Ekonomi hijau : Kenali lebih dan cara untuk turut serta membantu

ekonomi hijau

Ekonomi hijau : Kenali lebih dan cara untuk turut serta membantu.

Pernah dengar istilah ekonomi hijau (green economy)? Diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, ekonomi hijau adalah sebuah bentuk ekonomi yang mengutamakan pembangunan hijau dan penggunaan sumber alam terancang.

Sebenarnya sejak beberapa tahun lalu, persoalan sumber alam telah menjadi salah satu fokus perbincangan sedunia. Melihat kesan-kesan penggunaan sumber alam yang tidak dirancang ke atas alam manusia, ramai sedar bahawa sudah tiba masanya untuk menguruskan sumber alam dengan lebih baik.

Istilah ini pula sudah lama popular… cuba ingat semula konsep kitar semula yang selalu kita sebut-sebutkan dari satu generasi ke generasi kini.

Dalam tahun-tahun mendatang, kita perlu bersedia untuk menerima dan amalan-amalan ekonominya agar tidak ketinggalan dengan negara-negara lain.

Via OMCD

Enam sektor hijau yang popular, ekonomi sumber alam untuk semua

Karl Burkart, seorang pemikir dan pejuang ekonomi alam sekitar menyatakan bahawa enam sektor utama yang mendasari ekonomi hijau iaitu:

  • Tenaga boleh diperbaharui
  • Bangunan hijau
  • Pengangkutan lestari
  • Pengurusan sumber air
  • Pengurusan sisa
  • Pengurusan tanah

Baca Juga :

Via Vedantu

Sudah banyak negara telahpun merangka dasar-dasar dan polisi yang selari dengan ekonomi hijau. Misalnya, ia mementingkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin untuk menggantikan minyak.

Bangunan hijau pula fokus pada penjimatan tenaga dan penggunaan tenaga  secara berhemah. Untuk pengangkutan pula, banyak negara giat memperbaiki sistem pengangkutan mereka dan mengurangkan kadar pengeluaran jejak karbon mereka.

Via Environment America

Sumber air turut dimanfaatkan sebaiknya agar tidak berlaku pembaziran. Pengurusan sisa buangan menekankan pelupusan sampah yang lebih baik dan mesra alam, serta pengurusan tanah khususnya untuk pertanian jangka panjang.

BACA  Cara-cara melepaskan status sebagai Orang Bankrap di Malaysia

Sokongan bermula dari langkah kecil, ini cara bagaimana

Ternyata sektor-sektor ekonomi ini sudah berjaya mendapat tempat dalam pasaran dunia. Malaysia juga turut tidak terkecuali dari arus ekonomi hijau. Pada awal Jun tahun ini, Reuters melaporkan Malaysia telah melangkah jauh dalam persediaan menuju sektor pengangkutan hijau dan guna tenaga.

Polisi pengangkutan hijau seperti kenderaan elektrik perlahan-lahan diadaptasikan ke dalam sektor pengangkutan kita. Dari segi guna tenaga pula, sumber alam yang melata di tanah air kita seperti tenaga solar dan air bakal meletakkan Malaysia sebagai pemain utama ekonomi hidrogen.

Via The Cubix

Ekonomi hijau tidak terbatas sekadar pada peringkat ekonomi negara sahaja. Sebenarnya ia lebih besar dari itu, dan amatlah memerlukan sokongan kita untuk mengembangkan potensi ekonomi hijau.

Antara usaha kecil yang boleh kita lakukan:

  • Sentiasa ikuti perkembangan teknologi baharu yang membolehkan proses hidup anda lebih efisien dan jimat tenaga. Kini sudah banyak pilihan gajet dan alat elektrik yang diiktiraf dapat menjimatkan tenaga.
  • Kurangkan jejak karbon anda dengan berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam. Jejak karbon disumbangkan setiap hari termasuklah apabila anda menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak.
  • Lebihkan masa kerja di rumah berbanding ke pejabat. Kini teknologi dan situasi pasca-pandemik telah membuktikan bahawa banyak urusan dapat diselesaikan walaupun dengan hanya mesyuarat atas talian sahaja. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan jejak karbon yang dihasilkan dari aktiviti keluar rumah.
  • Menyokong produk-produk kitar semula, guna semula dan menerapkan prinsip mesra alam serta kelestarian alam. Sokongan kita akan memperbanyak lebih ramai usahawan dan syarikat untuk ikut serta mengamalkan prinsip green economy dalam perniagaan mereka.
Via Co2Living.com

Ekonomi hijau mempunyai potensi yang sangat besar, ditambah lagi dengan visi prinsip ekonomi hijau tentang usaha memanfaatkan penggunaan sumber alam.

BACA  Kenapa kita rasa harga barang semakin mahal? Ini mungkin jawapan yang korang cari

Melihat situasi alam sekitar pada zaman ini, kita perlu melanjutkan perbincangan kita agar keluar dari lingkungan guna dan kitar semula untuk dijadikan produk baharu.

Sudah wujud banyak lagi sektor lain, tentunya boleh dibangunkan dan akhirnya menyediakan peluang pekerjaan baharu tanpa mengorbankan sumber alam yang semakin susut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *