan oleh Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun pada tahun 2001 dan pada awalnya beroperasi dengan hanya dua pesawat.

Seiring dengan masa, AirAsia berkembang pesat dan dikenali dengan kadar tambang yang berpatutan dan rangkaian destinasi yang luas, menyambungkan pelbagai destinasi di seluruh Asia dan sekitarnya.

BACA  Rakyat Malaysia Akan Alami Hari Raya Yang Berbeza Kali Ini Berbanding Tahun Lepas, Ini Sebabnya
Via Nothing Familiar

Model perniagaan AirAsia berpusat pada menawarkan pilihan perjalanan dengan kadar yang berpatutan kepada penumpang. Syarikat penerbangan ini bertujuan untuk menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses oleh segmen populasi yang lebih besar dengan mengekalkan kos operasi yang rendah dan mengekalkan simpanan kepada pelanggan.

Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk penerbangan domestik dan antarabangsa, serta perkhidmatan berkaitan seperti hotel, kereta sewa, dan pakej percutian.

Namun pada Julai 2020, AirAsia termasuk dalam senarai PN17 selepas syarikat juruaudit Ernst & Young PLT berkenaan laporan fiskal kewangan pada 2019. Ketika itu, ekuiti pemegang saham kurang dari 50%. Kadar ekuiti ini berkurangan setahun lepas itu, iaitu kurang dari 25%.

Ini secara langsung meletakkan AirAsia dalam PN17. Pada tahun ini, AirAsia lebih optimis untuk keluar dari senarai PN17 pada Julai 2023 dan telah memohon kembali untuk disenaraikan dalam Bursa Saham.

2. Asia Media Group

Satu lagi syarikat besar dalam bidang media dan hiburan di Malaysia, ia tersenarai dalam PN17 pada tahun 2019 selepas wujud spekulasi tentang manipulasi laporan kewangan syarikat tersebut. Syarikat ini ditubuhkan pada 2007 oleh Ricky Wong dan diterajui oleh jutawan Syed Ali Alhabshee.

Sejak penubuhannya pada 2007, syarikat tersebut telah membangunkan pelbagai sistem operasi berkaitan pengangkutan awam di sekitar Semenanjung Malaysia. Tahun demi tahun, syarikat tersebut membina rangkaian media terkemuka yang beroperasi di Asia Tenggara. Ia dikenali dengan sumbangan dan pencapaiannya yang signifikan dalam industri media di rantau ini.

Kumpulan ini terdiri daripada syarikat-syarikat media yang berbeza, termasuk akhbar, majalah, stesen penyiaran televisyen, dan platform digital. Asia Media Group telah menjadi pemimpin dalam penyediaan berita dan kandungan media yang berkualiti tinggi kepada audiens di Asia Tenggara.

Via Edgemarkets

Salah satu kejayaan terbesar Asia Media Group adalah memberikan liputan berita yang telus dan berkualiti kepada masyarakat di seluruh rantau Asia Tenggara. Mereka juga telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan budaya dan isu-isu tempatan melalui kandungan media mereka.

BACA  Berdepan cabaran dari dalam & luar: Apa masa depan Felda dan Industri Kelapa Sawit kita?

Selain daripada itu, kumpulan media ini telah berkembang pesat dalam dunia digital dengan menyediakan platform-platform digital yang inovatif dan aplikasi mudah alih yang membolehkan audiens mengakses kandungan mereka dengan lebih mudah. Dengan sumbangan dan pencapaian mereka yang berterusan, Asia Media Group terus menjadi pemain utama dalam industri media di Asia Tenggara

Pada Ogos 2022, Asia Media Group mengumumkan mereka juga optimis akan dapat keluar dari senarai PN17 terutamanya selepas mencatat keuntungan RM6.86 juta pada tahun fiskal 2022.

3. Perak Corporation & Sarawak Cable Berhad

Seperti nama syarikat-syarikat ini, tentu ramai sudah dapat meneka bahawa syarikat-syarikat ini mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri. Perak Corporation Berhad adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Perak. Ia memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan promosi pelaburan di dalam negeri Perak.

Perak Corp mempunyai portofolio perniagaan yang pelbagai termasuk minat dalam pelbagai sektor seperti pembangunan hartanah, pembinaan, infrastruktur, pertanian, dan pelaburan dalam pelbagai industri. Syarikat ini terlibat dalam aktiviti komersial dan pembangunan. Pada tahun 2020, Perak Corporation disenaraikan PN17 oleh Bursa Saham atas beberapa isu membabitkan spekulasi kewangan.

Via Agenda Daily

Sarawak Cable Berhad pula terkemuka kepakarannya dalam pembuatan kabel tenaga, wayar, dan produk berkaitan. Syarikat ini memainkan peranan penting dalam pembekalan kabel dan wayar kepada pelbagai industri, termasuk sektor tenaga, pembinaan, dan telekomunikasi.

Selain itu, mereka telah mengembangkan ke sektor berkaitan lain seperti perkhidmatan kejuruteraan, pembelian, pembinaan, dan penyelenggaraan (EPCC) untuk projek infrastruktur elektrik dan telekomunikasi. Mereka tersenarai dalam PN17 pada Disember 2022. Walaupun mencatatkan kerugian RM11.7 juta pada penghujung tahun 2022, syarikat tersebut masih yakin dengan kemampuan mereka untuk meneruskan operasi.

BACA  Pengumuman Dividen Tabung Haji 2023/2024 & Cara Semakan

4. Pharmaniaga Berhad

Pharmaniaga Berhad ialah sebuah syarikat farmaseutikal yang berpangkalan di Malaysia. Ia adalah salah satu pemain utama dalam industri farmaseutikal tempatan dan mempunyai sejarah yang panjang dalam menyediakan produk farmaseutikal berkualiti tinggi kepada masyarakat Malaysia.

Syarikat ini terlibat dalam pelbagai aspek dalam rantau farmaseutikal, termasuk pengeluaran, pengedaran, dan perkhidmatan perubatan. Pharmaniaga juga memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia, termasuk pengedaran ubat-ubatan penting dan penyediaan perkhidmatan logistik perubatan.

Via Edgemarkets

Pada awal tahun ini, Pharmaniaga disenaraikan PN17 dan mencatatkan kerugian bersih RM607 juta. Kerugian ini dikatakan telah disumbangkan oleh lambakan stok vaksin yang diperolehi sewaktu tempoh pandemik. Sebagaimana syarikat-syarikat berdaya saing yang lain, syarikat ini optimis akan dapat keluar dari senarai kriteria PN17 dengan implementeri pelan dasar strategik mereka.

5. Serba Dinamik

Serba Dinamik Berhad adalah sebuah syarikat pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat ini telah berkembang pesat dan memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan yang merangkumi pelbagai sektor, termasuk minyak dan gas, tenaga, dan industri lain.

Serba Dinamik telah berkembang melalui pelbagai projek tempatan dan antarabangsa, termasuk penyelenggaraan loji-loji dan fasiliti dalam industri minyak dan gas. Selain daripada itu, syarikat ini juga terlibat dalam teknologi dan digitalisasi industri, mencerminkan usaha untuk terus berkembang dalam era teknologi moden.

Serba Dinamik memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri Malaysia dan pelbagai sektor lain di peringkat domestik dan antarabangsa.

Via The Malaysian Reserve

Walau bagaimanapun, isu yang membayangi Serba Dinamik telah mengugat perkembangan syarikat tersebut. Antara isu tersebut adalah berkenaan laporan dari juruaudit yang memberi pandangan bahawa laporan kewangan syarikat tersebut telah dimanipulasikan dan terus berpanjangan isu tersebut sehingga Bursa Saham mengeluarkan status PN17 untuk Serba Dinamik pada tahun lalu. Menjelang akhir Ogos tahun ini, Serba Dinamik telah mengemukakan rayuan berkenaan status PN17.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *