3,600 Penjawat Awam Bankrap! Apa Punca, Kesan dan Solusi?

Sebut sahaja istilah “penjawat awam”, pasti akan terlintas dalam fikiran kebanyakan masyarakat dahulu sehingga ke hari ini, bahawa ia merupakan pekerjaan yang stabil dan terhindar dari situasi bankrap. 

Kakitangan kerajaan merupakan antara kerjaya yang didambakan kebanyakan graduan dan ibu bapa di luar sana.  

Antara kelebihan jelas yang dimiliki kakitangan kerajaan berbanding pekerja di agensi lain ialah penerimaan wang persaraan (pencen), mudah mendapat kelulusan pinjaman kewangan, disediakan kediaman ketika berkhidmat di sektor tertentu, pendapatan yang tetap setiap bulan serta cuti yang tersusun dan berbayar.

Bankrap
Sumber: Pinterest

Namun begitu, di sebalik kelebihan-kelebihan atau privilege tersebut, masih terdapat pelbagai masalah dan punca yang memungkinkan penjawat awam tergelincir dalam krisis kewangan yang serius sehingga mampu mengakibatkan mereka muflis atau bankrap (bankrupt).

Menurut laporan yang dikeluarkan FMT pada 7 November lalu, YB Azalina Othman Said berkata berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), sebanyak 1,009 kes direkodkan pada 2020, diikuti 678 (2021), 621 (2022), 628 (2023) dan 666 (dari Januari hingga September tahun ini).

Walaupun jumlah individu yang terpalit isu ini tidak terlalu besar jika dibandingkan dengan kakitangan awam yang masih berkhidmat di Malaysia, namun ia sudah pasti menjejaskan imej dan bakal mengundang akibat yang lebih teruk pada masa hadapan.  

Gaya Hidup dan Pinjaman Peribadi Antara Punca Utama Penjawat Awam Bankrap

Kurangnya Ilmu Pengurusan Kewangan

Bankrap
Sumber: Pinterest

Bukan semua golongan kerajaan berlatarbelakangkan pendidikan tinggi. 

Ada di antara mereka yang hanya berbekalkan gred atau kelayakan yang sederhana sahaja untuk berkhidmat di bawah kerajaan. 

Sekiranya ada sekalipun, tidak ramai yang bidangnya terjurus kepada ekonomi dan kewangan.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) Datuk M Bakri Abd Majid berkata,

“Kegagalan pegawai awam menguruskan kewangan dengan baik bukan sahaja memberi kesan kepada individu dan keluarga, malah kepada ekosistem perkhidmatan awam negara.”

Sekiranya ilmu kewangan tidak ditambah baik seawal mungkin, dibimbangi mereka mudah terpengaruh atau terikut akan gaya hidup dan trend pengurusan kewangan secara semberono dalam jangka masa panjang.

BACA  Habuk pun tak mudah melekat, ini tips bersihkan rumah sempena Raya

Beban Hutang yang Berlebihan

YBrs. Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri, Pakar Kewangan Pengguna berkata, berdasarkan data yang dipaparkan Jabatan Insolvensi Malaysia, sebanyak 49.53 peratus punca muflis disebabkan pinjaman peribadi.

Bankrap
Sumber: Pinterest

Beban hutang yang melambung mengakibatkan penjawat awam tidak mampu melunaskannya mengikut pendapatan sedia ada.

Walaupun telah diberikan keringanan dari segi kelulusan pinjaman, namun berlebih-lebihan sehingga membuat pinjaman kepada perkara yang tidak terlalu penting akan memakan diri.

Kurang Berdisiplin 

Pakar melihat isu kebankrapan, khususnya dalam kalangan penjawat awam, berpunca daripada keinginan untuk mengikut trend semasa dan bergaya, namun dikekang oleh pendapatan yang seterusnya mendorong mereka berhutang.

Rata-rata juga bagaikan berpegang pada prinsip “biar papa, asal bergaya”, membuatkan mereka tidak teragak-agak berhutang demi memenuhi keinginan, yang

Bankrap
Sumber: Pinterest

Menurut Morgan Housel dalam bukunya Psychology of Money, “Seorang genius yang kehilangan kawalan terhadap emosi mereka boleh menjadi bencana kewangan.  Sebaliknya, seseorang yang mampu mengawal emosi walaupun bukan genius, boleh membuat keputusan kewangan yang bijak dan berjaya.”

Oleh itu, disiplin mungkin terlalu biasa didengar, namun ia sangat penting untuk dihadam setiap orang yang ingin menjaga prestasi kewangan.  

Bankrap Menjejaskan Individu dan Nama Baik Institusi Kerajaan 

Kesan kepada Individu

Penjawat awam yang diisytiharkan bankrap boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti digantung atau diturunkan pangkat.

Mereka juga berisiko kehilangan peluang kenaikan pangkat, bonus, dan bantuan kewangan.

Lebih buruk lagi, mangsa mungkin tidak dibenarkan memegang jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam, bergantung kepada keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan.

Selain disenaraihitamkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), akaun bank mangsa juga akan dibekukan dan tidak dibenarkan membuka akaun baharu tanpa kebenaran MDI.

Individu tersebut juga tidak dibenarkan berhijrah atau melancong ke luar negara.

BACA  Beza pelan ekonomi digital antara Malaysia dan China

Akibatnya, kebankrapan bakal menjejaskan kestabilan kewangan keluarga mangsa dan boleh mencetuskan tekanan psikologi.

Bankrap
Sumber: Pinterest

Kesan kepada Institusi Kerajaan

Kebankrapan penjawat awam mencerminkan masalah pengurusan kewangan dalam sektor awam dan boleh mencemarkan reputasi perkhidmatan awam.

Penjawat awam yang menghadapi masalah kewangan juga berisiko terlibat dalam salah guna kuasa dan akan memakan proses panjang yang berterusan seperti pelaksanaan siasatan dan sebagainya.

Akibatnya, kerajaan perlu membiayai program pemulihan kewangan, termasuk latihan pengurusan kewangan untuk mengurangkan kadar kebankrapan​ tersebut terus meningkat.

Solusi Bankrap dari Kerajaan dan Jabatan Insolvensi Maslaysia

Sumber: Pinterest

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata kerajaan memandang serius dan telah mengambil langkah segera mengatasi masalah ini.

Penilaian Semula dari Sudut Kemampuan Penjawat Awam

Bankrap
Sumber: Pinterest

Pihak kerajaan mengambil langkah dengan meminta ketua jabatan menilai semula keupayaan pegawai berdepan masalah itu untuk membayarnya dari semasa ke semasa.

Hal ini demikian kerana penjawat awam yang bankrap akan disenaraihitamkan di bawah JIM dan mahu tidak mahu harus melunaskannya walaupun sedikit demi sedikit.

YB Azalina menjelaskan, berdasarkan Peraturan Berkaitan Penyelenggaraan Taraf Kehidupan dan Keterhutangan Kewangan Serius, ia menggariskan bagi potongan gaji.

Pendapatan seseorang penjawat awam hendaklah berada sekurang-kurangnya minimum 40% daripada emolumen bulanan, melainkan ada pinjaman perumahan dan pendidikan.

Penilaian ini boleh dijadikan rujukan dan membantu penjawat awam untuk lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan.

Bantuan Kewangan dan Sesi Kaunseling 

Sumber: Pinterest

Selain teguran dan amaran, penjawat awam yang muflis juga akan diberikan bantuan kaunseling kewangan untuk membantu mengurus kewangan dengan lebih baik.

Inisiatif sebegini sedikit sebanyak membantu mengelakkan situasi bankrap serta tindakan tatatertib berbangkit daripadanya.

Menurutnya, Jabatan Insolvensi juga memainkan peranan dengan menjalankan program kesedaran berhubung kes bankrap.

Pemantauan

Mengulas lanjut, YB Azalina berkata kerajaan juga memantau situasi itu melalui Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang dirancang untuk tempoh 2021 hingga 2025.

BACA  Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Cukai dan Pelepasan Pada Tahun Depan (2025)?

“Ia menyediakan langkah-langkah pencegahan, pendidikan dan penguatkuasaan yang kukuh untuk memastikan integriti dan ketelusan mengurus kewangan dalam kalangan penjawat awam,”

Inisiatif ini secara tidak langsung akan memastikan nilai integriti  dan kualiti kakitangan kerajaan terus ditambahbaik.

Sumber: Pinterest

Dasar Peluang Kedua dari Jabatan Insolvensi

Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah melancarkan beberapa inisiatif terkini, termasuk Dasar Peluang Kedua, untuk membantu individu yang diisytiharkan bankrap.

Sejak pelaksanaan dasar ini, lebih 142,510 individu telah dilepaskan daripada status bankrap, melebihi sasaran awal 130,000 kes.

Dasar ini bertujuan memberikan peluang kedua kepada golongan dengan hutang berskala kecil, membolehkan mereka kembali menjalani kehidupan normal dan menyumbang kepada ekonomi negara​.

Selain itu, Dasar Peluang Kedua juga diperluaskan kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah dengan hutang tidak melebihi RM200,000.

Kerajaan turut melaksanakan pindaan terhadap Akta Insolvensi untuk mempercepat proses pelepasan bankrap secara automatik, selagi pemohon memenuhi syarat tertentu.

MDI kini giat menjalankan kempen kesedaran di seluruh negara untuk memastikan lebih ramai individu bankrap memahami dan memanfaatkan inisiatif ini.

Sumber: Malaysia Gazette

Kerjasama Pelbagai Institusi Secara Menyeluruh

Secara keseluruhannya, kebankrapan bukanlah sebuah kes terpencil yang jarang beraku, akan tetapi ia sudah pernah terjadi di pelbagai agensi sama ada kerajaan mahupun swasta.

Di sebalik isu ini, setiap pihak sewajarnya mengambil hikmah.

Pihak kerajaan perlu bijak mengambil kesempatan ini untuk menambahbaik institusi dan mutu penjawat awam.

Masyarakat juga seharusnya lebih terbuka dalam menilai agar tidak terus menunding jari kepada institusi kerajaan.

Sikap saling menyalahkan hanya akan mengeruhkan keadaan sedia ada.

Oleh itu, kerjasama daripada kerajaan, pihak swasta dan masyarakat awam perlu selari agar mampu membina ekosistem institusi yang mampan dan matang di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *