Kena masuk hospital? Ini langkah-langkah & perkara wajib yang korang perlu tahu

masuk hospital

Kemasukan ke wad boleh menjadi pengalaman yang membimbangkan, terutamanya apabila ia berlaku secara tiba-tiba atau dalam situasi tak dijangka. Sama ada untuk rawatan rutin, pembedahan, atau penyakit yang memerlukan penjagaan khusus, ia sudah pasti akan melibatkan pelbagai prosedur, dokumen dan interaksi dengan pasukan perubatan.

Oleh itu, persediaan yang baik sebelum, semasa dan selepas adalah amat penting untuk memastikan korang menerima rawatan yang terbaik.

Bagi korang yang menggunakan insurans perubatan, kemasukan ke hospital juga melibatkan proses tuntutan insurans yang memerlukan pemahaman tentang dokumen yang diperlukan dan cara menguruskan perlindungan kesihatan.

Imej dari 11alive.

Dengan mengikuti langkah-langkah yang teratur, korang bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan, tapi juga memastikan rawatan dijalankan dengan lebih efisien. Oleh itu, kali ini Ringgitku akan memberikan panduan langkah-langkah yang perlu diambil apabila korang perlu dimasukkan ke hospital.

Langkah-langkah yang perlu apabila dimasukkan ke hospital

Kalau korang perlu dimasukkan ke hospital dan ada insurans perubatan, antara langkah-langkah yang harus diambil adalah:

1. Semak polisi insurans

Sebelum kemasukan ke hospital, pastikan korang faham dulu dengan jenis perlindungan insurans yang diberikan, contohnya jenis penyakit yang dilindungi dan tempoh matang polisi.

2. Pilih hospital panel

Jika polisi insurans memerlukan korang mendapatkan rawatan di hospital panel, pastikan korang memilih hospital yang disenaraikan. Dengan itu, urusan kemasukan akan lebih lancar dan korang pun tak perlu pening kepala nanti.

3. Hubungi pihak insurans untuk dapatkan Surat Jaminan (Guarantee Letter)

Seterusnya, korang boleh hubungi syarikat insurans atau ejen insurans korang untuk mendapatkan Surat Jaminan (GL). GL ini sangat penting untuk hospital membuat tuntutan kos rawatan terhadap syarikat insurans. Ada juga pihak hospital yang akan uruskan perkara ini untuk korang. Jadi, korang boleh semak dulu dengan pihak hospital untuk urusan GL.

4. Serahkan dokumen penting kepada hospital

BACA  Anda Mangsa Banjir? Ini 5 Bantuan yang Boleh Anda Dapat

Semasa proses pendaftaran, sediakan kad perubatan (jika ada), kad pengenalan atau pasport dan surat rujukan doktor (jika ada).

5. Fahami proses tuntutan

Kalau rawatan korang memerlukan pembayaran deposit, simpan resit dan dokumen untuk tuntutan balik. Tanya juga pihak hospital jika ada kos tambahan yang perlu ditanggung secara peribadi.

6. Berkomunikasi dengan syarikat insurans

Kalau rawatan memerlukan masa lebih lama daripada yang dijangka, pihak hospital biasanya akan memaklumkan kepada syarikat insurans untuk mendapatkan kelulusan tambahan. Elakkan dari buat sebarang perubahan kepada rawatan tanpa kebenaran doktor atau insurans.

Imej dari Tenor.

Korang juga jangan lupa bawa barangan peribadi macam telefon bimbit, pengecas, pakaian, alatan mandi dan sebagainya. Maklumkan juga kepada orang terdekat seperti ahli keluarga atau rakan rapat yang korang dimasukkan ke hospital. Jadi, ada orang yang akan jaga korang sepanjang di hospital, selain dari menjadi teman dan pemberi semangat.

Sebelum sebarang rawatan dimulakan, korang sebenarnya berhak untuk mengetahui setiap aspek rawatan. Korang juga boleh minta penjelasan penuh mengenai prosedur rawatan dan jika setuju, barulah korang beri persetujuan bertulis sebelum rawatan dimulakan.

Selepas rawatan selesai dan sebelum keluar dari hospital, dapatkan temujanji lanjutan dan nasihat doktor tentang ubat-ubatan yang perlu diteruskan.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, korang boleh menguruskan kemasukan ke hospital dengan lebih mudah dan memastikan rawatan yang terbaik untuk diri.

Tapi, di mana nak dapatkan perlindungan perubatan terbaik? Jawapannnya mudah saja sebab…

Allianz menawarkan Pelan Perlindungan Perubatan yang memenuhi keperluan korang!

Imej dari Allianz Malaysia.

Seperti mana yang ramai tahu, Allianz adalah antara penyedia perlindungan terunggul di negara ini. Sesuai dengan reputasinya itu, pelan perlindungan perubatan Allianz datang dengan pelbagai manfaat!

BACA  Fuhhh! Korang boleh menang iPhone 15 terkini bernilai RM4,399 dengan hanya melanggan insurans. Nak tau caranya?

Contohnya adalah pelan HealthInsured yang menawarkan perlindungan perubatan dengan had tahunan yang tinggi sehingga RM5 juta dan Tanpa Had Sepanjang Hayat Keseluruhan (No Overall Lifetime Limit).

Antara manfaat yang disediakan pelan ini adalah bilik hospital sehingga RM500/sehari; bayaran pembedahan; bayaran pakar bius; bayaran bilik bedah; pemindahan organ; rawatan selepas penghospitalan dan banyak lagi.

Tak cukup dengan itu, bagi yang perlu mendapatkan rawatan di rumah untuk penyakit tertentu, pelan ini datang dengan manfaat Allianz Care@Home iaitu korang boleh terima rawatan perubatan dari rumah saja, untuk penyakit yang berkelayakan.

Imej dari brosur Allianz Malaysia.

Bagi yang menghidap kanser, pelan ini memberikan perlindungan yang lebih luas merangkumi ujian genomik yang boleh membantu doktor meramal kadar pertubuhan kanser dan jenis rawatan paling sesuai untuknya.

Untuk perlindungan lebih menyeluruh, pesakit luar kanser turut layak menerima rawatan-rawatan canggih seperti terapi bertarget, terapi hormon dan imunoterapi.

Pelan HealthInsured juga menyediakan pelbagai pilihan deduktibel mengikut jenis pelan yang sesuai dengan keperluan korang. Dengan deduktibel, ia boleh mengurangkan kadar premium yang dibayar setiap bulan.

Imej dari brosur Allianz.

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pelan HealthInsured, hubungi saja ejen-ejen Allianz yang sah (di SINI) dan mereka akan sentiasa sedia membantu korang.

Korang juga boleh layari laman web rasmi Allianz Malaysia (di PAUTAN ini) untuk maklumat lanjut.

Produk ini diunderait oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, tertakluk pada terma dan syarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *