Beza pelan ekonomi digital antara Malaysia dan China

Beza pelan ekonomi digital antara Malaysia dan China

Beza pelan ekonomi digital antara Malaysia dan China

Memasuki dekad pasca-Wawasan 2020, ekonomi digital merupakan antara istilah yang semakin popular digunakan hampir seluruh dunia.

Seperti yang kita kenali hari ini, ekonomi digital boleh disenaraikan contohnya seperti e-dompet, transaksi perbankan dalam talian dan pengaplikasian teknologi industri 4.0 dalam sistem-sistem semasa.

Untuk menguruskan pembangunan digital yang pesat, amatlah menarik sekiranya kita melihat bagaimana China dan Malaysia berusaha untuk memajukan sektor ekonomi digital.

Boleh dikatakan, kita tidaklah jauh ketinggalan dengan China dan kini berada pada jalan yang betul menuju transformasi digital yang sebenar.

Tiga perkara menjadi fokus negara dalam dunia ekonomi digital

Asasnya, ekonomi digital boleh didefinisikan sebagai suatu hasil ekonomi yang diperoleh daripada teknologi digital dengan model perniagaan berasaskan barangan atau perkhidmatan digital.

Impak teknologi digital pada hari ini membolehkan semua orang menjana pendapatan dalam talian dengan pelbagai produk atau perkhidmatan yang boleh dibina secara digital.

Via The Leaders Online

Negara kita tidak terkecuali dalam arus ekonomi digital, malah kini telah membina pelan ekonomi digital yang khusus untuk tujuan tersebut. Dilancarkan pada 2021, MyDigital Economy Blueprint (DEB) dirangka untuk pembangunan ekonomi digital dari 2021 hingga 2030.

Dengan wujudnya polisi ini, kita dapat melihat pertumbuhan yang akan Malaysia fokuskan dalam masa 10 tahun. Tiga perkara yang boleh kita nantikan adalah:

  • Lebih banyak perkhidmatan digital dalam sektor awam
  • Lebih banyak peluang kerjasama bersama platform digital lain
  • Lebih banyak penumpuan terhadap perlindungan data dan etika laman sosial

Sektor e-dagang berkembang pesat walaupun lepas pandemik, hasil dari pelan bisnes digital

Perkembangan sektor e-dagang antara kesan terbesar ekonomi digital. Mengikut data perangkaan dari 2017 hingga 2021, e-dagang terus-menerus berkembang walaupun pada tahun-tahun pandemik.

BACA  Kenapa harga beras naik? Kami kongsi punca utamanya

Pada 2020, sektor e-dagang telah menyumbang sebanyak RM163 bilion (11.5%) kepada GDP negara.

Via iPrice

Untuk China pula pada 2020, sektor e-dagang mereka lebih besar iaitu 37.2 trillion yuan disumbangkan kepada GDP mereka. Di bawah pelan ekonomi digital 5 tahun mereka, dijangka 46.0 trillion yuan akan disumbangkan dari sektor e-dagang sahaja.

Ternyata dengan populariti sektor e-dagang, kita boleh menjangkakan ebih banyak inisiatif yang akan direncanakan untuk membuka lebih banyak peluang kepada usahawan kecil mempromosikan produk-produk mereka.

Sektor e-dagang juga semakin kompetitif – tidak lagi fokus pada nama-nama pemain besar seperti Shopee dan Lazada sahaja.

China akan bergerak kepada perniagaan data pula, banyak perkara mesti diperhalusi

Sekarang ini, pelan ekonomi digital China mulai bergerak ke arah perniagaan data pula. Dalam pelan digital China, tiga penumpuan utama akan boleh dilihat iaitu data, perkomputeran awan (cloud computing) dan Revolusi Industri Keempat.

Tumpuan pelan digital mereka kini berpusat pada pangkalan data.

Pangkalan data ini akan dinilai berdasarkan harga pasaran kelak, dan mungkin akan memasukkan pertukaran data syarikat swasta tempatan dan antarabangsa.

Nilai ekonomi data sememangnya amat tinggi harganya, lagi-lagi dengan wujudnya potensi data tersebut digunakan bagi tujuan pengedaran maklumat komersial dan pengiklanan.

Via NDTV

Selain itu, China juga sudah merangka pelan-pelan ekonomi digital berteraskan perkomputeran awam. Dengan sektor perkomputeran awan, China akan dapat menggandakan penghasilan mereka – daripada setakat penghasilan barangan fizikal kepada penghasilan dan analisis data.

Kerajaan China dijangka membelanjakan lebih dari RM 266 bilion setahun dalam masa lima tahun untuk membina lapan hub perkomputeran kebangsaan dan sepuluh pusat data kebangsaan seluruh negara.

Dengan perkembangan pasaran data yang cuba dipacu oleh negara China, banyak perkara mesti diperhalusi khususnya dalam perlindungan data peribadi.

BACA  Masa depan Grab & Foodpanda selepas siri pemberhentian pekerja

Satu lagi strategi pelan digital China yang kini turut diikuti Malaysia adalah teknologi Internet of Things dalam peringkat industri. IoT akan menggabungkan komponen-komponen dalam kilang dalam suatu sambungan pintar yang bakal melancarkan proses industri.

China akan fokus dalam peringkat IoT dengan penggunaan teknologi 5G dan automasi. Kepintaran buatan juga termasuk dalam pelan ini.

Bagaimana dengan Malaysia? Meskipun pelan digital yang digariskan China amat menarik dan dijangka dapat menambahkan ekonomi negara, kita perlu menimbangkan perkara-perkara lain terutamanya dalam ekonomi data digital.

Lebih penting, perbandingan antara pelan ekonomi digital dua negara membolehkan kita meneroka potensi pendapatan yang bakal dibuka suatu masa nanti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *