Nak kerja dengan waktu fleksibel? Ini antara kerjaya yang korang boleh cuba

fleksibel

Dalam dunia hari ini, ramai yang mencari pekerjaan yang bukan sahaja menawarkan pendapatan yang baik, tetapi juga fleksibiliti masa. Pekerjaan-pekerjaan seperti ini memberikan kebebasan untuk mengurus masa sendiri, sambil mengimbangkan antara kerjaya dan kehidupan peribadi.

Kalau korang juga berminat dengan pekerjaan fleksibel, berikut adalah beberapa pilihan yang boleh korang pertimbangkan:

5 pekerjaan dengan masa yang fleksibel serta menawarkan pendapatan lumayan

1. Ejen Hartanah

Imej dari PropertyGuru.

Sesuai dengan namanya, tugas utama pekerjaan ini adalah membantu pelanggan untuk membeli, menjual atau menyewa hartanah. Kerjaya ini memberikan kebebasan kepada korang untuk mengatur waktu sendiri.

Apa yang menarik, pendapatan korang juga bergantung kepada komisen berdasarkan nilai jualan hartanah. Dengan kata lain, semakin tinggi nilai sesebuah hartanah yang korang uruskan, maka semakin tinggi komisen yang korang akan dapat.

Kenapa pilih kerja ini?

  • Sangat sesuai untuk mereka yang suka berinteraksi dengan orang ramai;
  • Potensi pendapatan yang tinggi jika korang berjaya menyelesaikan banyak jualan;
  • Fleksibiliti untuk mengatur jadual temu janji dengan pelanggan.

2. Perunding Kewangan

Imej dari Tridant.

Sebagai perunding kewangan, korang akan membantu individu atau sesebuah syarikat mengurus kewangan mereka, termasuk perancangan pelaburan, simpanan dan percukaian.

Selain itu, korang juga berperanan dalam menganalisis kewangan pelanggan bagi mengenalpasti peluang penjimatan atau pelaburan yang lebih baik. Pekerjaan ini membolehkan korang bekerja secara bebas atau bersama sebuah syarikat.

Kenapa pilih kerja ini?

  • Memberi peluang untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan;
  • Masa kerja yang fleksibel kerana kebanyakan perjumpaan dibuat berdasarkan temujanji;
  • Meningkatkan pengetahuan kewangan korang sambil membantu orang lain mencapai kestabilan kewangan.

3. Pereka Grafik

Imej dari contentspecialist.net

Kalau korang seorang yang berbakat dalam bidang seni reka grafik dan pakar menggunakan perisiannya, maka menjadi pereka grafik adalah kerjaya yang boleh dipertimbangkan. Pereka grafik akan menghasilkan rekaan visual seperti poster, logo dan bahan pemasaran.

BACA  Tak mahu rugi dalam perniagaan? Ini ancaman yang kita wajib tahu

Ia adalah salah satu kerjaya yang membolehkan korang bekerja secara bebas (freelance) atau dengan agensi kreatif, bergantung kepada pilihan. Pelanggan korang juga boleh datang dari pelbagai latar belakang sama ada individu, syarikat, persatuan, agensi kerajaan dan sebagainya.

Kenapa pilih kerja ini?

  • Kebebasan untuk bekerja dari mana-mana sahaja, selagi ada komputer riba dan capaian internet;
  • Masa kerja fleksibel, terutama jika korang bekerja secara bebas;
  • Berpeluang untuk mengekspresikan kreativiti sambil menjana pendapatan.

4. Perunding Media Sosial atau Pemasaran Digital

Imej dari Bluetrain Inc.

Kerjaya dalam media sosial dan pemasaran digital semakin popular sekarang, terutama dengan pertumbuhan perniagaan atas talian. Sebagai perunding media sosial, korang akan membantu perniagaan meningkatkan keberkesanan mereka di platform seperti Instagram, Facebook, atau TikTok.

Antara tugas utama korang adalah mengurus akaun media sosial pelanggan, merancang strategi pemasaran digital untuk meningkatkan jualan atau jenama dan menganalisis data untuk mengukur keberkesanan kempen pemasaran.

Tapi, korang perlulah menimba ilmu dan mengusai bidang ini terlebih dahulu, sebelum menawarkan sebarang perkhidmatan.

Kenapa pilih kerja ini?

  • Boleh bekerja di mana-mana sahaja dengan capaian internet;
  • Masa kerja fleksibel, sesuai dengan jadual sendiri atau keperluan pelanggan;
  • Peluang untuk bekerjasama dengan pelbagai jenis perniagaan, dari kecil hingga besar;
  • Pendapatan yang kompetitif, terutamanya jika korang mempunyai kemahiran khusus seperti iklan berbayar atau analisis data.

5. Ejen Insurans

Imej dari Central Financial Group.

Sebagai ejen insurans, korang akan membantu pelanggan mendapatkan perlindungan yang sesuai dengan keperluan mereka. Kerjaya ini menawarkan fleksibiliti yang tinggi kerana kebanyakan masa kerja bergantung kepada temujanji dengan pelanggan.

Kerjaya ini juga sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencari kerjaya bermatlamat dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Ini kerana, ia melibatkan usaha membantu dan melindungi rakyat Malaysia, serta berada bersama pelanggan pada saat mereka paling memerlukan, terutamanya di waktu sukar.

BACA  Musim cuti dah tiba! Ini persiapan penting yang korang kena buat sebelum pergi melancong

Di samping itu, korang juga berpeluang mempelajari perkara baharu kerana produk insurans sentiasa berkembang, selain menjana pendapatan melalui pembaharuan polisi pelanggan sedia ada.

Kenapa pilih kerja ini?

  • Pendapatan bergantung kepada usaha dan kejayaan korang dalam mendapatkan pelanggan;
  • Ia merupakan kerjaya profesional, tetapi memberikan kebebasan dan fleksibiliti untuk mengatur jadual kerja sendiri;
  • Memberikan kepuasan kerana korang membantu orang melindungi apa yang penting dalam hidup pelanggan;
  • Peluang untuk membina rangkaian luas melalui hubungan dengan pelbagai individu dan syarikat.

Kalau korang nak tahu, bagi membolehkan korang menjadi ejen insurans yang terbaik – latihan dan sokongan turut disediakan oleh syarikat insurans bagi membantu korang untuk terus berkembang. Perkara itu akan jadi lebih baik apabila korang…

Dapatkan latihan dan bantuan kewangan sehingga RM12,000 apabila menyertai Allianz C.E.O. Programme!

Kepada korang yang berminat untuk menjadi seorang ejen insurans, Allianz Malaysia telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Allianz C.E.O. Programme. Melaluinya, korang akan menjalani program bimbingan, penguasaan perniagaan dan pembangunan komprehensif selama 24 bulan.

Tidak seperti program latihan lain yang selalunya meletakkan seorang jurulatih untuk 200 orang peserta. Program ini melaksanakan fokus-pengajaran, di mana korang akan mempunyai masa bersemuka yang mencukupi dengan mentor.

Program ini juga akan menggali dengan lebih mendalam bagi mendedahkan potensi sebenar korang dan mempercepatkan prestasi korang. Apa yang istimewa dengan program ini, korang juga berpeluang menerima bantuan kewangan sehingga RM12,000 sebulan berdasarkan keupayaan dan prestasi korang!

Di samping itu, korang juga berpeluang mendapat latihan selama 6 bulan di bawah INSEAD Agency Training Programme iaitu sebuah program latihan yang direka bersama antara Allianz dan INSEAD untuk menjadikan korang ejen yang lebih profesional.

BACA  60% rakyat Malaysia masih tiada perlindungan insurans. Apa punca dan penyelesaiannya?

Jadinya, kepada korang yang nak jadi ejen insurans tu, bolehlah cepat-cepat mendaftar di bawah Allianz C.E.O. Programme. Caranya, isi saja BORANG INI atau hubungi Allianz Life Recruitment Hotline: +60133106688

Program ini dibawakan khas oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *