Insurans Hayat mampu milik kini di pasaran! Serendah RM35 je setahun!

insurans hayat

Menurut dapatan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) sehingga tahun 2020, sekitar 54 peratus rakyat Malaysia mempunyai insurans hayat. Dari jumlah itu, hanya sekitar 4 peratus saja isi rumah berpendapatan rendah di negara ini yang mempunyai insurans sama.

Perkara ini terjadi disebabkan kesedaran yang masih kurang di kalangan mereka, selain faktor tak mampu untuk membayar premium sehingga ratusan ringgit sebulan.

Malah, ada juga masyarakat yang anggap perlindungan insurans ini hanya untuk mereka yang berduit atau berada saja. Tapi sebenarnya tanggapan tu salah, sebab insurans sekarang dah menjadi salah satu keperluan dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang tak dijangka.

Imej dari Feed The Machine.

Nak-nak lagi kepada mereka yang dah berkeluarga dan mempunyai tanggungan. Jadinya, kali ni Ringgitku nak bercerita sikit tentang kelebihan-kelebihan kalau korang ada Insurans Hayat. Sebabnya…

Insurans Hayat adalah perisai awal untuk melindungi orang tersayang

Lumrah hidup sebagai manusia adalah sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko yang tak dijangka. Apatah lagi jika ia membawa kepada kematian, sehingga meninggalkan beban kepada waris.

Namun begitu, Insurans Hayat akan sedikit sebanyak dapat membantu dalam…

Menanggung kos pengurusan kematian

Pengurusan jenazah kadang kala menjadi topik hangat di kalangan masyarakat kerana melibatkan kos sehingga ratusan atau ribuan ringgit bergantung kepada bangsa dan agama si mati. Untuk yang beragama Islam, pengurusan jenazah akan melibatkan pelbagai kos seperti:

  • Mandi dan mengkafankan jenazah;
  • Bayaran van jenazah;
  • Upah gali kubur;
  • Bina batu nisan atau kepok.
Imej dari UPM.

Kalau korang ada insurans hayat, kos-kos ini dapat ditanggung dengan menggunakan pampasan kematian.

Membayar bil dan pinjaman tertunggak

Pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang tak terlepas dengan ikatan hutang seperti pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan sebagainya. Hutang-hutang ini boleh menjadi beban kepada para waris sekiranya tak diuruskan dengan baik dan tanpa simpanan yang mencukupi.

BACA  Rebut ganjaran “Ong-some” sempena Tahun Baharu Cina dengan Allianz Life!
Imej dari Mypt3.

Tapi dengan pampasan insurans hayat, ia boleh digunakan bagi mengurangkan beban waris yang mungkin walaupun tak sepenuhnya, tapi sedikit sebanyak membantu.

Mengurangkan beban perbelanjaan keluarga

Jika yang meninggal dunia itu ketua keluarga pula, ia sudah pasti memberi kesan kepada para waris kerana hilang tempat bergantung. Bagi sementara waktu, wang pampasan insurans hayat si mati boleh diguna bagi mengurangkan beban perbelanjaan keluarga.

Membiayai pendidikan anak- anak

Sudah menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Jadinya, Insurans Hayat juga boleh dianggap sebagai alternatif simpanan pendidikan anak-anak sekiranya terjadi sebarang perkara tak dijangka.

Imej dari Pendidikan4all.

Jadinya, kalau ada Insurans Hayat – jiwa kita akan lebih tenang bila memikirkan kelangsungan pendidikan anak-anak sekiranya apa-apa terjadi kepada diri sendiri.

Walaupun begitu, mungkin ada di antara korang yang masih tercari-cari Insurans Hayat yang berpatutan dan mampu milik. Persoalan ini sekarang nampaknya dah terjawab bila mana…

Allianz Kasih4All sediakan perlindungan mampu milik serendah RM35!

Bagi mengurangkan beban golongan B40 dan miskin tegar, Kerajaan Malaysia dan Allianz Malaysia telah memperkenalkan Insiatif Insurans Rahmah yang menyediakan perlindungan kewangan mampu milik kepada semua rakyat.

Selain mampu milik, ciri utama inisiatif ini adalah mudah difahami, mudah diakses dan menyediakan manfaat tambahan tanpa sebarang kos esktra.

Salah satu produk di bawah inisiatif ini adalah Allianz Kasih4All yang direka khusus untuk memberikan perlindungan kewangan kepada keluarga tersayang sekiranya korang meninggal dunia. Dengan premium serendah RM35 setahun, korang layak mendapat perlindungan insuran dan manfaat-manfaatnya.

Antaranya termasuklah manfaat kematian akibat kemalangan sehingga RM30,000 dan bukan kemalangan sehingga RM20,000! Malah, tempoh perlindungan pula sehingga korang mencapai usia 71 tahun.

BACA  Korang bercita-cita nak jadi ejen insurans? Ini panduan lengkapnya

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, inisiatif ini akan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan untuk hidup bermaruah dan mengurangkan beban waris mereka.

Allianz juga betul-betul ikhlas nak membantu mereka yang memerlukan dan sebab itulah tak ada soalan pasal kesihatan peribadi atau pemeriksaan kesihatan diperlukan ketika pembelian polisi ini.

“Pada kami, insurans tidak harus dilihat sebagai satu kemewahan, tetapi satu keperluan. Bukan sahaja golongan B40, malahan semua lapisan masyarakat boleh dapatkan insurans hayat ini,” katanya, petikan dari Kosmo.

Jadinya, apa yang ditunggu lagi tu? Kalau korang masih tercari-cari Insurans Hayat dengan premium rahmah dan mampu milik, korang boleh terus saja ke PAUTAN INI untuk maklumat lanjut dan buat pembelian.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *