Dunia ini sebenarnya penuh dengan keajaiban yang menanti untuk diterokai. Banyak tempat-tempat luar biasa yang sememangnya sukar untuk dipercayai kewujudannya.
Tempat-tempat ini bukan sahaja menampilkan keindahan alam semula jadi yang unik, tetapi juga kisah dan fenomena yang menjadikannya lebih menarik. Sama ada korang adalah pengembara tegar atau hanya mencari inspirasi destinasi unik.
Ini adalah senarai 6 tempat pelik tapi menakjubkan yang patut korang tahu dan lawati sekali seumur hidup:
6 tempat pelik lagi menakjubkan yang korang kena tahu
1. Giant’s Causeway, Ireland Utara
Tapak Warisan Dunia UNESCO ini terkenal dengan kira-kira 40,000 tiang basalt yang saling berhubung. Tiang-tiang itu terbentuk akibat letusan gunung berapi sekitar 60 juta tahun dahulu.
Ada juga mitos yang mengatakan ia dibina oleh gergasi bernama Finn McCool! Pada korang yang nak menikmati keindahan tempat ini, berjalanlah di sepanjang laluan pantai untuk pemandangan dramatik Lautan Atlantik!
2. Salar de Uyuni, Bolivia
Bayangkan berdiri di tempat yang begitu luas dan reflektif sehingga korang terasa seperti berjalan di atas awan. Salar de Uyuni adalah dataran garam terbesar di dunia yang akan bertukar menjadi cermin gergasi semasa musim hujan.
Fenomena semula jadi ini mencipta ilusi optik yang luar biasa dan menjadikannya lokasi kegemaran untuk mengambil gambar. Dianggarkan 10 bilion tan garam ada di sini!
3. Pamukkale, Turki
Pamukkale atau bermaksud “istana kapas” dalam bahasa Turki, adalah tapak semula jadi yang menakjubkan dengan teres putih diperbuat daripada travertin (bentuk batu kapur yang didepositkan oleh mata air mineral, terutama air panas). Teres-teres ini dipenuhi air panas dan suam yang kaya dengan mineral.
Korang yang datang boleh berjalan tanpa alas kaki di atas teres ini dan juga mandi di Kolam Cleopatra, sebuah mata air panas yang dipercayai mempunyai khasiat untuk kulit.
4. Pantai Merah, Panjin, China
Pantai yang terletak di Panjin, China ini muncul sebagai tempat yang menakjubkan apabila ia dilitupi oleh sejenis rumpai laut yang dipanggil sebagai suaeda salsa. Semasa musim luruh, rumpai laut ini akan bertukar menjadi merah terang dan sekaligus mengubah pantai menjadi lautan merah.
Pantai ini juga merupakan syurga untuk burung migrasi yang menjadikannya tempat menarik bagi pencinta alam. Dianggarkan 260 jenis burung dan 399 jenis haiwan liar ada di kawasan ini apabila tiba musimnya.
5. The Wave, Arizona, USA
Akibat dari formasi batu pasir yang terletak di lereng Coyote Buttes, ia telah membentuk The Wave dengan coraknya yang beralun seperti ombak. Keajaiban semula jadi ini terbentuk daripada berjuta-juta tahun hakisan, dengan terjadinya pemandangan visual merah dan oren yang berputar-putar.
Oleh kerana persekitarannya yang rapuh, hanya sebilangan kecil pelawat sahaja dibenarkan datang setiap hari. Jadinya, bagi korang yang nak pergi, rancanglah terlebih dahulu untuk mengalami keajaiban geologi ini.
6. Pulau Kucing, Jepun (bonus untuk peminat kucing!)
Pulau Aoshima atau lebih terkenal sebagai Pulau Kucing, adalah syurga bagi pencinta kucing. Pulau kecil ini mempunyai populasi kucing yang jauh melebihi jumlah manusia. Kucing-kucing di sini bebas berkeliaran dan dianggap membawa nasib baik oleh penduduk tempatan.
Menurut sejarah, pulau ini pada asalnya adalah pusat pengeluaran ulat sutera dan kucing dipelihara untuk melindungi kepompong daripada tikus. Hari demi hari populasi kucing terus berkembang, sampailah ia dikenali sebagai Pulau Kucing!
Pulau ini adalah tempat yang unik untuk dikunjungi, di mana korang boleh menikmati kecomelan makhluk ini, sambil meneroka suasana desa yang tenang.
Tapi, sebelum melancong ke mana-mana, korang mestilah kena ada perlindungan bagi memastikan perjalanan korang tu lancar dan selamat. Ia akan lebih mudah dan berbaloi dengan…
Insurans Perjalanan Allianz menawarkan percutian tenang dan terjamin!
Bagi memastikan kebajikan dan keselamatan korang terjamin sepanjang melancong, Allianz Malaysia telah memperkenalkan Insurans Perjalanan Allianz yang menawarkan pelbagai manfaat.
Kalau pelancongan korang terganggu disebabkan pembatalan perjalanan atau pemendekan perjalanan, pelan ini menyediakan perlindungan sehingga RM25,000! Kalau tiba-tiba korang hilang barangan peribadi atau dokumen perjalanan – korang layak menerima pampasan sehingga RM5,000.
Kalau bagasi korang mengalami kelewatan atau dikendalikan secara salah, perlindungan ini menyediakan manfaat sehingga RM800. Bagi kelewatan perjalanan, perlindungan RM300 setiap 6 jam sehingga RM2,000 tersedia.
“Malang tak berbau” dan kerana prihatin dengan hal itu, Insurans Perjalanan Allianz memberikan perlindungan sehingga RM2,000,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Tak cukup dengan itu, perbelanjaan pengebumian juga diberikan sehingga RM10,000.
Jika korang perlu mendapatkan rawatan di luar negara pula, pelan ini akan menanggung perbelanjaan perubatan sehingga RM1.5 juta! Sehingga RM10,000,000 turut disediakan bagi tujuan Pemindahan Perubatan Kecemasan; Repatriasi Rawatan Kecemasan dan Repatriasi Jenazah.
Jadinya, kepada korang yang nak melancong dengan tenang dan selamat tu, sebaiknya korang ambil je Insurans Perjalanan Allianz ni.
Pada masa sekarang, terdapat dua pelan yang disediakan iaitu Allianz Travel Easy* yang boleh dibeli secara atas talian (online) dan Allianz Travel Care* yang boleh dibeli melalui ejen-ejen Alianz Malaysia.
*Had kadar perlindungan untuk kematian, hilang upaya kekal, perbelanjaan perubatan dan repatriasi berbeza antara Allianz Travel Easy dan Allianz Travel Care. Tertakluk pada terma dan syarat
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan manfaat-manfaat lain di bawah perlindungan ini, rujuk saja di laman web rasmi Allianz Malaysia (DI SINI).
Produk ini diunderait oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.