Nak tau tak pelan insurans yang melindungi kita sambil membantu golongan yang memerlukan?

Pada masa kini, mempunyai perlindungan takaful atau insurans bukanlah asing dalam kalangan masyarakat dan sudah menjadi antara keperluan dalam kehidupan seharian.

Sebabnya, kita semua terdedah kepada sebarang kemungkinan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang tersayang. Antaranya kemalangan diri, hilang upaya, bencana alam dan sebagainya.

Insurans melindungi diri, keluarga & harta. Imej dari Best Buy Insurance.

Tapi, korang pernah dengar tak insurans yang bukan saja melindungi diri korang, tapi juga boleh buat amal kebaikan? Menarik kan konsep produk macam ini. Produk yang dimaksudkan adalah…

PerlindunganKu Allianz4Aall sumbangkan lebihan dari Dana Tuntutan korang untuk kebajikan

Inilah dia produk yang bukan sahaja melindungi diri korang, bahkan boleh membantu korang untuk membuat amal kebaikan. PerlindunganKu Allianz4Aall pada asasnya menawarkan perlindungan kewangan untuk rakyat Malaysia berdasarkan Nilai-Nilai Sejagat.

Melalui nilai-nilai sejagat ini, Allianz akan menyatakan peratus premium korang yang akan dimasukkan ke dalam Dana Peruntukan Tuntutan (Claims Allocation Fund atau CAF) untuk membayar tuntutan.

Jika tuntutan kurang daripada jumlah yang diperuntukkan ke dalam CAF, lebihan yang terhasil akan diagihkan kepada pertubuhan kebajikan pilihan korang semasa permohonan sama ada dalam kategori pendidikan, orang kurang upaya (OKU) atau bantuan kecemasan.

Jadinya di sini, lebihan itu tak akan disia-siakan dan korang tahu yang ia digunakan untuk kebajikan masyarakat. Sebagai contoh pada Julai lalu, Allianz telah mengagihkan lebihan pertama daripada CAF PerlindunganKu Allianz4All sebanyak RM65,534.51 kepada tujuh pertubuhan kebajikan.

Antara pertubuhan-pertubuhan terlibat adalah Buku Jalanan Chow Kit; Persatuan Pendidikan Anak Cahaya Selangor; Persatuan Orang Cacat Mental Selangor & Wilayah Persekutuan; Rumah Amal Cheshire Selangor; Persatuan Mobiliti Selangor dan Kuala Lumpur; Yayasan MyKasih dan MERCY Malaysia.

“Di Allianz, kami komited untuk mewujudkan impak positif kepada masyarakat menerusi penawaran produk unik Allianz4All Untuk Semua. Kami berusaha dalam menawarkan perlindungan kepada semua lapisan masyarakat dan terus meneroka cara-cara baru untuk berkhidmat kepada setiap segmen masyarakat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang, petikan Utusan Malaysia.

Lebihan pertama daripada PerlindunganKu Allianz4All memanfaatkan tujuh pertubuhan kebajikan. Imej dari Utusan Malaysia.

Lebih menarik lagi, kepada yang beragama Islam, korang tak perlu risau sebab premium produk ini akan dilaburkan ke dalam portfolio yang diurus berdasarkan prinsip Kewangan Islam. Malah, semua wang tunai yang diterima akan disimpan dalam akaun perbankan Islam.

BACA  Tiga produk RAHMAH yang korang kena tahu

Dah banyak cerita pasal kebajikan ni, korang mesti nak tahu apa pula manfaat-manfaat perlindungan ini kan? Perlindungan ni sebenarnya sangat berpatutan, sebab…

PerlindunganKu Allianz4All kini di bawah payung Rahmah dengan perlindungan serendah RM50 setahun!

Kalau korang nak tahu, PerlindunganKu Allianz4All adalah produk di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah yang menyediakan harga premium mampu milik.

Dengan harga rahmah antara RM50 dan RM75 setahun, perlindungan ini menyediakan pampasan sehingga RM50,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Perlindungan ini juga menanggung sehingga RM750 sekiranya korang memerlukan rawatan perubatan akibat kemalangan atau penyakit. Jika masuk ke wad pula, Allianz akan memberikan pendapatan hospital sehingga RM100 sehari bagi tempoh sehingga 30 hari setahun.

Selain itu, kita juga selalu dengar kejadian banjir yang sering berlaku di negara ini. Prihatin dengan risiko itu, PerlindunganKu Allianz4All menyediakan Bantuan Kecemasan sehingga RM750 sekiranya berlaku pemindahan akibat banjir.

Manfaat-manfaat utama PerlindunganKu Allianz4All.

Dengan manfaat-manfaat ini, boleh dikatakan yang PerlindunganKu Allianz4All merupakan antara produk perlindungan mampu milik terbaik yang pernah diperkenalkan untuk rakyat Malaysia.

Jadi tunggu apa lagi tu? Tak nak ke dapat perlindungan diri dan sambil tu buat amal kebajikan? Kepada yang berminat dengan produk ini, korang boleh terus layari Portal Rasmi Allianz Malaysia DI SINI untuk maklumat lebih lengkap.

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *