Risau motosikal rosak ketika BANJIR? Ini penyelesaian terbaik

Sebelum kami kongsikan penyelesaiannya, lebih baik untuk kita baca sikit fakta sejarah motosikal. Sebenarnya, penciptaan motosikal pertama dikaitkan dengan seorang jurutera Jerman, Gottlieb Daimler yang terkenal dalam industri automotif. Pada tahun 1885, Daimler telah memperkenalkan “Petroleum Reitwagen,” yang bermaksud “kereta beroda” dan penemuan ini dianggap sebagai asas kepada motosikal yang kita lihat hari ini.

Motosikal pertama ciptaan Gottlieb Daimler. Imej dari WikiPedia.

Pada 10 November 1885, Daimler telah berjaya menguji motosikal pertama ini di Cannstatt, Jerman. Motosikal ini ada beberapa ciri inovatif pada zamannya, termasuk karburator jenis kapal terapung, sistem penyalaan tiub panas, dan mekanisme stereng rak.

Petroleum Reitwagen menjadi ciptaan penting dalam sejarah pengangkutan kerana mempamerkan potensi enjin pembakaran dalam memberikan kuasa yang efisien. Penemuan ini membentuk asas untuk perkembangan dalam reka bentuk dan teknologi motosikal.

Bencana banjir yang menjadi mimpi ngeri pengguna motosikal

Bencana banjir bukanlah sesuatu yang asing di negara kita. Musim monsun yang lebih panjang membawa hujan lebat, mengakibatkan limpahan sungai dan banjir kilat. Kawasan pantai dan lembah sungai adalah kawasan paling terdedah kepada ancaman banjir. Pembangunan sistem perparitan yang kurang baik turut menyumbang kepada masalah banjir, dengan masalah seperti longkang tersumbat menyebabkan ia tak dapat menampung aliran air yang tinggi.

Banjir sering mendatangkan masalah besar kepada pemilik motosikal, ia seolah-olah mimpi ngeri yang mereka ingin elakkan. Apabila kawasan dinaiki air, motosikal selalunya akan mengalami kerosakan akibat terdedah kepada air yang akan merosakkan pelbagai komponen elektronik dan mekanikal kenderaan. Air yang masuk ke dalam enjin atau sistem bahan api boleh menyebabkan kerosakan serius dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi.

Keadaan yang perlu dihadapi penunggang motosikal ketika banjir. Imej dari BH Online.

Selain kerosakan fizikal, banjir juga memberi kesan negatif terhadap kualiti komponen motosikal. Air banjir selalunya mengandungi bahan kimia dan kekotoran yang boleh merosakkan lapisan pelindung dan menyebabkan kakisan bahagian logam pada motosikal. Jika pemilik motosikal tak ambil tindakan yang segera, ia boleh mengurangkan hayat motosikal dan meningkatkan risiko kerosakan dalam jangka masa panjang.

BACA  Elak percutian bertukar duka! Cara terbaik melindungi diri & keluarga walau di mana pun kita berada

Semasa banjir, jalan raya menjadi licin dan berbahaya kepada penunggang motosikal. Air dan lumpur yang bertakung boleh menyebabkan cengkaman dan keseimbangan terjejas, meningkatkan risiko kemalangan. Faktor ini turut mengundang risiko yang besar kepada pengguna motosikal.

Jangan pening kepala, lindungi diri anda, motosikal dan pembonceng anda dengan Allianz Motorcycle Plus

Seandainya anda risau tentang keadaan motosikal apabila banjir, kami cadangkan anda lindungi motosikal dengan Allianz Motorcycle Plus. Produk ini telah dipertingkatkan di bawah Insurans Rahmah yang menawarkan perlindungan banjir tanpa kos tambahan tau!

Allianz General telah menambah faedah Bantuan Banjir RM1,000 tanpa kos tambahan bagi pemilik polisi jika motosikal mereka mengalami kerosakan akibat kejadian banjir. Faedah ini adalah pembayaran sekaligus dan hanya terpakai untuk motosikal 250cc dan ke bawah.

Bukan setakat bantuan banjir je tau. Pelan ini dilengkapi dengan perlindungan terbaik untuk diri sendiri, motosikal dan juga pembonceng anda. Anda boleh tengok imej di bawah untuk manfaat penuh Allianz Motorcycle Plus

Apa yang paling kami suka ialah manfaat bantuan tepi jalan dengan Allianz Road Rangers yang akan bantu ada 24 jam sekiranya ada kerosakkan. Lepas ni kalau dah dapatkan Polisi komprehensif Allianz Motorcycle Plus, simpan nombor Road Rangers 1800 22 5542 ini untuk bantuan tau.

Kami betul-betul rasa pelan ini menawarkan perlindungan yang meluas untuk motosikal bagi memastikan perlindungan terhadap pelbagai risiko. Ia meliputi kerosakan disebabkan oleh kemalangan, kecurian, kebakaran, dan bencana alam.

Ada perkara penting yang kami nak beritahu ni, sekiranya anda membeli atau memperbaharui Allianz Motorcycle Plus bermula sekarang sehingga 15 Ogos 2023, anda berpeluang untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke konsert Aku Faizal Tahir. Jadi kalau anda peminat Faizal Tahir dan nak perbaharui insurans motosikal, cepat rebut peluang ini!

BACA  Tak mahu rugi dalam perniagaan? Ini ancaman yang kita wajib tahu

Allianz Motorcycle Plus ialah penyelesaian bagi mereka yang menggunakan motosikal dan mencari perlindungan menyeluruh di jalan raya. Sekiranya anda berminat dengan produk ini, anda boleh terus melayari: https://www.allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/car-and-motorcycle/allianz-motorcycle-plus.html

Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *