Ini tiga tips ringankan tekanan sebagai usahawan kecil

Ini tiga tips ringankan tekanan sebagai usahawan kecil

Ini tiga tips ringankan tekanan sebagai usahawan kecil. Menguruskan perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah.

Ramai membayangkan, membuka dan menguruskan perniagaan hanyalah setakat untung rugi. Persepsi indah bahawa dengan membuka perusahaan; manfaat fleksibiliti, kebebasan kewangan dan kepuasan hati itu sudah terjamin wujud.

Via Berita Harian

Hakikatnya, usahawan selalunya perlu memainkan pelbagai peranan dalam membangunkan perusahaan mereka sendiri. Misalnya, mereka perlu bertanggungjawab sebagai seorang jurujual, tenaga pemasaran, pembina produk dan perancangan kewangan serta operasi bisnes sendiri.

Faktor-faktor luaran seperti keadaan ekonomi dan kuasa beli setempat juga banyak mempengaruhi keadaan sesebuah bisnes.

Tekanan-tekanan ini memberi cabaran besar buat para usahawan untuk mengekalkan perniagaan mereka.

Ini tiga tips ringankan tekanan sebagai usahawan kecil

Bagi mengurangkan tekanan ini, ada tiga tips yang dapat meringankan tekanan tersebut.

1. Gunakan teknologi dan penasihat perniagaan untuk kembangkan bisnes

Apabila bisnes sudah mulai berkembang, tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan operasinya akan bertambah. Dengan kepesatan teknologi sedia ada, banyak aplikasi dan perisian yang dapat digunakan untuk melancarkan peranan serta tanggungjawab lain.

Ini tiga tips ringankan tekanan sebagai usahawan kecil
Via Pusat Ekonomi Digital Lundu

Antara perkhidmatan percuma yang boleh digunakan adalah:

  • Hubspot, platform pengurusan hubungan pelanggan (CRM)
  • Canva, platform pengurusan grafik dan pemasaran sosial
  • Zoho, platform laporan kewangan dan rekod akaun kewangan
  • Hootsuite, platform pengurusan dan penjadualan media

Baca Juga :

Selain itu, penasihat perniagaan tidak hanya terhad kepada seminar yang dijalankan oleh sifu-sifu perniagaan. Institusi kerajaan juga kini menawarkan pelbagai inisiatif untuk pemantapan ilmu keusahawanan di luar sana.

INSKEN antaranya merupakan institusi yang sangat aktif menawarkan kursus keusahawanan yang sesuai untuk semua peringkat perniagaan.

BACA  Tak perlu takut dan rasa bersalah: Ini 5 tips cara lompat kerja yang lebih baik

Ditambah lagi, INSKEN juga mempunyai jaringan perniagaan dan mentor yang boleh membantu mengembangkan lagi perniagaan anda.

2. Harus bijak seimbangkan hidup dan kerja, perlu ada batasan

Kehidupan sebagai seorang usahawan sebenarnya tidak mudah. Gaya hidup usahawan sentiasa memerlukan pengorbanan dari sudut tenaga mental, emosi dan masa untuk diri sendiri.

Walaupun dengan teknologi yang ada, penjagaan masa juga merupakan suatu kemahiran yang harus dimiliki oleh semua usahawan luar sana.

Untuk mencapai keseimbangan dalam kerja dan kehidupan, sangat penting agar dapat mencipta suatu rasa fleksibiliti ke dalam jadual harian anda.

Apabila wujudnya rasa fleksibiliti, ia membolehkan anda menyelesaikan urusan profesional anda di samping memiliki masa dan motivasi untuk menikmati kehidupan peribadi masing-masing.

Selain itu, batasan fizikal juga perlu diwujudkan khususnya buat mereka yang memulakan perniagaan dari rumah. Dengan memisahkan kawasan fizikal antara kawasan kerja dan kawasan rehat, kita lebih mudah untuk meninggalkan ‘mod fokus’ dan kembali ke mod berehat apabila sudah tiba waktu rehat.

Via Our Own Startup

3. Jalankan semakan berkala terhadap prestasi perniagaan

Semakan berkala boleh dilakukan untuk meneliti sejauh mana komponen-komponen dalam perniagaan anda dapat menyumbang ke arah tujuan jangka panjang sesebuah perniagaan.

Tentulah, semakan berkala amat penting untuk rekod kewangan dan operasi bagi memastikan aliran kewangan dalam tahap terbaik.

Untuk menjalankan semakan audit kewangan, penyata kewangan dan penyata akaun mestilah disusun dan diselenggara dari semasa ke semasa. Kedua-dua penyata ini perlu diteliti dan dinilai semula sekiranya ada komponen yang perlu dipertimbangkan semula kosnya.

Via FreshBooks

Di samping itu, mengenalpasti kekuatan kemahiran dan kepakaran juga suatu perkara yang perlu dilakukan. Analisis ini akan membantu anda mengeluarkan tugasan yang mungkin tidak lagi relevan untuk diutamakan.

BACA  Korang bercita-cita nak jadi ejen insurans? Ini panduan lengkapnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *