Tak mahu rugi dalam perniagaan? Ini ancaman yang kita wajib tahu

Berdasarkan unjuran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak 48,221 buah syarikat baru telah didaftarkan pada tahun lalu. Jika dilihat pada statistik sehingga tahun 2021 pula, sekitar 97.4 peratus atau 1.2 juta entiti perniagaan di negara ini adalah terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Walaupun perniagaan selalunya berkisarkan tentang untung dan rugi jualan produk atau perkhidmatan, ia sebenarnya lebih dari itu. Ini kerana, terdapat pelbagai lagi risiko yang boleh memberi kesan terhadap kelangsungan sesebuah perniagaan atas faktor-faktor yang tidak dijangka.

Berwaspada dengan ancaman yang boleh menghancurkan sesebuah perniagaan

Perniagaan bukan saja menjana keuntungan, tetapi perlu juga sentiasa bersiap sedia dengan sebarang ancaman luaran, mahupun dalaman.

Secara mudahnya, ancaman luaran adalah risiko yang tidak dapat dijangka atau dikawal oleh sesebuah perniagaan. Manakala, ancaman dalaman pula boleh dikawal atau dicegah oleh perniagaan. Antara ancaman-ancaman itu adalah:

Ancaman kebakaran meningkat setiap tahun

Kebakaran premis adalah antara ancaman utama yang selalu kita dengar sehingga membuatkan sesebuah perniagaan itu perlu menanggung kerugian puluhan ribu, mahupun jutaan ringgit. Pada tahun 2017 sebagai contoh, kerugian akibat kebakaran telah mencecah RM5.2 billion di seluruh negara.

Kejadian kebakaran membabitkan lapan buah kedai di Kampung Baru Cina Karak di Bentong, Pahang pada Oktober 2021. Imej dari Utusan Malaysia.

Memetik laporan BERNAMA pada Disember tahun lalu, Penguasa Kanan Bomba 1, Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM, Dr. Mohd Zaid Abd Ghani mendedahkan, kejadian kebakaran di bangunan komersial semakin meningkat. Pada 2021 sahaja, sebanyak 7,447 kes kejadian kebakaran struktur telah berlaku, termasuk 804 buah kedai, 408 buah kilang, 263 fasiliti penyimpanan dan 200 buah pejabat.

Antara punca paling kerap dilaporkan adalah masalah elektrikal, kelengkapan gas, pemetik api dan kelalaian menyelenggara peralatan keselamatan kebakaran.

BACA  Apa itu pembayaran bersama Insurans Perubatan & Kesihatan? Ini penjelasan yang kita kena tahu

Kejadian banjir mencatatkan kerugian mencecah ratusan juta ringgit

Berdasarkan dapatan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, negara ini mengalami kerugian sebanyak RM622.4 juta atau bersamaan dengan 0.03 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat bencana banjir di seluruh negara pada 2022.

Banjir kilat yang berlaku di ibu kota, Kuala Lumpur: Imej dari Selangorkini.

Dari jumlah itu, premis perniagaan mencatatkan kerugian sebanyak RM50.3 juta. Lebih mengejutkan, hanya 10 peratus dari pada keseluruhan kerugian itu dilindungi dengan insurans. Dari jumlah ini, boleh dikatakan kerugian akibat banjir mencatatkan peningkatan dan tidak mustahil terus meningkat di masa akan datang.

Risiko pecah masuk dan kecurian

Tiada peniaga yang mahu membayangkan perkara ngeri seperti perniagaan mereka dipecah masuk atau dirompak. Namun realitinya, kes sebegini kerap berlaku dan dilaporkan di media.

Pada tahun 2021 sahaja, direkodkan sebanyak 41,479 kes jenayah pecah masuk dan kecurian telah dilaporkan. Jadi mahu ataupun tidak, setiap perniagaan perlu sentiasa bersedia dengan sebarang risiko keselamatan yang tidak dijangka sebegini.

Kemalangan di tempat kerja

Seperkara lagi yang perlu difikirkan adalah kemalangan di tempat kerja yang boleh menjejaskan perjalanan sesebuah perniagaan. Menurut statistik kemalangan pekerjaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sebanyak 21,534 kecederaan pekerjaan dilaporkan dengan kadar 1.43 kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja.

Angka yang dilaporkan ini sebenarnya cukup membimbangkan dan menjadi tanggungjawab utama sesebuah perniagaan bagi menjaga keselamatan para pekerjanya.

Statistik yang diterbitkan oleh JKKP.

Jadi, bila kita lihat pelbagai risiko ini, mesti kita mahukan cara terbaik untuk menguruskannya dan meminimumkan sebarang kerugian. Antara jawapan terbaik kepada persoalan ini adalah…

Allianz Business Shield melindungi perniagaan anda dengan Manfaat Profit Shield sehingga RM2,000,000!

Bertitik tolak dengan pelbagai risiko yang dihadapi oleh perniagaan-perniagaan di Malaysia, Allianz General telah melancarkan Allianz Business Shield yang bertujuan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meminimumkan risiko perniagaan mereka ketika krisis.

BACA  Elak percutian bertukar duka! Cara terbaik melindungi diri & keluarga walau di mana pun kita berada

Allianz Business Shield pada asasnya membolehkan PKS memilih jenis perlindungan yang sesuai dengan keperluan perniagaan mereka dan jumlah yang diinsuranskan. Antara perlindungan yang boleh dipilih itu adalah Manfaat Profit Shield yang memberikan perlindungan sehingga RM2,000,000!

Satu lagi perlindungan yang diperkenalkan di bawah pelan ini adalah Inconvenience Relief Benefit (IRB). Dengan hanya sedikit premium tambahan, IRB ini akan melindungi perniagaan anda sekiranya terdapat kerugian lebih daripada 15% daripada Jumlah Bangunan Yang Diinsuranskan.

Malah, sekiranya anda tidak dapat menggunakan premis anda melebihi 72 jam akibat kebakaran atau perils yang diinsuranskan, anda akan menerima sehingga RM2,000 sehari sepanjang tempoh masa pembaikan itu.

Lebih prihatin lagi, pelan ini turut datang dengan manfaat Allianz Hospital Income yang menyediakan perlindungan perubatan mampu milik untuk pekerja anda dengan pendapatan hospital harian sehingga RM500 sehari, selama maksimum 60 hari. Jadi, anda dan pekerja tak perlu lagi risau dengan keadaan kewangan semasa dimasukkan ke dalam hospital.

Jika anda mahukan lebih lagi kebajikan kepada para pekerja, Allianz Business Shield ada juga memperkenalkan Perlindungan Perubatan Kemalangan Diri Berkelompok dengan jumlah yang diinsuranskan bagi kematian sehingga RM1,000,000 dan perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000.

Bukan hanya pekerja biasa yang diberikan keutamaan, Allianz Business Shield juga menyediakan Insurans Liabiliti Para Pengarah dan Pegawai. Ini kerana, pekerja pengurusan tertinggi mempunyai tanggungjawab yang berat dan segala keputusan yang dibuat oleh mereka boleh mempengaruhi operasi perniagaan.

Hal ini sudah pasti mendedahkan mereka kepada liabiliti dan risiko litigasi seperti ralat pelaporan, salah laku pekerjaan, keputusan melebihi kuasa yang diberikan kepada pegawai dan gagal mematuhi peraturan atau undang-undang.

Bagi memberikan keadilan kepada mereka, perlindungan ini akan membayar kos-kos pembelaan, ganti rugi serta kos yang dihasilkan oleh pentadbiran dan prosiding jenayah dengan had liabiliti sehingga RM1,000,000.

BACA  5 destinasi pelancongan berpatutan yang korang boleh pergi hujung tahun ini!

Jadinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa Allianz Business Shield adalah perlindungan yang terbaik untuk perniagaan anda dalam menghadapi sebarang risiko yang tak dijangka.

Bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’ dan jika berminat dengan produk ini, boleh terus saja layari https://www.allianz.com.my/corporate/liabilities-operations-and-asset-protections/fire-and-property/allianz-business-shield.html

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

One thought on “Tak mahu rugi dalam perniagaan? Ini ancaman yang kita wajib tahu

  1. numquam reiciendis culpa numquam est rem ut voluptatem aperiam. repellat tempora doloremque repudiandae expedita voluptates qui enim dolores et fugiat quo ut repellat laboriosam. quaerat nisi veritatis tempora quidem et modi magnam illum consectetur ut deleniti aperiam odit. nisi asperiores iusto eos molestiae omnis non. mollitia hic repellendus explicabo vitae saepe possimus explicabo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *